Jason Statham Akan Sertai Fast Furious 10 Dan 11 Jika Dipanggil Pengarah
Jason Statham menjadi antara watak yang cukup unik dan digemari semenjak kemunculannya buat pertamakali dalam Fast & Furious 6. Wataknya sebagai Deckard Shaw menjadi antara watak yang cukup dikenali. Apatah lagi, Jason Statham sendiri terkenal dengan filem aksi yang cukup gah sebelum menyertai francais itu.
Namun, kemunculan Jason Statham terhenti sehingga Fast & Furious 8 sahaja. Selepas itu, watak Deckard Shaw kembali muncul dalam sebuah spin-off yang menyaksikan gandingan Jason Statham dan Dwayne Johnson, Hobbs & Shaw.
Jason Statham tidak dapat kembali ke dalam Fast & Furious mungkin kerana jadual yang tidak sesuai. Malah, pergaduhan Dwayne Johnson dengan Vin Diesel juga mungkin antara punca yang menarik watak Deckard Shaw untuk menghilang buat seketika.
Buat masa ini, sekuel untuk Hobbs & Shaw tidak ada dalam perancangan pihak Universal Studios. Namun, sumber dari Collider mendedahkan yang dalam satu temubual, Jason Statham menyatakan yang dia tak kisah untuk kembali dalam sekuel Fast & Furious di masa hadapan.
“Hundreds of millions get spent on making the movie and promoting the movie, so they have to have a good script. We’re motivated to do something about that; we’re waiting for the knock on the door, essentially.”
“I’d love to come back for those couple of movies. It’s thin ice that I’m skating on if I talk about what’s going to happen in the next movies. But I know Justin Lin, I know him really well, and it was funny, when I came on to do the cameo in 6, he never turned up to 7 and 8, and they’re the ones that I did, so we’re destined to do something bigger. It’s great to work with Vin and all the other characters, I’ve made some great friends on that movie, and I really love the film franchise itself. I think it’s a global success for all the right reasons. To be a part of it is just a great privilege. So if they want me in the next ones, I’ll be there.”
Filem ke 10 dan ke 11 ialah yang terakhir dalam francais yang bakal menutup kisah yang bermula semenjak tahun 2001 lagi. Berkemungkinan kedua dua filem ini akan meraikan watak-watak yang selama ini ditinggalkan dan mungkin menjadi antara dua filem terpenting di dalam francais ini
Semestinya kembalinya Jason Statham dalam Francais Fast & Furious akan ditunggu peminat. Apatah lagi jika Dwayne Johnson yang mempunyai watak yang sinonim kepada francais Fast & Furious semenjak filem Fast Five
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sukafilem.net/2021/04/jason-statham-akan-sertai-fast-furious.html