Jawapan Terhadap Dr Maza Siri 2


 
Malangnya, ramai pengikut2 sunnah dan peminat2 nya tidak nampak hakikat ini kerana terbuai dengan kepetahannya berkata-kata. Dan atas sebab inilah saya menentang pendirian politiknya secara terbuka kerana saya bimbang kesan akhirnya akan membawa kepada kelemahan dan kekalahan umat Islam secara total apabila negara terus dipimpin oleh pemimpin2 jahat yang korup dan hipokrit.

 

Saya tidak menganggotai mana2 parti politik. Tetapi biar saya tegaskan bahawa saya adalah pendokong sunnah Nabi (saw) yang tegar sejak 23 tahun lalu. Nak panggil saya Wahhabi, lantaklah. Sikit pun saya tak heran. Dah 23 tahun saya begini. Melabel saya Wahhabi ialah benda yang sangat remeh bagi saya dan saya tiada masa hendak melayannya. Pada dasarnya, aliran pemikaran saya tidak jauh berbeza dengan Mufti Perlis, tetapi saya amat tidak bersetuju dengan ijtihad dan pendirian politiknya yang saya kira sempit kerana gagal mengambil kira konteks yang lebih luas unuk negara ini.

 

Kefahaman saya kepada sunnah Nabi (saw) membuat saya sangat benci kepada korupsi dan salah-guna kuasa yang mengakibatkan kepada kezaliman serta amalan pilih kasih (double standard) yang berleluasa oleh pemerintah. Baginda Nabi (saw) mengancam perkara ini dengan kehancuran yang pasti berlaku ke atas mana2 kaum dan masyarakat yang membiarkan kejelekkan ini bermaharalela dalam sesebuah masyarakat dan negara. [Sahih Muslim, no. 1688].

 

Tidakkah perjuangan menentang kezaliman ini patut dijadikan sebagai perjuangan paling utama yang sekaligus akan memertabatkan kedudukan agama dan bangsa kita apabila keadilan berjaya ditegakkan dan kedurjanaan rasuah serta amalan pilih kasih dapat dibanteras?

 

Berdasarkan kefahaman saya mengenai Fiqh al-Awlayyiyat, saya mengambil pendirian bahawa keutamaan harus diberi kepada usaha bagi memastikan negara ini dipimpin oleh barisan pemimpin yang kita yakin mereka mampu memerangi rasuah dan salah guna kuasa dengan tegas dan berkesan, sementara masalah ektremis beberapa kerat ahli DAP boleh diatasi melalui saluran undang2.

 

Jika kita gagal meletakkan barisan pemimpin yang berani memerangi korupsi untuk memerintah negara ini pada PRU-15 bulan depan, pasti negara ini akan hancur. Apabila negara hancur dan tidak stabil, jangan haraplah Islam akan berjaya dimertabatkan. Memelihara keamanan negara dari para perompak dan memastikan kebajikan rakyat disantuni ialah kunci kepada kesejahteraan umat untuk beragama dengan aman dan boleh dididik dengan berkesan.

 

Oleh itu, saya ingin ajak umat Islam negara ini melihat pendirian Mufti Perlis berdasarkan kepada fakta dan perspektif yang lebih luas. Jangan biarkan emosi dan sentimen mempengaruhi perasaan benci yang meluap-luap terhadap 3 atau 4 kerat ahli parti DAP hingga menguasai akal yang rasional, apatah lagi bila parti mereka sudah berkuasa dan memerintah untuk membolehkan kira menilainya secara objektif. Bukti mereka berkuasa dan memerintah sudah jadi realiti. Ia bukan andaian dan khayalan lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/jawapan-terhadap-dr-maza-siri-2-sembang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawapan Terhadap Dr Maza Siri 1

Jawapan Terhadap Dr Maza Siri 1

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 82 hits
Dari FB Manan Razali MUFTI PERLIS PERLU BERTERUS TERANG DAN BERHENTI BERKIAS Ini adalah sebuah rencana yang panjang Ia merupakan reaksi saya kepada video ringkas Mufti Perlis menjawab pertanyaan seorang hadirin di majlis ilmunya tentang sia...
Jawapan Terhadap Dr Maza Siri 4

Jawapan Terhadap Dr Maza Siri 4

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 83 hits
Selain ini lebih kurang 10 dari ahli parti DAP terdiri dari orang Melayu beragama Islam Adakah Mufti Perlis berani kata mereka semua adalah musuh dan pembenci Islam Pada saya mereka jauh lebih baik dari wala un2 Pas yang hipokrit kerana men...
Sbdj Siri 182 Jadi Hamba Iblis

Sbdj Siri 182 Jadi Hamba Iblis

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 237 hits
Kerana Andi Kamarool lambat menyambung percakapan yang terputus keresahan datang dalam diri saya Rupa rupanya keresahan yang sama juga dialami oleh Mia Buktinya dia tidak dapat duduk dengan aman Sering saja mengaru garu pangkal leher dan me...
Kbs Siri 2 2022

Kbs Siri 2 2022

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 218 hits
Assalamualaikum Alhamdulilah Terima kasih
Amanah Kpm Perlu Terbuka Terima Kritikan Guru Desak Tidak Kenakan Tindakan Terhadap Cikgu Fadli

Amanah Kpm Perlu Terbuka Terima Kritikan Guru Desak Tidak Kenakan Tindakan Terhadap Cikgu Fadli

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 207 hits
Kementerian Pendidikan perlu meraikan kebebasan mengeluarkan pandangan dan tidak mengambil tindakan terhadap guru Mohd Fadli Salleh sehingga sampai ke tahap dibuang kerja atau diturunkan pangkat susulan tegurannya kata Amanah Kami ingin men...
Kenapa Allah Izinkan Pengkhianatan Berlaku Siri 2

Kenapa Allah Izinkan Pengkhianatan Berlaku Siri 2

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 118 hits
KENAPA ALLAH IZINKAN PENGKHIANATAN BERLAKU ANDA MUSLIM YANG BAIK JOM BACA SIRI 2 Allah tahu yang penunggang agama ini selalu berdagang ayat ayat Allah demi sedikit habuan dunia lalu Allah zahirkan apa yang tersembunyi di dalam hati hati mer...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation