Jasmine Suraya Kecewa Mentaliti Peminat Lelaki






Selepas Paskal, Jasmine Suraya kerap menerima tawaran membintangi filem aksi. Terkini dia melebarkan sayap karier apabila dilamar sebuah produksi Indonesia.

Pelakon Jasmine Suraya Chin mengakui kerap menerima komen negatif daripada segelintir pengikut lelaki dalam akaun Instagramnya hanya kerana dia sering berkongsi gambar-gambar seksi.

Lebih menyedihkan, pelakon filem Paskal itu mendedahkan bahawa kebanyakan komen negatif tersebut datangnya daripada golongan remaja terutamanya mereka yang masih bersekolah.

Terang Jasmine, 30, setiap kali memuat naik gambar dalam Instagram niatnya hanya ingin berkongsi perkembangan terkini bersama peminat.

Pemilik nama lengkap Jasmine Suraya Chin Xian Mei itu juga berasakan imej seksinya tidak melampau sehingga perlu menerima komen sebegitu.

Ikuti penjelasan daripada pelakon yang berasal dari Kuching, Sarawak itu ketika ditemui pada sidang akhbar Malaysia’s Makeup Artist Awards 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KOSMO!: Boleh Jasmine kongsikan perkembangan terkini?

JASMINE SURAYA: Saya sedang membuat persediaan untuk drama rantaian KL Gangsters Underworld untuk terbitan Iflix. Watak yang saya bawakan memang sudah ada sejak musim pertama ditayangkan, cuma kali ini dikembangkan lagi. Demi memberi lakonan yang berkesan, saya menjalani latihan seni mempertahankan diri selama tiga bulan bersama rakan pelakon dalam filem Paskal, Theeban G.

Apakah cabaran yang anda lalui sepanjang menjalani latihan tersebut?

Memang begitu sukar kerana pernah mengalami kecederaan. Saya merupakan penghidap sindrom hyperlaxity atau hypermobility (sendi terlebih fleksibel). Jika banyak melakukan pergerakan sendi, maka peratusan untuk mendapat kecederaan sangat tinggi. Pernah sekali saya buat aksi kombat, tiba-tiba tangan terseliuh. Akibatnya saya tidak dapat melakukan senaman selama tiga minggu. Walaupun begitu saya tidak pernah serik untuk mencuba. Jika terdapat babak yang bahaya, saya akan menggunakan pelakon lagak ngeri. Selagi mampu, saya akan lakukannya sendiri.

Nampaknya selepas Paskal, anda semakin banyak menerima tawaran berlakon naskhah aksi. Apakah pandangan anda?

Saya pun tidak pasti, tetapi sejak berlakon dalam Paskal, mungkin orang nampak kelebihan saya. Selepas KL Gangster Underworld, saya akan terbabit pula dengan sebuah lagi naskhah aksi terbitan produksi Indonesia. Penggambaran akan bermula sekitar Ogos depan di Jakarta, Indonesia dan Belanda.

Naskhah terbitan Iflix mempunyai babak yang agak berani dan seksi. Apa komen anda tentang perkara itu?

Saya sedar tentang perkara itu dan tidak membawa sebarang masalah. Saya okey sahaja untuk lakonkan watak yang agak berani dan seksi asalkan tidak melampau atau melanggar sensitiviti masyarakat di negara ini.

Apakah reaksi anda apabila menerima komen negatif daripada netizen gara-gara penampilan seksi dalam laman sosial?

Memang saya akui terlalu banyak menerima komen negatif. Kadang-kadang saya sendiri tidak faham dengan mentaliti mereka. Apa yang membuatkan saya berasa sangat sedih dan kecewa adalah kebanyakan komen-komen nakal yang ditinggalkan dalam Instagram datangnya daripada remaja. Walhal pada umur sebegitu, mereka tidak sepatutnya mempunyai pemikiran nakal. Saya berkongsi gambar seksi bukan tanpa sebarang niat lain. Mungkin agak seksi pada mata orang lain, tetapi bagi saya tidaklah melampau.

Apakah yang anda lakukan apabila berdepan dengan situasi tersebut?

Saya pernah mahu membalas dengan memerli mereka kembali dalam Instagram. Namun, selepas berfikir panjang saya mengambil pendekatan untuk buat tidak tahu sahaja. Jika saya membalas mereka lagi seronok, jadi lebih baik berdiam diri.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/jasmine-suraya-kecewa-mentaliti-peminat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Peminat Kecewa Malaysia Tercicir Dalam Senarai Backstreet Boys Dna Tour

Hiburan Peminat Kecewa Malaysia Tercicir Dalam Senarai Backstreet Boys Dna Tour

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 456 hits
Boyband kegilaan zaman remaja kita iaitu Backstreet Boys yang dianggotai AJ McLean Howie Dorough Nick Carter Kevin Richardson dan Brian Littrell bakal membuat kemunculan semula yang lebih gempak dengan mengadakan jelajah dunia Backstreet Bo...
Sekuel Winter Sonata Dalam Perancangan Bakal Menemui Peminat

Sekuel Winter Sonata Dalam Perancangan Bakal Menemui Peminat

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 363 hits
Sebelum bermulanya hallyu atau Korean Wave di Malaysia siri drama Winter Sonata telah menjadi satu fenomena dan kini drama dari Korea Selatan itu dikatakan bakal kembali untuk siri sekuelnya Namun pengarah asal Yoon Suk Ho dikatakan telah m...
Dahlia Hati Dari Mas Idayu Untuk Peminat

Dahlia Hati Dari Mas Idayu Untuk Peminat

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 2251 hits
Hampir 10 tahun tidak tampil dengan single terbaru penyanyi yang memiliki jolokkan Ratu Gelek 45 Darjah ini kini tampil dengan sebuah single terbaru yang bertajuk Dahlia Hati Ketika merakamkan single yang dikawal oleh Azizul HaqimSingle ini...
Peminat Siakap Goreng Rahmat Boleh Terjah Port Makan Terbaru Di Restoran Siakap Goreng Pendas Gelang Patah

Peminat Siakap Goreng Rahmat Boleh Terjah Port Makan Terbaru Di Restoran Siakap Goreng Pendas Gelang Patah

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 1739 hits
Assalamualaikum Hai korang kalau korang peminat ikan siakap goreng Kedai Makan Rahmat Kg Pasir Putih Pasir Gudang korang mesti cuba juga ke port makan terbaru
Sony Melancarkan Rantai Kunci Berbentuk Konsol Konsol Playstation Untuk Peminat Tegar

Sony Melancarkan Rantai Kunci Berbentuk Konsol Konsol Playstation Untuk Peminat Tegar

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 222 hits
Konsol Sony PlayStation akan menyambut ulang tahun ke 25 pada Disember ini Kini terdapat empat generasi PlayStation yang harus dimiliki oleh peminat tegar Hari ini mereka mengumumkan koleksi rantau kunci edisi terhad bagi menyambut ulang ta...
Peminat Pokok Tin Pokok Fig Di Muar Pun Ada Jom Ke Glory Nursery Encik Steve

Peminat Pokok Tin Pokok Fig Di Muar Pun Ada Jom Ke Glory Nursery Encik Steve

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 725 hits
Ramai rakyat Malaysia mula meminati pokok tin yang dikenali dengan nama buah syurga sejak disiarkan dalam majalah 3 beberapa bulan yang lepas Kebetulan sebelum tv3 menyiarkan tentang pokok tin ini blog orang muo telah pun memaparkan seorang...
Elfira Loy Mohon Doa Peminat Soal Hamil

Elfira Loy Mohon Doa Peminat Soal Hamil

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 361 hits
Elfira memohon para peminatnya mendoakan yang baik baik buat dia san suami berhubung isu cahaya mata Pelakon Elfira Loy berkata dia meminta semua peminat mendoakan yang baik baik bagi menjawab dakwaan dirinya sedang berbadan dua Doakan yang...
Waa Macam 30an Je Sambut Birthday Ke 50 Peminat Teruja Dengan Penampilan Maria Farida

Waa Macam 30an Je Sambut Birthday Ke 50 Peminat Teruja Dengan Penampilan Maria Farida

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 1792 hits
1519 SHARES Pelakon cantik Maria Farida yang pernah popular pada tahun 90 an nampaknya tidak dimamah usia Semalam Maria baru saja memuat naik gambarnya ketika sambutan hari lahirnya yang ke 50 bersama keluarganya Semua peminat seakan tidak ...
Jelajah Suria Di Kuantan Pahang Dibanjiri Peminat Kugiran Masdo

Jelajah Suria Di Kuantan Pahang Dibanjiri Peminat Kugiran Masdo

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 300 hits
Aura Kugiran Masdo tidak dapat disangkal lagi apabila ribuan peminat mereka di sekitar Pahang membanjiri Jelajah Suria 2019 di Kuantan City Mall The post appeared first on
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Jom Tempah Baju Korporat Cantik Berkualiti Terus Dari Kilang

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Ppim Gesa Siasat Mfw Isu Istilah Muslim Choice Harian Metro 03 11 2025

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah

Top 87 By Eileen Punpro777 Ceo 28 November 2025

Hengjing168 Plus Top 76 By Moses 28 168 2568

From Sweden To The Uk Snusboys Brings Authentic Snus To British Consumers