Jdt Mu Paling Banyak Diberi Penalti
JDT, MU paling banyak diberi penalti
Adakah penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mendapat layanan 'istimewa' daripada pengadil Liga Malaysia (Liga M) musim ini? Sama ada benar berlaku kekasaran ataupun tidak, namun rekod empat sepakan penalti yang dihadiahkan kepada skuad Harimau Selatan hanya dalam empat perlawanan setakat ini menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan
Sama ada keputusan pengadil dipengaruhi faktor luaran atau mereka mengadili 'mengikut buku,' namun tidak keterlaluan untuk mengganggap pasukan terbabit mendapat 'ihsan' paling banyak daripada pengadil setakat ini. Sering kali digelar 'Jenalti' oleh warganet dan penyokong bola sepak tempatan, gelaran itu mungkin berasas selepas menyaksikan mereka mudah menerima sepakan penalti dalam saingan liga musim ini
Hanya pada aksi Sumbangsih bertemu Perak, JDT tidak dihadiahkan sepakan penalti dan selepas itu, mereka menerima satu sepakan penalti ketika bertemu Kuala Lumpur serta dua sepakan penalti bertemu Terengganu FC (TFC) namun hanya satu yang berjaya disudahkan pemain pasukan itu. Aksi bertemu Melaka United (MU) malam kelmarin turut menyaksikan mereka beroleh satu lagi sepakan penalti dan daripada empat sepakan penalti terbabit, dua daripadanya menyelamatkan pasukan itu daripada pulang dengan tangan kosong
Baca: Kenali Pemain Import Tambadau 2019Bagaimanapun, sedikit mengejutkan apabila MU muncul sebagai pasukan kedua paling banyak menerima penalti bagi musim ini iaitu dengan dua sepakan penalti diterima pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan. Dua sepakan penalti terbabit nyata menjadi pengubah buat pasukan itu apabila sepakan penalti itu membolehkan mereka meraih tiga mata dengan menewaskan PKNS FC (1-0) dan mengikat Pahang 1-1 menerusi sepakan penalti pada minit akhir
Tiga pasukan dihadiahkan satu sepakan penalti namun pasukan paling lega sudah tentu Selangor memandangkan sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil membolehkan mereka mengikat kedudukan sekali gus mengelak daripada dimalukan pendatang baharu Liga Super, PJ City FC. PJ City FC pula turut dihadiahkan sepakan penalti ketika bertemu Selangor sementara sepakan penalti yang diterima Perak membolehkan mereka mengikat FELDA United di laman sendiri, kelmarin
Dua lagi pasukan pencabar kejuaraan iaitu Kedah dan Pahang dilihat tidak memerlukan 'bantuan pengadil' untuk meraih kemenangan dalam perlawanan yang diharungi setakat ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://buletinsabahfa.blogspot.com/2019/02/jdt-mu-paling-banyak-diberi-penalti.html