Jawab Survey Dan Boleh Dapat Duit Daripada Yougov
Mungkin daripada anda sudah biasa dengan menjawab survey online daripada pelbagai syarikat yang menawarkan khidmat ini. Dengan hanya menjawab survey secara online, anda akan diberi markah point, kumpul dan boleh tebus dengan pelbagai ganjaran antaranya adalah tebusan kepada duit Ringgit Malaysia. Cara dapat duit online sebegini begitu terkenal hanya dibuat secara kerja part time di rumah.
Survey Malaysia berbayar ini sebenarnya banyak seperti yang dikeluarkan daripada Toluna, globaltestmarket, opinion world, yougov dan banyak lagi. Tetapi untuk kali ini, aku nak kongsikan cara dapat duit online dengan hanya kerja part time di rumah secara menjawab survey online di Yougov
Apa Itu Survey YouGov?YouGov melakukan tinjauan pendapat di Internet mengenai politik, hal ehwal awam, produk, jenama dan topik umum yang lain. Tinjuan YouGov terbuka kepada semua orang bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia. Mereka yang ingin berkongsi tentang pandangan terhadap pelbagai isu penting. Sesiapa sahaja boleh untuk sertai bermula dengan umur 16 tahun ke atas
Berapa Panjang Biasanya Survey YouGov?Kerana ianya kerja part time di rumah, kebanyakan survey YouGov sangat singkat dan hanya diperlukan kira-kira 2 hingga 7 minit untuk menjawab keseluruhannya. Satu survey biasanya hanya kira-kira 20 hingga 30 soalan yang agak ringkas (objektif). Survey terpanjang tidak boleh akan lebih daripada 20 minit untuk disiapkan
Setiap survey yang diperoleh, akan diberi ganjaran point yang berbeza-beza. Ada point 90, 120, 180 dan sebagainya
Bagaimana Untuk Sertai?Anda perlu mendaftar maklumat diri di pautan my.yougov.com secara percumaAnda boleh daftar sama ada menggunakan akaun sedia ada facebook ataupun menggunakan alaman emel.Pada permulaan,anda akan diberi beberapa survey untuk disiapkan dan dihadiahkan beberapa point.Seterusnya selepas ini, setiap kali survey baru untuk dijawab, anda akan menerima emel dan anda dapat mengakses survey tersebut terus daripada emel. Sebab itu iainya boleh dilakukan kerja part time di rumah.Anda boleh jawab survey daripada komputer ataupun di download aplikasi di Playstore ataupun Appstore
Apakah Ganjaran Yang Disediakan Daripada Pihak YouGov?
Antara ganjaran yang disediakan adalah Topup, Air Asia Big Point, UNICEF Donation dan juga Wang Ringgit. Semua ganjaran ini boleh ditebus setelah berjaya mengumpul points sebanyak 5000. Jadi anda kene kumpul dengan jawab survey YouGov sehingga 5000 point untuk tebus ganjaran
Baca juga : BUAT DUIT DENGAN APLIKASI CASHZINEPengalaman Selama Jawab Survey YouGovSebenarnya dah banyak Survey Malaysia Berbayar secara online yang aku buat tetapi rasanya antara survey yang aku konsisten adalah YouGov ini sahaja. Ini kerana ianya mudah dilakukan dengan hanya menggunakan handphone sahaja dah boleh jawab survey. Kata kerja part time di rumah kan
Pada penglibatan jawab survey YouGov ini agak slow sedikit untuk aku dapat peluang menjawab survey, tetapi ianya menjadi lebih kerap selepas itu. Kadang-kadang dapat 2-3 kali survey dalam seminggu. Jadi mudahlah untuk aku kumpul point kan
Jadi selepas cukup 5000 point, aku decide untuk tebus salah satu ganjaran yang disenaraikan. Aku tak tebus duit sebab aku cadang nak travel, jadi aku tebus 2500 Air Asia Big Point
Selepas 1 minggu, point Air Asia Big telah masuk, jadi sudah ada 2500 dan boleh terbang ke tempat-tempat menarik mungkin lepas ni. hehe
Sebab ianya adalah kerja part time di rumah sahaja, jadi aku tak harapkan ganjaran lebih awal kerana sibuk dengan kerja hakiki yang lain. Tetapi apa salahnya cuba survey YouGov ini bagi cara dapat duit online bukan
Jadi kepada anda, cara nak dapat duit online atau ganjaran lain dengan hanya kerja part time di rumah, mungkin jawab survey seperti YouGov ini adalah salah satu tempat yang sesuai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aimanabdullah.com/2019/06/jawab-survey-dan-boleh-dapat-duit.html