Jatuh Dan Bangunnya Islam Di Bumi Beruang Merah Rusia


Islam di Rusia


Pada tahun 1996, Mufti Rusia, Rawi Ainuddin membuat permohonan kepada Presiden Boris Yeltsin untuk mengadakan  sambutan 1400 tahun kedatangan Islam ke Rusia. Akan tetapi ianya tidak dapat dilaksanakan kerana sebab-sebab yang tertentu. Namun begitu ianya berjaya disambut beberapa tahun kemudian ketika pemerintahan Presiden Vladimir Putin. Dalam masa yang sama pada tahun 2000, penganut agama Kristian Orthodox menyambut 1000 tahun kemasukan ugama Kristian ke Rusia. Ini menunjukkan kedatangan Islam ke Rusia 400 tahun lebih awal sebelum kedatangan Kristian.

Hubungan Dunia Islam dengan kaum dan penduduk yang mewakili masyarakat di Rusia pada hari ini berlaku seawal kurun ke 1 Hijrah apabila wilayah Azerbijan dan Armenia berjaya dibuka oleh umat Islam di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab. Dalam masa yang sama penyebaran Islam juga berlaku melalui jalan perdagangan yang mana sebahagian daripada wilayah-wilayah Rusia berada dalam Laluan Sutera yang menghubungkan peniaga-peniaga Islam antara Barat dan Timur. Mereka memeluk Islam kerana melihat akhlak dan teladan baik yang ditunjukkan oleh peniaga-peniaga Islam pada ketika itu. Pengaruh gerakan Sufi juga memainkan peranan dalam penyebaran agama Islam di Rusia khususnya di wilayah selatan seperti Dagestan.

Kerajaan Islam pertama yang bertapak di Rusia ialah Volga Bulgaria yang memerintah di antara pertengahan kurun 1 hingga ke 6 Hijrah atau kurun ke 7 hingga 13 Masehi. Kerajaan Volga Bulgaria bertapak di antara dua sungai terpanjang di Rusia iaitu Sungai Volga dan Sungai Kama dan penduduknya terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa antaranya Turkic Bulgar, Finnic, Ugrian dan Slavic.  Walaupun Kerajaan Islam Volga Bulgaria hanya berkuasa selama lebih 500 tahun namun penduduknya tetap berpegang kepada ajaran Islam.

Republik Tatarstan hari ini, iaitu wilayah separuh autonomi yang berada di bawah Rusia adalah kelangsungan daripada Kerajaan Islam Volga Bulgaria di mana Tatarstan boleh dinisbahkan sebagai sebuah Republik Islam dimana 55% penduduknya beragama Islam dan bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Malah di Tatarstan, terdapat satu – satunya universiti Islam di Rusia iaitu Russian Islamic University atau dikenali sebagai Rossiyskiy Islamic Institute yang diasaskan pada tahun 1988 di Kazan, ibu negeri Tatarstan. Di universiti tersebut terdapat lebih 70 fakulti dan hampir 800 orang pelajar.

Hubungan Rusia dan Dunia Islam melalui pasang dan surut di sepanjang sejarahnya. Setelah Islam bertapak di Rusia, kebanyakan pemerintah Rusia bersikap keras namun ada juga yang bersikap lembut dan memberikan layanan yang baik ke atas umat Islam. Sebagai contoh Putera Vladimir yang memerintah Rusia antara 960M - 1015M, seorang yang minat mengkaji agama-agama samawi dan pernah menghantar utusan kepada pemerintah Islam di Volga Bulgaria memintanya untuk menghantar guru-guru agama Islam kerana dia berminat untuk mendalaminya, namun akhirnya beliau memeluk Kristian Orthodox. Ada ahli sejarah menyatakan beliau hampir-hampir menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Rusia pada ketika itu.

Umat Islam di Rusia melalui zaman getir penuh kekejaman terutamanya ketika pemerintahan dua Tsar iaitu zaman Ivan The Terrible, Tsar Pertama Rusia dan Catherine The Great. Di zaman kedua – dua Tsar ini, umat Islam ditindas serta dizalimi, masjid diroboh dan dibakar. Ketika zaman ini, gadis – gadis Islam dilacurkan serta dijual untuk dijadikan hamba atau pelacur. Anak – anak muda Islam dihantar ke medan perang paling dahsyat dan ramai yang terkorban. Boleh dikatakan di zaman kedua – dua Tsar ini, umat Islam dizalimi dan ditekan dalam keadaan yang sistematik.

Hari ini Islam adalah agama kedua terbesar di Rusia dengan anggaran jumlah penganutnya sebanyak 14.5 juta orang iaitu hampir 10% peratus jumlah penduduknya yang berjumlah 145.87 juta orang dan Islam juga diiktiraf sebagai salah satu agama tradisi negara. Kebanyakan umat Islam menghuni di enam wilayah yang mempunyai majoriti penduduknya penganut Islam iaitu wilayah Dagestan, Chechnya, Ingushetia, Tatarstan, Kabardino - Balkaria dan Karachay - Cherkessia.

Daripada penjelasan di atas boleh disimpulkan bahawa umat Islam sudah menjadi darah daging dan diterima sebagai sebahagian dari masyarakat Rusia yang mempunyai pelbagai kaum, etnik dan penganut agama khususnya Kristian dan Islam, justeru tidak pelik jika diteliti fenomena Islamofobia yang berlaku di Barat tidak berlaku di Rusia jika dihubungkait dengan faktor – faktor di atas.

Berbeza keadaannya di negara-negara Barat samada di Amerika Utara dan juga Eropah kerana kewujudan umat Islam di sana adalah kerana penghijrahan orang-orang Islam dari luar disebabkan pelbagai faktor seperti peperangan dan krisis ekonomi di negara asal atau untuk mendapat suaka politik. Ianya berbeza keadaannya di Rusia kerana orang-orang Islam di sana adalah penduduk asal dan merupakan sebahagian daripada masyarakat Rusia. Tidak dinafikan berlakunya penindasan terhadap umat Islam sejak zaman Tsar yang memerintah Rusia sehinggalah di zaman komunis Soviet Union yang memerangi keseluruhan agama khususnya Islam. Namun terdapat juga masa dan ketika umat Islam dilayan dengan baik dan saksama.

Islam Di Zaman Soviet Union

Setelah jatuhnya rejim Tsar dan terbentuknya Soviet Union yang meletakkan Komunisme sebagai dasar pemerintahan, Islam menjadi sasaran utama kerana bercanggah dengan dasar negara yang memerangi sebarang bentuk ajaran agama khususnya Islam. Soviet Union yang berpaksikan Komunisme ketika itu mengamalkan Atheism, iaitu tidak berpegang kepada ajaran agama serta menolak sebarang pegangan terhadap mana – mana agama terutamanya Islam.

Bolsheviks, iaitu kumpulan yang diterajui Vladimir Lenin dan Alexander Bogdanov menjadi pengasas kepada Republik Komunis Soviet Union. Dalam usaha untuk menguatkan serta meluaskan Soviet Union, mereka sedaya upaya cuba untuk memasukkan kembali wilayah – wilayah yang pernah berada di bawah Empayar Tsar Rusia dahulu termasuk Azerbaijan, Kazakhstan, Turkmenistan, Tajikistan, Uzbekistan dan Kirghizia yang mana kesemua wilayah ini adalah wilayah Islam. Usaha ini mendapat tentangan hebat daripada wilayah – wilayah tersebut kerana amalam komunisme namun akhirnya terpaksa tunduk dan berada di bawah Soviet Union.

Dalam tempoh ini umat Islam di wilayah-wilayah tersebut ditindas dan dipaksa supaya meninggalkan agama mereka, masjid-masjid diubah menjadi kandang binatang dan kelab malam, dalam masa yang sama umat Islam dipaksa meninggalkan solat dan ibadah puasa. Masjid yang ketika itu berjumlah hampir 25,000 buah pada tahun 1917, hanya tinggal lebih kurang 500 pada pertengahan 1970an. Soviet Union ketika itu menghadkan aktiviti agama ke atas wilayah – wilayah tersebut yang bersesuaian dengan konsep komunisme Soviet Union yang berteraskan prinsip atheism terhadap sebarang agama.

Tekanan ke atas umat Islam berakhir setelah kehancuran Soviet Union sejurus kekalahannya di Afghanistan pada tahun 1989. Banyak masjid dibuka semula selepas kejatuhan Soviet Union dan umat Islam dibenarkan menunaikan haji dan umrah kembali. Pusat Kebudayaan dan Kesenian Islam telah dibuka di Moscow serta ditubuhkan Kesatuan Muslim Rusia yang diterajui oleh Imam Khatyb Mukaddas dari Tatarstan dengan tujuan utamanya untuk merapatkan jurang agama dan membetulkan salah faham terhadap umat Islam di Rusia.

Banyak kemajuan dan kemakmuran telah dikecapi oleh umat Islam di Rusia setelah kejatuhan Soviet Union. Malah di Chechnya. undang – undang syariah telah diberikan kebenaran untuk diimplemantasikan oleh Rusia. Namun sejak kebelakangan ini, Islam telah berkembang di bawah pemerintahan Vladimir Putin. Malah, boleh dikatakan umat Islam di Rusia hari ini telah terhindar sikap Islamofobia sebagaimana dunia barat lain kerana keterbukaan Rusia terhadap Islam malah Vladimir Putin pernah mengungkap, Islam adalah sebahagian daripada Rusia dan Islam adalah hampir sama dengan Kristian Ortodoks yang jauh berlainan daripada Katholik.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/12/jatuh-dan-bangunnya-islam-di-bumi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuala Lumpur Summit Platform Dialog Umat Islam

Kuala Lumpur Summit Platform Dialog Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 390 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang BANYAK kesilapan tafsira...
Setahun Arwah Adib Bomba Pergi Pemimpin Islam Dalam Ph Buat Bodoh

Setahun Arwah Adib Bomba Pergi Pemimpin Islam Dalam Ph Buat Bodoh

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 277 hits
Genap setahun anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia akibat cedera parah ketika bertugas dalam tragedi rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya Adib 24 yang merupakan anggota perkhidmatan penyelamat...
Maksud Mimpi Seseorang Dalam Islam Dan Masyarakat

Maksud Mimpi Seseorang Dalam Islam Dan Masyarakat

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 588 hits
Maksud Mimpi Seseorang Dalam Islam Dan Masyarakat Mimpi ada orang anggap hanya mainan tidur dan ada yang anggap ada maksudnya yang tersendiri Tak kisahlah mimpi apa sekalipun ramai yang cuba nak tahu apakah ada maksudnya ataupun tidak Maksu...
6 Fakta Uu Kewarganegaraan Anti Islam Di India Yang Menuai Aksi Protes

6 Fakta Uu Kewarganegaraan Anti Islam Di India Yang Menuai Aksi Protes

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 329 hits
Kebebasan untuk dapat melangsungkan kehidupan dengan berakidahkan Islam sepertinya tengah marak dibatasi oleh negara negara tertentu Belum kering airmata kita melihat penderitaan umat muslim di Palestina penyiksaan terhadap umat muslim di U...
Islam Melarang Penganutnya Meminta Oleh Oleh Atau Buah Tangan 9439

Islam Melarang Penganutnya Meminta Oleh Oleh Atau Buah Tangan 9439

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 302 hits
Allah berfirman yang bermaksud Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya Mengapa Islam Melarang Meminta Oleh Oleh Ini Penjelasannya By Yudi Last updated Jan 23 2018Kita mungkin sudah terbiasa meminta oleh oleh kepada teman atau sa...
Hospital Pertama Di United Kingdom Perkenal Sterile Hijab Untuk Staff Beragama Islam

Hospital Pertama Di United Kingdom Perkenal Sterile Hijab Untuk Staff Beragama Islam

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 381 hits
Walaupun berada di negara luar identiti sebagai seorang yang beragama Islam tidak akan dilupakan Pemakaian hijab ketika bekerja di luar negara pastinya akan menjadi isu yang rumit seperti apa yang dipaparkan di laman media sosial Namun tida...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah