Jaringan Syahmi Tercalon Anugerah Puskas Fifa


Muhammad Syahmi SafariJaringan Syahmi tercalon Anugerah Puskas FIFA

Adakah nama Malaysia sekali lagi akan bergema di Zurich, Switzerland selepas kejayaan pemain Pulau Pinang, Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerusi sepakan percuma 'melanggar' hukum fizik pada 2016? Impian itu mungkin dapat direalisasikan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk mencalonkan jaringan pemain muda kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari ke anugerah berkenaan bagi tahun ini

Baca: "Kami bukan pakar seri"
Jaringan terbabit dihasilkan pemain muda Selangor itu pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2018 bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok yang menyaksikan skuad Harimau Malaya mara ke pentas akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan menerusi agregat 3-3. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata keputusan menghantar cadangan pencalonan itu dibuat selepas selesai mesyuarat peringkat Sekretariat Agung FAM yang turut disertai Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin, hari ini



"FAM akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol yang dijaringkan Syahmi supaya dapat tersenarai sebagai salah satu calon anugerah terbabit dan salinan video gol turut dilampirkan sebagai penilaian oleh FIFA. "Biarpun mengetahui senarai 10 calon gol tercantik untuk Anugerah Puskas FIFA 2019 itu nanti akan dicadangkan dan dipilih sendiri oleh FIFA dan jawatankuasa pemilihannya, FAM berpendapat surat cadangan pencalonan tetap perlu dihantar sebagai tanda sokongan FAM dan bagi memastikan gol berkenaan mendapat perhatian FIFA. "Berdasarkan keunikan gol yang terhasil menerusi tujuh hantaran melibatkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan menarik oleh Syahmi, FAM berharap ia akan berjaya tersenarai sebagai salah satu daripada 10 calon untuk Anugerah Puskas FIFA 2019," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Sebagai rekod, FAM sebelum ini turut menghantar surat cadangan pencalonan kepada FIFA untuk gol yang dihasilkan oleh bekas pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri pada 22 Februari 2016. Keputusan FAM untuk menghantar pencalonan bagi gol itu nyata tepat selepas ia membawa kejayaan yang menyaksikan sepakan percuma unik itu muncul pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016


---- bharian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2019/03/jaringan-syahmi-tercalon-anugerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gol Syahmi Syafari Calon Puskas

Gol Syahmi Syafari Calon Puskas

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 301 hits
HAJAT jutaan rakyat Malaysia untuk sekali lagi melihat anak tempatan dicalonkan bagi Anugerah Puskas akan terlaksana apabila Persatuan Bolasepak Malaysia cukup serius mencalonkan gol sepakan padu Syahmi Syafari pada separuh akhir pertama Pi...
Dulu Rangkul Anugerah Puskas Kini Faiz Subri Tanpa Pasukan

Dulu Rangkul Anugerah Puskas Kini Faiz Subri Tanpa Pasukan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 456 hits
Sekitar awal tahun 2017 lalu gegak gempita arena bola sepak tempatan apabila seorang pemain kelahiran Malaysia berjaya merangkul anugerah berprestij iaitu FIFA Puskas Award pada tahun 2016 Pemain itu ialah Mohd Faiz Subri yang bermain bersa...
Black Panther Muncul Filem Pertama Marvel Menang Anugerah Oscar

Black Panther Muncul Filem Pertama Marvel Menang Anugerah Oscar

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 283 hits
Nampaknya filem Black Panther menjadi filem pertama Marvel Studio yang memenangi anugerah dalam Oscar Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dengan dua anugerah telah dimenangi iaitu rekaan kostum terbaik dan rekaan set produksi te...
Senarai Pencalonan Anugerah Dfkl 2019

Senarai Pencalonan Anugerah Dfkl 2019

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 441 hits
Drama Festival Kuala Lumpur 2019 kembali untuk edisi keenam dengan memperkenalkan tema baharu tahun ini iaitu Positif Selalu Anugerah DFKL 2019 bakal diadakan pada 7 April 2019 bagi mengiktiraf drama drama yang bersiaran sepanjang tahun 201...
Anugerah Oscar 2019 Turut Bawa Pulang Hadiah Berupa Ganja

Anugerah Oscar 2019 Turut Bawa Pulang Hadiah Berupa Ganja

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 440 hits
Ilustrasi Ganja Pelbagai hadiah akan dibawa pulang oleh calon yang bertanding untuk 2019 Oscar Diduga barang barang yang telah disusun dengan kemas di dalam tas goodie bernilai 100 ribu USD Bukan sahaja pakej percutian mewah ke Iceland Kepu...
Seorang Individu India Diberi Anugerah Khas Kerana Tidak Menekan Hon Selama 18 Tahun

Seorang Individu India Diberi Anugerah Khas Kerana Tidak Menekan Hon Selama 18 Tahun

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 316 hits
Seorang pemandu lelaki di India kini telah menerima satu anugerah khas kerana tidak pernah menekan hon pada sesiapa sepanjang pemanduannya selama 18 tahun Manush Sanman mendapat penghargaan itu kerana situasi atau masalah memunyikan hon ser...
Dr Wan Saleha Terima Anugerah Saidatina Aisyah

Dr Wan Saleha Terima Anugerah Saidatina Aisyah

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 789 hits
KUALA NERUS Pengamal perubatan Dr Wan Saleha Wan Ishak 66 dipilih menerima Anugerah Saidatina Aisyah sempena Hari Wanita peringkat negeri di Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini Pengiktirafan itu diberikan atas sumbangan dan jasa an...
Abdul Bari 5 Penyelamat Terima Anugerah Wira Darul Iman

Abdul Bari 5 Penyelamat Terima Anugerah Wira Darul Iman

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 310 hits
KUALA TERENGGANU Sebagaimana dijanji malam tadi kerajaan negeri memberikan penghargaan khas kepada enam individu yang bertarung nyawa menyelamatkan lima mangsa tragedi pacuan empat roda yang terjunam ke sungai di Pulau Warisan 8 Februari la...
Igl Gelar Kompetisi Fifa 19 Fut Di Indonesia

Igl Gelar Kompetisi Fifa 19 Fut Di Indonesia

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 215 hits
Sebuah gelaran bergengsi bagi pecinta konsol FIFA 19 telah hadir di Indonesia Event FIFA 19 FUT Online Qualifier ini diprakarsai oleh Indonesia Gaming League
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin