Jati Diri Lawan Arus
Kreatitivi dan kelainan dalam menghasilkan sesuatu amat penting untuk berjaya. Jangan terlalu jumud atau terikat pada kebiasaan.
Kalau ikut yang kebanyakan, maka akan timbul persaingan dan mungkin tidak mampu untuk berdepan dengan mereka yang sudah hebat.
Jadi, carilah kelainan dan sesuatu yang menjadikan sesuatu itu lebih hebat dan menarik. Lari dan keluar dari kepompong biasa yang sudah biasa dilakukan oleh orang lain. Kena banyak menguasai imagenasi dan kreatif. Buat inovasi dan berfikir di luar kotak.
Kayakinan ini penting, kerana jika tidak yakin pada apa yang dilakukan, maka yang timbul adalah keragu-raguan. Jika timbul keraguan orang lain pun susah untuk mengikutinya.
Jadi keyakinan dalam melakukan sesuatu yang tak lazim atau di luar kebiasaan adalah penting dan menjadi perhatian utama, kerana sesuatu yang diluar kebiasaan biasanya ditolak oleh kebanyakan orang, kecuali kalau idea itu mampu dipertahankan.
Untuk mencari kekuatan, maka bersedialah dalam minda untuk dicemuh dan dikatakan pelik. Jika kita yakin, teruskan apa yang ingin dilakukan itu. Apa yang penting ialah perkara yang tidak menyalahi hukum agama dan undang-undang. Jika setakat perkara yang lain dari unsur adat, budaya dan kebiasaan, itu masih boleh dipertahankan.
Cemuhan dan kritikan pasti hadir dari mereka yang mindanya tertutup atau berasa bahawa dirinya sahaja yang betul. Sikap mudah menghukum dan menilai rendah terhadap orang lain wujud dalam diri mereka yang minda tertutup dan dikuasai sikap sombong. Dia tidak boleh melihat sesuatu dari kebiasaan, maka terus menghukum sebagai salah dan bodoh.
Yakinlah kepada apa yang diusahakan. Biar nampak seperti tidak mungkin berjaya, namun yakinlah kepada usaha. Tepis atau biarkan kata-kata negatif daripada orang lain. Tetap berpegang pada prinsif dan kelainan yang ingin dilakukan.
Sudah menjadi adat melawan arus, jati diri mesti kuat. Kalau ibarat sungai arusnya deras, maka orang yang berfikir atau berbuat di luar kebiasaan, harus berpegang prinsif kuat-kuat.
Dengan prinsip yang dijadikan landasan yang kukuh, maka apapun yang dilakukannya atau difikirkan walaupun berbeza dengan apa yang dilakukan atau dipikirkan orang lain, baginya tak masalah.
Ibarat batu karang di tengah lautan, walaupun ombak sebesar gunung menghantam, batu karang tersebut tetap berada di tempatnya. Sehingga ada orang sanggup bersusah panyah untuk melihat batu karang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/vfh_13.html