Jawapan Kepada Senarai Bodoh Peristiwa Buruk Zaman Ph Memerintah Yang Direka Pembangkang Umno Dan Pas Walauncai
1. Tatoo Bogel
Mula dianjur dengan kebenaran zaman BN 2015 di Sabah, kemudian 2017 di Melaka
2019 dibuat tanpa kebenaran Kerajaan, yang kena PH jugak.
2. Abu Chin Peng
2012 MCA gesa kerajaan BN benar abu Chin Peng di bawa pulang.
3. Himpunan Komunis
Tiada lagi istilah komunis apabila Perjanjjan Hatyai 1989 semasa zaman BN, semua anggota PKM yang menyerah diri, dibenarkan pulang ke Malaysia dengan syarat ketat tidak boleh menghidupkan ideologi ini.
1949 MCA ditubuh antara lain dari serpihan pejuang seperti Tan Cheng Lock yang menjadi anggota MPAJA (sebuah gerakan sayap bersenjata kepada PKM)
4. Ponteng Sidang Parlimen
Bab ponteng ini, Hj Hadi Ahli Parlimen Marang, adalah Raja Ponteng yang champions
5. Minyak Naik Tahun 2020
Minyak tak naik, apa yang dilaksana ialah Petrol Subsidi Bersasar kepada kumpulan sasaran B40 dan M40 elak subsidi ini terlepas kepada golongan kaya dan orang asing.
6. Tabung Harapan Lesap
Tabung Harapan dibentangkan dalam Parlimen diguna sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB yang ditinggalkan Najib Razak dan UMNO
7. Bintang Jalur Gemilang 5 Bucu
Bendera muncul dalam majlis perasmian bola keranjang yang mana Presiden kepada Persatuan Bolakeranjang Malaysia adalah pemimpin kanan MCA.
8. Pengganas India DAP LTTE
Mereka belum disabitkan dengan kesalahan tersebut, Kerajaan telah mendakwa mereka yang terlibat mengira parti, kaum dan bangsa.
9. Jual Aset Negara
Najib Razak menjual banyak aset negara semasa zaman BN tetapi tidak ditularkan kerana media dicengkam BN, sehingga banyak tanah negara tergadai seperti Lapangan Terbang Sungai Besi, tanah milik ATM lebih 40 ribu ekar, tanah Pelaburan Klang, Pulau Pinang, Johor dan banyak lagi kepada China.
10. Pasang Jalur Gemilang Terbalik
Perbuatan ini berlaku sejak 2016 bukan hanya berlaku zaman PH, ada yang berlaku di luar negara seperti Taiwan.
11. Kes Arwah Adib
Kerajaan telah mengadakan prosiding Inkues mengenalpasti kematian Adib, memberikan bantuan sewajarnya dan cakna kebajikan ahli keluarganya, kenaikan pangkat, dan keperluan yang difikirkan sesuai.
12. Hina Islam
Tindakan tegas Kerajaan lebih dari apa yang berlaku zaman BN, lebih ramai penghina dihukum hukuman penjara lebih berat berbanding zaman BN.
13. Hina Rasulullah SAW
Tindakan tegas Kerajaan lebih dari apa yang berlaku zaman BN, lebih ramai penghina dihukum hukuman lebih berat berbanding zaman BN.
14. Hina Tulisan Jawi
MCA dibelakang mereka yang mendesak menentang tulisan jawi kepada sekolah jenis kebangsaan cina dan india.
15. Perlekeh Bahasa Kebangsaan
Isu tak hormat bahasa kebangsaan ini sejak zaman BN berlaku, menteri BN pun berucap bahasa tunggang langgang dan tidak mengikut bahasa yang betul, jalan raya dan lorong, kedai dan premis ditulis bahasa tunggang langgang dah berlaku sejak zaman BN.
16. Bible Edar Berleluasa
Edaran ni sejak lama dah berlaku, sejak 2012 dah dilaporkan tetapi sebagaimana biasa media dicengkam BN, tak ada adalah yang sampai kepada kita.
17. LGBT
Golongan LGBT tak puas hati kepada Kerajaan PH dianggap tidak iktiraf golongan ini dengan mengadakan rally dan perarakan
18. Minum Arak Tempat Awam
Minum arak ni Akta dan Enakmen sama sejak zaman BN tiada PBT yang ada Akta khusus, ia teroakai kepada bukan Islam, manakala bagi orang Islam dah ada Enakmen Jenayah Syariah Negeri yang menghukum dan menghalang orang Islam minum dan jual arak.
19. Tanam Buluh Ganti Sawit
Tanam Buluh sebagai alternatif bagi pendapatan tambahan memandangkan komoditi sawit bergantung kepada pasaran dunia, ada kalanya turun, tanaman buloh sebagai sampingan menambah pendapatan.
20. Minum Sawit
Minum sawit disalahberti minum minyak sawit, sebenarnya apa yang diminum dan dipromosi ialah sawit muda yang kaya dengan khasiat bukan minyak sawit yang dijadikan bahan dalam masakan.Ha.ha..orang bodo biasa la makan hasutan.
21. Hina Raja Melayu
Zaman BN kuat hina Raja Melayu, Shahidan Kassim maki Raja Perlis, Idris Jusoh maki Sultan Terengganu, dan banyak lagi.
22. Statue Rome
Statute Rome dah ditandatangani zaman BN, tetapi belum diratifikasi secara senyap, tapi biasalah yang salah PH juga.
23. IC Palsu
Kisah IC palsu berlaku sejak zaman BN terutama di Sabah, pegawai2 yang diwarisi semasa era BN juga yang menggadaikan kad pengenalan dijual kepada orang asing.
24. Kereta Terbang
Projek ini projek yang diakui memang tidak sesuai dengan keadaan dan masa.
25. ICERD
ICERD dah ditandatangani zaman BN, tetapi belum diratifikasi secara senyap, tapi biasalah yang salah PH juga.
26. Gaduh Sesama Sendiri
UMNO sendiri bergaduh dalam pemerintahannya, cuma disembunyikan dari media, ahli di peringkat akar umbi bergaduh bertumbuk di himpunan parti.
27. Isu Sex, Sekodeng, Rogol, Cabul, Liwat dan Semburit
Setiap kes jenayah ada prosedur yang perlu dilalui bermula dengan siasatan, melengkapkan siasatan, pendakwaan dan hukuman, tiada kes boleh buat ekspres tuduh hari ni, esok terus hukum.
28. Isu Terowong
Dah dijawab Kerajaan Pulau Pinang, jika ada asas salahlaku, SPRM bila masa boleh siasat dan dakwa
29. Isu Banglo
Isu Banglo dah dijelaskan Pejabat Peguam Negara rasional kes tidak diteruskan, saksi utama yang lemah kredibel dalam memberi keterangan di mahkamah.
30. Isu 1.4J dan Sewaan 38 Hotel
Pihak NAFAS dah minta MCA yang buat dakwaan, tunjuk bukti NAFAS sewa bilik, buat laporan SPRM, siasat dan dakwa, tiada yang hendak disembunyikan zaman PH
31. Isu Berebut Kerusi PM
Zaman BN pun berebut, tapi tak ditunjuk kepada rakyat sebab media dicengkam BN dan tertutup, siapa bercakap dihumban ke dalam.
32. Maksiat dan Sindrom Bisu Para Pemimpin Agamanya
Najib dan Zahid kena tuduh pelbagai tuduhan rasuah dan salahlaku, tiada pemimpin agama tegur Najib dan Zahid zmaan BN perintah.
33. Rasuah dan Sogokan PRK
BN raja rasuah dan sogok wang, dah terbukti beberapa kes mahkamah calon BN sogok wang. Haji Hadi dalam ceramah beliau sebut UMNO ni dipenuhi rasuah.
34. Hina Ulama
Hina ulama' ni zaman BN berlaku berleluasa, malah UMNO pernah hina Pas parti ajaran sesat, maki Tok Guru Nik Aziz dan macam-macam lagi.
35. Fahaman Liberal, Sosialis Komunis, Syiah Freemason
Pemimpin UMNO seperti Sidiq Ghouse pernah ditahan kerana terlibat dengan Komunis dan Sosialis, UMNO sejak tahun 2010 jalin kerjasama dengan Parti Komunis China, tiada pemimpin PH ditahan dikait dengan komunis dan Syiah.Najib Razak sendiri anggota sebuah persatuan yang mempunyai pertalian dengan gerakan freemason antarbangsa.
36. Pembohong dan Pemfitnah
Yang kuat buat fitnah ni UMNO dan Pas, rekod mahkamah pemimpin UMNO dan Pas juara fitnah, dan dibuktikan mahkamah memfitnah.
37. Kesalahan Jenayah Hanya Orang Melayu Islam Saja Yang Diserang Manakala Cina dan India DAP Buat Jenayah Dilepaskan
Kenyataan paling bodoh, setakat ini bukan melayu paling ramai didakwa kerana menghina sama ada agama, kaum dan ketenteraman awam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/06/jawapan-kepada-senarai-bodoh-peristiwa.html