Ohh yaa…majlis tu telah diadakan untuk meraikan para ejen Obsess Cosmetics dan juga untuk merasmikan packaging baru Obsess Cushion Foundation, salah satu ‘hot item’ Obsess Cosmetics ni. Meh laa Mama kongsikan sikit gambar-gambar semasa Makeup Party…
Teruja dapat bergambar dengan founder Obsess Cosmetics, Puan Hafizatul Atikah (tengah). She’s so beautiful!
Cantik cantiknya laa haaiii



Yang lagi bestnya, Mama dapat Obsess Cosmetics Make Up Box yang ada enam produk iaitu Cushion Foundation, Loose Powder, Mascara, Eye Brow Refiner, Matte Lipstick dan Makeup Remover. Balik tu happy ja nak main mekap mekap, yahoooo! Hehehe
Obsess Cosmetics Makeup Box. Buat hadiah atau hantaran kahwin pun nice kan ni.
Obsess
Cosmetics Treatment Cushion Foundation SPF50
Obsess Cosmetics Treatment Cushion Foundation ni lah salah satu benda yang Mama teruja sangat nak cuba sebab ramai kawan-kawan kata bagus. Dan bila dah cuba…hmmm no wonder lah Cushion Foundation ni jadi ‘best seller’ Obsess Cosmetics sebab memang best!
Obsess Cosmetics Treatment Cushion Foundation (harga RM59)
Cara nak pakai senang je, cepat dan mudah digunakan. Lepas dah pakai pelembap ngan sunscreen semua tu, boleh terus pakai Cushion Foundation ni. Dap dap gitu je dah cantik uollss hehe.
Ni kod light
Ni Mama tepek sikit je pun dah dapat cover parut jerawat
Ohh yaaa… Obsess Cosmetics Treatment Cushion Foundation ni bukan setakat menutup cela di wajah, tapi juga dapat membantu merawat kulit wajah sebab bahan utamanya ialah:
Olive Squalane Oil :
Geranium Oil
Bearberry
Comel kan packaging baru ni
Too Smooth To Resist –
Obsess Cosmetics Loose Powder
Lepas dah pakai Obsess Treatment Cushion Foundation tu, boleh guna Obsess Cosmetics Loose Powder plak sebab ia bertujuan untuk ‘lock’ foundation agar makeup tahan lebih lama dan juga mengawal minyak di muka.
Obsess Cosmetics Loose Powder (harga RM59)
Mama baca kat Facebook
Obsess Cosmetics kata selalunya loose powder akan jadi matte finishing tapi loose powder brand
Obsess ni ada sikit glow yang membuatkan makeup nampak lebih berseri-seri.
Obsess Cosmetics Loose Powder ni ada satu kod warna je iaitu Translucent. Walaupun bedaknya putih, tapi jangan risau sebab ianya akan blend ikut tona kulit korang. Teksturnya plak halus dan gebu je, senang nak ratakan keseluruh muka. Pakai sikit pun dah cukup.
Obsess Cosmetica Chocholate Paste Mascara (harga RM40)
Yang bestnya Chocolate Paste Mascara Obsess Cosmetics ni ialah ia dapat melebatkan bulu mata, memanjangkan dan melentikkan bulu mata. Maskaranya juga adalah smudge-proof, tak menghitamkan bawah mata, mesra wudhu dan senang dibersihkan. Guna air je dah boleh tanggalkan mascara ni. Mudah!
Obsess Cosmetics Lipmatte (harga RM40)
Sebelum ni Mama pernah cuba lipmatte brand lain tapi Mama tak suka sebab rasa tebal dan melekit camna ntah. Pastu tak tahan lama dan warna cepat hilang. Sejak tu, Mama dah tak gemar nak cuba lipmatte.
Ni kod Bandung

Bibir pun tak rasa kering. Rasa ringan dan selesa ja pakai lipmatte Obsess ni. Mungkin sebab kandungannya ada Minyak Argan dan Vitamin E. Minyak Argan membantu meningkatkan cell-production, menyihatkan bibir dan merawat bibir secara semula jadi. Vitamin E plak membantu melindungi bibir sepanjang hari dan mengubati bibir yang pecah-pecah akibat kering.
Obsess Cosmetics Brow Definer (RM39)
Eyebrow Definer ni ada dual-end. Disatu hujung ada pencilnya, dan lagi satu hujung ada brush. Jadi akan memudahkan untuk nak blend dan membantu membentuk kening dengan lebih cantik lagi.
Obsess Cosmetics Makeup Remover (RM25)
Menariknya Makeup Remover Obsess ni ada ekstrak Centella Asiatika iaitu Pegaga, jadi boleh merawat kulit sensitif juga. Baunya wangi tau, bau fruity gitu. Botolnya plak bersaiz kecil dan travel friendly, senang boleh selit dalam handbag bawa kemana mana.
Ohh yaa…tak perlu ragu ragu yer nak guna produk Obsess Cosmetics, sebab ianya telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). So apa kat korang cuba gak, mana lah tau kot kot korang pun akan obsessed dengan Obsess Cosmetics ni kannn… 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |