Jdt Juara Liga Super Musim 7 Kali Berturut Turut


Iskandar Puteri: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ketujuh berturut-turut selepas menewaskan Sabah 4-1 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Lebih manis kejayaan itu dicapai di stadium baharu skuad Harimau Selatan yang menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebagai gelanggang rasmi pasukan itu bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini.
Skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora mengukuhkan cengkaman di persada liga tanpa melakar kekalahan tatkala aksi liga berbaki satu perlawanan.
Dengan kejayaan itu, maka terpahat di dalam sejarah bola sepak Malaysia apabila JDT adalah satu-satunya pasukan yang menjuarai liga tujuh musim berturut-turut dan agak mustahil buat mana-mana pasukan yang bersaing pada kancah liga elit domestik mampu menyaingi pencapaian pasukan itu.
Kesungguhan JDT yang inginkan kemenangan bermula dengan gerakan berbahaya seawal minit kesembilan apabila bola umpanan Diogo Luis Santo menyaksikan Safawi Rasid bingkas merembat bola leret tapi penjaga gol, Rozaimie Rohim bersedia menangkap bola kemas.
Tuan rumah terpaksa menanti pada minit ke-38 untuk merungkai jaringan selepas bola umpanan Afiq Fazail berjaya disambar Diogo dan bertindak menyepak bola masuk menewaskan Rohaimie yang tidak berada dikedudukan terbaik bagi mengelak gawang dibolosi.
Bersambung babak kedua, skuad Tambadau yang ketinggalan tampak menyusun gerakan memburu gol penyamaan namun benteng tuan rumah yang dikawal Mauricio Santos dan kapten Aidil Zafuan Abd Radzak masih ampuh mengelak gawang dibolosi.
Skuad Harimau Selatan menambah derita pelawat pada minit ke-56 selepas bola rembatan deras Safawi di luar kotak penalti selepas menerima bola umpanan Leandro Velazquez memerangkap Rozaimie yang hanya mampu melihat bola menerjah jaring.
Tuan rumah bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan tunggal pelawat pada minit ke-74 selepas Dennis Buschening yang tidak dikawal melakukan sepakan lencong tepat ke penjuru kanan gol menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias.
Gandingan pemain gantian Ramadhan Saifullah Usman bersama Safawi pada minit ke- 81 mencetuskan gol ketiga buat tuan rumah selepas bola tolakan Ramadhan yang merencanakan gerakan di dalam kotak penalti membuka ruang untuk Safawi menolak bola ke gawang yang kosong.
Hasil sepakan percuma Leandro Velazquez selang tiga minit kemudian memastikan JDT memenangi perlawanan itu dengan kemenangan 4-1 sekali gus dinobatkan selaku juara liga tujuh musim berturut-turut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2020/10/jdt-juara-liga-super-musim-7-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jdt Juara Liga Super 2020

Jdt Juara Liga Super 2020

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 629 hits
Tidak perlu diperkatakan lagi pasukan terulung Malaysia JDT sekali lagi merangkul kejuaraan Liga Super Kali ini mereka telah mengesahkan kejuaraan dengan baki 2 perlawanan Dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi skuad Harimau Selata...
Liga Super Kedah Terkandas Jdt Hampir Pasti Juara Lagi

Liga Super Kedah Terkandas Jdt Hampir Pasti Juara Lagi

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 445 hits
KUALA LUMPUR 9 Safar 1442H Ahad Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk mencabar juara enam kali berturut turut Johor Darul Ta zim untuk gelaran Liga Super 2020 apabila tewas 2 1 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur Kuantan malam tadi Kedah
Msl 2020 Jdt Mudah Untuk Raih Gelaran Ke 7 Liga Super

Msl 2020 Jdt Mudah Untuk Raih Gelaran Ke 7 Liga Super

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 448 hits
Johor Darul Ta zim sah dimahkotakan kejuaraan ke 7 CIMB Liga Super 2020 selepas menundukkan Sabah 4 1 dalam aksi ke 10 liga sebentar tadi JDT turun di halaman sendiri dengan kesebelasan terbaik mereka dengan hanya satu perubahan berbanding ...
Manzoor Mahu Anak Buah Kekal Fokus Buru Gelaran Juara Liga Premier

Manzoor Mahu Anak Buah Kekal Fokus Buru Gelaran Juara Liga Premier

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 319 hits
Keyakinan Pulau Pinang semakin memuncak dalam pemburuan gelaran juara Liga Premier buat kali pertama selepas cemerlang dengan rekod bersih tanpa kalah dalam lapan perlawanan setakat ini Skuad kendalian Manzoor Azwira Abdul Wahid kekal di ta...
Belum Tewas Sejak Mei 2019 Pulau Pinang Juara Liga Premier 2020

Belum Tewas Sejak Mei 2019 Pulau Pinang Juara Liga Premier 2020

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 328 hits
Pulau Pinang telah dinobatkan selaku juara Liga Premier musim ini apabila pencabar terdekat Kuala Lumpur hanya mencatatkan keputusan seri malam tadi Pulau Pinang pula menang 4 0 ke atas Kelantan United dalam aksi yang berlangsung di Stadium...
Polis Didakwa Ponteng Kerja 50 Hari Berturut Turut

Polis Didakwa Ponteng Kerja 50 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal hadir bertugas selama 50 hari berturut berturut tanpa sebab yang munasabah Tertuduh Mohamad Iskandar Mahusin 36 didakwa t...
Kedah Fa Benam Sabah Aksi Liga Super

Kedah Fa Benam Sabah Aksi Liga Super

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Kedah terus mengukuhkan tempat di tangga kedua Liga Super selepas membenam Sabah 3 1 pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebentar tadi Kemenangan penting itu membolehkan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu memintas P...
Pulau Pinang Perlu Segera Jika Tidak Mahu Terlepas Tiket Liga Super Lagi

Pulau Pinang Perlu Segera Jika Tidak Mahu Terlepas Tiket Liga Super Lagi

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 309 hits
Sejarah bakal berulang iaitu gagal meraih promosi ke Liga Super jika Pulau Pinang gagal melengkapkan proses penswastaan kelab sebelum 30 September depan Musim lalu walaupun sudah meraikan kejayaan meraih promosi ke Liga Super 2020 Persatuan...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Conflation A Political Tool To Muck Things Up

Yummy Rojak Mee