Jbpm Pindah Aset Dari Pantai Barat Ke Terengganu Hadapi Banjir Gelombang Keempat


Bernama Raja Kamarul Bahrin bercakap kepada media selepas menghadiri Malam Apresiasi Usahawan Melayu Terengganu 2019 di Kuala Nerus, malam tadi. - Astro AWANI  

KUALA NERUS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memindahkan beberapa aset kenderaan dari negeri Pantai Barat ke Terengganu sebagai persediaan menghadapi banjir gelombang keempat.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata langkah tersebut bertujuan meningkatkan keupayaan logistik dan masa tindak balas bagi operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.

Beliau berkata ia juga berikutan jumlah aset terutama lori melebihi lima tan yang ada di dalam negeri pada masa ini tidak mencukupi untuk menampung sekiranya berlaku bencana banjir besar memandangkan Terengganu mempunyai banyak lokasi berisiko banjir dan kawasan pantai yang luas.

"Banjir gelombang keempat yang dijangka berlaku pada 24 hingga 25 Disember ini berkemungkinan lebih besar berbanding gelombang ketiga kerana berlaku pertembungan air pasang besar dan hujan lebat.

"Masalah kita di Terengganu terutama di kawasan luar bandar ialah orang ramai suka menunggu saat-saat akhir dan kritikal untuk berpindah, jadi kita perlu banyak lori untuk memindahkan penduduk dari banyak kampung secara serentak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Apresiasi Usahawan Melayu Terengganu (MAPUMT) 2019 di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut Raja Kamarul Bahrin Shah berkata pihak kerajaan juga sedang meneliti keperluan bagi menambah aset-aset penting seperti lori besar dan helikopter untuk pelbagai kegunaan.

Menurut beliau kerajaan tidak boleh berpuas hati dengan jumlah aset yang ada kerana jumlah populasi penduduk yang semakin meningkat dan memerlukan tambahan aset untuk tujuan mencari dan menyelamat (SAR), memindahkan mangsa banjir, kebakaran hutan dan sebagainya.

"Sebagai contoh JBPM sekarang hanya ada lapan helikopter sahaja untuk kegunaan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

"Jadi dalam mesyuarat khas bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail minggu lepas kita dah bincang dan nilai keperluan untuk tambah aset sedia ada," katanya.

Katanya lagi tambahan aset baharu itu boleh juga digunakan oleh agensi-agensi lain seperti polis dan maritim untuk keperluan yang sesuai. -- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/jbpm-pindah-aset-dari-pantai-barat-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Pantai Timur Diberi Amaran Akan Ada Gelombang Banjir Kedua Pada 25 26 Ini

Penduduk Pantai Timur Diberi Amaran Akan Ada Gelombang Banjir Kedua Pada 25 26 Ini

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 540 hits
Semua sedia maklum yang kini ramai kawan kawan kita sedang menghadapi waktu yang sukar apabila hujan lebat dan banjir sedang berlaku di beberapa kawasan Sekarang Agensi Pengurusan Bencana Negara telah mengeluarkan amaran terbaru yang mengat...
Waspada Banjir Gelombang Kedua Di Kelantan

Waspada Banjir Gelombang Kedua Di Kelantan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 499 hits
Penduduk di Kelantan yang tinggal di kawasan rendah dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka akan berlaku pada 25 dan 26 Disember ini Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata walaup...
5 Tips Untuk Ibu Hamil Hadapi Banjir Yang Cik Suami Perlu Tahu

5 Tips Untuk Ibu Hamil Hadapi Banjir Yang Cik Suami Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 427 hits
Bencana alam seperti banjir adalah satu situasi yang tidak boleh dijangka Paras air boleh meningkat secara mendadak jika hujan tidak turun tidak henti henti Ekoran dari kejadian banjir banyak rumah yang tenggelam dan juga penduduk yang dipi...
Mangsa Banjir Di Terengganu Kelantan Semakin Menurun

Mangsa Banjir Di Terengganu Kelantan Semakin Menurun

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 832 hits
KUALA LUMPUR 5 Dis Keadaan banjir di dua negeri di Pantai Timur semakin pulih dengan beberapa Pusat Pemindahan Sementara mula ditutup dan penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing masing Di TERENGGANU sehingga 8 malam ini jumlah mangsa ban...
Antena Untuk Gelombang Kedua Banjir

Antena Untuk Gelombang Kedua Banjir

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 427 hits
Oleh Pyang MamatKEMAMAN 7 Disember Dua antena dinaikkan di Kampung Sungai Mas dan Kampung Padang Kubu bagi menghadapi banjir gelombang kedua yang dijangkakan pada 25 dan 26 Disember nanti Timbalan Presiden Radio Amatur Kemaman Zawawi Mohame...
Sudah Berapa Kali Pas Buat Laporan Polis Banjir Di Kelantan Dan Terengganu

Sudah Berapa Kali Pas Buat Laporan Polis Banjir Di Kelantan Dan Terengganu

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 826 hits
Oleh Hamsina Hamzah BILA P Pinang dilanda banjir parti tunggang agama PAS buat laporan polis Tapi bila Kelantan dilanda banjir tiap tahun kenapa PAS tak report polis Malah pimpinan lebai PAS Kelantan bercuti ke luar negara main salji BILA K...
Banjir Di Jerteh Besut Terengganu

Banjir Di Jerteh Besut Terengganu

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1060 hits
Ingat lagi tahun pertama datang Pantai Timur 1 1 2017 ketibaan kami ke Jerteh di sambut dengan hujan renyai renyai berlarutan sepanjang bulan Januari 2017 hujan sesetengah kawasan dah dinaiki air Tahun lepas tak banjir hujan pon tak selebat...
Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15 000 Orang

Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15 000 Orang

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 677 hits
KUALA LUMPUR 3 Dis Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah terkini adalah 15 126 orang melibatkan 4 901 keluarga pagi ini Di KELANTAN jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10 207 orang melibatkan...
Gelombang Banjir Kedua Dijangka Pada 25 Dan 26 Disember

Gelombang Banjir Kedua Dijangka Pada 25 Dan 26 Disember

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 498 hits
Agensi Pengurusan Bencana Negara memberi amaran gelombang banjir kedua dijangka berlaku pada 25 dan 26 Disember ini dalam skala sama atau melebihi gelombang pertama Timbalan Pengarah Bahagian Penyelarasan Operasi NADMA Rusli Ibrahim berkata...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page