Jari Tangan Dan Kaki Bayi Perlu Dijaga Dengan Baik Elak Kotoran


Haish, geram tengok jari-jemari si kecil yang halus. Tetapi adakah anda tahu cara menjaga jari dan kaki bayi?
Ada tip penjagaan khusus yang perlu anda ketahui. Teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Penjagaan jari dan kaki bayi
Bayi yang baru lahir sememangnya mempunyai jari dan kaki yang sangat halus yang memerlukan penjagaan khusus seiring dengan usianya.
Untuk mengekalkan kulit yang lembut dan kuku yang rapi memerlukan perancangan yang betul.
Berikut dikongsikan perkara berkaitan penjagaan khusus jari dan kaki bayi khas buat para ibu bapa sekalian:
Memastikan kuku sentiasa rapi
Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan kuku bayi anda dipotong dengan baik.
Walaupun kuku si kecil mungkin nipis, tetapi hakikatnya ia tajam dan boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka.
Oleh sebab si manja tidak mempunyai kawalan motor yang sempurna lagi, maka dia akan cenderung untuk mengerakkan jarinya yang halus dan menggaru diri dalam proses itu.
Kuku bayi tumbuh dengan cepat, maka anda perlu untuk memotongnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Berbeza dengan kuku kaki, ia tidaklah begitu tajam dan pertumbuhnya agak lambat, anda cuma perlu memotongnya 1 atau 2 kali sebulan.
Pastikan anda menggunakan pengetip kuku bayi atau gunting khas untuk memotong dan merapikan kuku si manja.
Elakkan daripada memotong terlalu hampir dengan kulit.
Jika tanpa sengaja ketika memotong kuku bayi anda terlihat titisan darah, jangan panik!
Ini kerana si manja akan sembuh dengan cepat. Tetapi jangan pula anda menggigit kuku anak anda, kerana ia boleh menjadi punca jangkitan kepada mereka.
Periksa jari dan kaki bayi dengan kerap
Anda mungkin akan terkejut melihat rambut atau benang yang terkumpul pada jari dan kaki si kecil.
Bayi yang baru lahir, sememangnya cenderung untuk mempunyai genggaman yang kuat – ini aspek normal dalam perkembangan bayi.
Disebabkan faktor itu, anda perlu memeriksa sekitar jari dan kaki setiap kali menukar lampin dan sebaiknya lap tangan mereka dengan kain lap yang bersih.
Jika anda terlihat sebarang luka pada hujung jari, tidak mengapa, ia akan sembuh sendiri.
Tetapi ibu bapa harus berwaspada jika berlakunya sebarang jangkitan seperti kemerahan, bengkak atau rasa panas.
Penggunaan sarung tangan dan kaki
Penggunaan sarung tangan dan kaki pada bulan-bulan pertama selepas dilahirkan merupakan antara cara terbaik menjaga jari dan kaki bayi.
Sarung tangan pastinya dapat memberikan perlindungan kepada bayi daripada menggaru sehingga menyebabkan luka.
Sarung kaki pula boleh memberikan kehangatan dan mengelakkannya daripada kesejukan.
Jika anda sedang menunggu saat melahirkan bayi, pastikan anda memasukkan sepasang sarung tangan dan kaki bayi untuk kegunaan selepas bersalin.
Kuku kaki yang tidak tumbuh
Apa rasanya jika kuku pada bahagian kaki tidak tumbuh dengan elok? Pasti sakit dan rasa tidak selesa, bukan?
Itulah yang mungkin dialami si kecil, cuma malangnya kita tidak memahami kesakitan yang diluahkan mereka.
Bayi turut berisiko untuk mengalami masalah kuku tidak tumbuh dengan elok.
Jadi pastikan anda merapi dan memotong kuku kaki anak anda secara berkala.
Ia sekali gus dapat menghindari masalah kuku yang tidak tumbuh.
Losyen bayi
Kebanyakan ibu bapa tidak menggunakan losyen bayi dan ia adalah pilihan anda.
Jika bayi anda tidak mengalami sebarang masalah kulit kering atau mengelupas pada sekitar kuku jari dan kaki bayi, mungkin anda tidak perlukan losyen.
Tetapi jika anda ingin menggunakan losyen, pilih losyen yang lembut dan sesuai untuk kegunaan bayi.
Sebaiknya, sapukan losyen beberapa minit selepas mandi untuk mengekalkan kelembapan kulit.
The post Jari Tangan Dan Kaki Bayi Perlu Dijaga Dengan Baik, Elak Kotoran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jari-tangan-dan-kaki-bayi-perlu-dijaga-dengan-baik-elak-kotoran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arti Mimpi Kuku Jari Tangan Kaki

Arti Mimpi Kuku Jari Tangan Kaki

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 300 hits
Bagi banyak orang bermimpi tentang kuku menjadi hal yang orang orang tidak perhatikan Mimpi ini mengungkapkan pertanda menarik yang dapat membuat kamu untuk belajar lebih banyak
Cegah Covid 19 Sebaiknya Elak Pegang Benda Ni Jika Perlu Cepat Cuci Tangan

Cegah Covid 19 Sebaiknya Elak Pegang Benda Ni Jika Perlu Cepat Cuci Tangan

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 672 hits
Mengambil kira keadaan semasa dan penularan jangkitan COVID 19 ini Kementerian Kesihatan telah mengingatkan orang ramai untuk hadkan keluar ke tempat tumpuan ramai buat masa sekarang bagi mengelakkan keadaan ini lebih serius Menurut Ketua P...
Derapan Tapak Kaki Kuda Milik Sebaik Baik Raja Yang Akan Mengetuai Sebaik Baik Tentera 9874

Derapan Tapak Kaki Kuda Milik Sebaik Baik Raja Yang Akan Mengetuai Sebaik Baik Tentera 9874

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 365 hits
Semoga kesolehan dia bantu keputusan peperiksaan By Posted in Posted on BANGI Setiap ibu pastinya mahu melihat anak anaknya berjaya dalam hidup tidak terkecuali buat Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat Ustazah Zakiah Ab Rahman yang harini tu...
Bibir Pecah Tangan Kaki Luka Rayuan Hiba Anak Austime Jadi Mangsa Buli

Bibir Pecah Tangan Kaki Luka Rayuan Hiba Anak Austime Jadi Mangsa Buli

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 320 hits
SEORANG budak lelaki Autisme menangis ketika ibunya menarik dia keluar dari sekolah selepas menderita dibuli selama tiga bulan Selama tiga bulan itu Harrison Fernandez pernah ditumbuk dipukul makanannya dirampas jus oren ditumpahkan kepadan...
Mayat Reput Ditemui Kaki Dan Tangan Terikat

Mayat Reput Ditemui Kaki Dan Tangan Terikat

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 218 hits
Gambar hiasanPolis menemui mayat reput di Flat Taman Pauh Indah Bukit Tengah dekat sini malam tadi Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata mayat terbabit ditemukan dengan kaki dan tangannya...
Kepala Diserkup Sarung Bantal Tangan Dan Kaki Diikat

Kepala Diserkup Sarung Bantal Tangan Dan Kaki Diikat

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 365 hits
MOHD ISKANDAR OTHMAN 10 Mac 2020Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat Gambar kecil ZahariBUKIT MERTAJAM Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Flat Taman Pauh di sini terjawab dengan penemuan mayat s...
Melamar Pekerjaan Contoh Surat Lamaran Kerja Tulis Tangan Yang Baik Danbenar

Melamar Pekerjaan Contoh Surat Lamaran Kerja Tulis Tangan Yang Baik Danbenar

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 2222 hits
Seperti yang kita ketahui bersama bahwa kementerian hukum dan hak asasi manusia republik indonesia memberikan kesempatan kepada warga negara republik indonesia untuk mengikuti seleksi cpns yang akan ditugaskan dalam lingkungan kementerian h...
Tak Nak Campur Tangan Politik Baik Dia Buka Kementerian Sendiri Bung Moktar Kritik Menteri Kewangan Baharu

Tak Nak Campur Tangan Politik Baik Dia Buka Kementerian Sendiri Bung Moktar Kritik Menteri Kewangan Baharu

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 397 hits
Tak nak campur tangan politik Baik dia buka kementerian sendiri Bung Moktar kritik Menteri Kewangan baharuBekas CEO Kumpulan CIMB Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang baru dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Muhyiddin baru baru ...
Jaga Jari Dan Tangan Kita

Jaga Jari Dan Tangan Kita

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 236 hits
Jaga Jari Dan Tangan Kita Bila berlaku satu isu seperti COVID19 ni ramai pula yang ringan jari tangan nak menulis Ramai yang sibuk tulis dan up status seolah olah dia tahu semua Lebih parah bila ada tanggapan buruk hingga sanggup menghina d...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan