Jantung Bengkak Diagnosis Simptom Punca Kesan Rawatan


Jantung bengkak atau dikenali dalam istilah perubatan sebagai ‘Cardiomegaly’ merupakan keadaan di mana ukuran jantung menjadi lebih besar daripada normal.
Keadaan ini bukanlah satu penyakit, sebaliknya ia merupakan petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Jantung yang membesar boleh menjejaskan keupayaannya untuk mengepam darah dengan berkesan, sekali gus memberi kesan kepada seluruh sistem peredaran darah dalam badan.
Keadaan ini boleh dikesan melalui imbasan seperti X-ray dada, echocardiogram atau MRI jantung.
Apa itu Jantung Bengkak?
Kredit: Public Health Malaysia Jantung adalah organ paling penting dalam tubuh, bekerja tanpa henti untuk memastikan darah beredar ke seluruh anggota badan.
Namun, kadang-kala, jantung boleh mengalami masalah kesihatan yang serius, salah satunya adalah jantung bengkak.
Keadaan ini berlaku apabila otot jantung menebal atau ruang di dalam jantung mengembang
Pembesaran ini menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah, dan lama-kelamaan, ia boleh kehilangan keupayaannya untuk berfungsi dengan cekap. Ini boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius seperti kegagalan jantung.
Terdapat pelbagai jenis kardiomiopati. Jenis-jenis utama termasuk kardiomiopati dilasi (dilated), hipertrofik (hypertrophic) dan restriktif (restrictive).
Keadaan ini sering kali diabaikan kerana simptomnya yang tidak jelas pada peringkat awal.
Artikel menarik: Pembedahan Potong Usus: Kelebihan, Risiko, Kos Pembedahan
Diagnosis Terdapat beberapa ujian yang akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar dan tahap bengkak pada jantung, bergantung pada pemeriksaan klinikal oleh doktor.
Ujian Elektrokardiogram (ECG):
ECG adalah ujian awal yang sering dilakukan untuk kebanyakan pesakit jantung. Ia dapat mengesan perubahan ketebalan dinding jantung, kemungkinan salur darah koronari tersumbat, dan masalah pada ritma jantung. Ujian Darah:
Ujian darah dapat memberikan maklumat mengenai jumlah sel darah merah, tanda-tanda jangkitan, kandungan garam mineral, serta fungsi hati dan buah pinggang. Paras gula dalam darah, kolesterol, dan tiroid juga dapat dikesan melalui ujian ini, kerana ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada masalah jantung bengkak. Untuk mengesan jantung bengkak secara khusus, ujian peptida natriuretik jenis B (BNP) dapat membezakan sama ada simptom yang dialami pesakit berpunca daripada jantung atau organ lain. Ujian Pengimejan:
Selain itu, ujian pengimejan lain seperti tomografi berkomputer (CT) dan pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk jantung juga boleh dilakukan. Ujian x-ray dan ekokardiografi adalah pemeriksaan tidak invasif yang selamat untuk semua pesakit, tanpa mengira usia. Ujian-ujian ini dapat membantu doktor mengetahui saiz jantung dengan lebih tepat. Ekokardiografi sangat penting kerana ia memberikan maklumat terperinci mengenai kekuatan jantung mengepam darah, pergerakan otot dinding, struktur injap, dan saiz bilik jantung. Sumber: Berita Harian
Simptom
Gejala jantung bengkak, atau kardiomegali, seringkali tidak begitu ketara pada peringkat awal.
Simptom biasanya akan muncul apabila keadaan menjadi lebih teruk dan fungsi jantung terjejas.
Jika anda mengalami beberapa simptom berikut, adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan doktor:
Sesak nafas: Terutama ketika melakukan aktiviti fizikal atau semasa berbaring. Keletihan melampau: Rasa penat yang berpanjangan walaupun selepas rehat. Degupan jantung tidak normal (aritmia): Seperti degupan terlalu laju, perlahan, atau tidak sekata. Sakit dada: Boleh muncul secara tiba-tiba atau semasa melakukan aktiviti fizikal. Bengkak pada kaki, pergelangan kaki, dan abdomen: Disebabkan oleh pengumpulan cecair (edema). Pening atau pengsan: Berlaku apabila jantung tidak mengepam darah secukupnya ke otak. Batuk berpanjangan atau berbuih: Mungkin menandakan cecair terkumpul di paru-paru. Punca Utama Jantung Bengkak Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada pembesaran jantung. Memahami puncanya adalah kunci kepada rawatan yang berkesan.
Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi): Ini adalah punca paling lazim. Tekanan darah tinggi memaksa jantung untuk bekerja lebih kuat bagi mengepam darah, menyebabkan otot jantung menebal dan membesar. Penyakit Jantung Koronari: Keadaan ini berlaku apabila saluran darah yang membekalkan oksigen ke otot jantung tersumbat atau sempit. Jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mendapat bekalan darah yang cukup. Penyakit Injap Jantung: Apabila injap jantung tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlalu sempit atau bocor, jantung terpaksa melakukan kerja tambahan untuk memastikan aliran darah berjalan lancar. Kardiomiopati: Ini adalah penyakit pada otot jantung itu sendiri yang menyebabkan ia menjadi lemah atau menebal. Ia boleh disebabkan oleh genetik, jangkitan virus, atau pengambilan alkohol yang berlebihan. Anemia (Kurang Darah): Anemia yang teruk memaksa jantung bekerja lebih keras untuk memastikan oksigen yang mencukupi sampai ke seluruh badan. Penyakit Tiroid: Sama ada hipertiroidisme (tiroid terlalu aktif) atau hipotiroidisme (tiroid kurang aktif) boleh menjejaskan kesihatan jantung. Faktor Lain: Obesiti, kencing manis yang tidak terkawal, dan penyalahgunaan dadah dan alkohol juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Kesan buruk pada kesihatan
Walaupun keadaan Jantung Bengkak ini bukanlah sejenis penyakit, jika tidak dirawat dengan segera bakal menyebabkan pelbagai kesan buruk dan komplikasi kesihatan, termasuklah:
Kegagalan jantung: Jantung tidak dapat mengepam darah dengan berkesan, menyebabkan pengumpulan cecair dalam paru-paru, perut dan kaki. Gangguan irama jantung (aritmia): Saiz jantung yang tidak normal meningkatkan risiko denyutan jantung tidak sekata, yang boleh mengancam nyawa. Pembentukan darah beku: Darah yang tidak bergerak dengan baik berpotensi membentuk bekuan, yang boleh menyebabkan strok atau serangan jantung. Kematian mengejut: Dalam kes yang teruk, jantung yang terlalu lemah boleh berhenti secara tiba-tiba.
Rawatan bagi Jantung Bengkak Terdapat beberapa rawatan yang akan diberikan jika anda telah disahkan mempunyai masalah jantung ini:
Ubat-ubatan: Pemberian ubat akan diberikan mengikut punca yang menyebabkan jantung itu bengkak. Ubat yang diberikan lebih kepada untuk merawat tekanan darah tinggi dan mengawal salur darah tersumbat. Alatan perubatan: Jika pemberian ubat tidak berkesan, doktor akan memilih untuk memberi bantuan alatan perubatan. Pembedahan: Pembedahan akan dilakukan jika keadaan semakin teruk berlaku dan jika pesakit tidak sembuh dengan pengambilan ubat yang diberikan. Sebaiknya, jika anda mempunyai simptom-simptom sakit jantung, segera untuk berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku.
Bacaan lanjut:
Mayo Clinic Healthline


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/jantung-bengkak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jantung-bengkak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Lymphedema Simptom Punca Rawatan Oleh Fisioterapi

Apa Itu Lymphedema Simptom Punca Rawatan Oleh Fisioterapi

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 150 hits
Apa Itu Lymphedema Simptom Punca Rawatan oleh Fisioterapi Lymphedema atau limfedema ialah keadaan apabila berlaku bengkak terutamanya pada lengan atau kaki akibat gangguan sistem limfa Sistem limfa berperanan penting dalam mengalirkan cecai...
Mengapa Sakit Belakang Bawah Selalu Datang Balik Punca Rawatan Fisioterapi

Mengapa Sakit Belakang Bawah Selalu Datang Balik Punca Rawatan Fisioterapi

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 181 hits
Mengapa Sakit Belakang Bawah Selalu Datang Balik Punca Rawatan Fisioterapi Sakit belakang lazimnya berulang disebabkan oleh postur yang tidak betul kurang bersenam otot yang tegang atau masalah struktur sedia ada pada tulang belakang Dengan...
Strok Punca Simptom Dan Jenis Jenisnya

Strok Punca Simptom Dan Jenis Jenisnya

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 128 hits
Strok atau angin ahmar merupakan masalah kesihatan melibatkan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan saluran darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu menyebabkan oksigen yang mencukupi tidak dapat dibawa ke bahagian o...
Apa Itu Senggugut Kenali Punca Dan Simptom

Apa Itu Senggugut Kenali Punca Dan Simptom

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 155 hits
Original Content Senggugut Satu perkataan yang cukup dikenali oleh kaum wanita khususnya yang berada dalam lingkungan usia baligh hingga dewasa Bagi sesetengah wanita senggugut hanyalah ketidakselesaan ringan semasa haid Namun bagi sebahagi...
Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 204 hits
Denggi adalah penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti yang aktif pada waktu siang Penyakit ini boleh jadi ringan tetapi juga boleh mengancam nyawa jika sampai ke tahap berdarah atau Dengue Shock Syndrome Terdapat empat jenis viru...
Gaduh Di Genting Polis Tahan 8 Suspek Kesan 3 Lagi

Gaduh Di Genting Polis Tahan 8 Suspek Kesan 3 Lagi

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 171 hits
Suspek berusia 28 hingga 61 tahun ditahan di Genting Highlands Kuala Lumpur dan Selangor hasil maklumat awam Polis mahu menghubungi warga China Zhang He dan dua warga Malaysia N Gopala Krishnan dan Khoo Kim Fatt PETALING JAYA Polis menahan ...
Jpj Pahang Berjaya Kesan Permit Perjalanan Sementara Palsu Guna Nama Dan Tandatangan Pengarahnya

Jpj Pahang Berjaya Kesan Permit Perjalanan Sementara Palsu Guna Nama Dan Tandatangan Pengarahnya

papar berkaitan - pada 20/7/2025 - jumlah : 150 hits
KUANTAN Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang tidak pernah mengeluarkan permit perjalanan sementara bagi tujuan pemeriksaan kenderaan yang menggunakan nama dan tandatangan pengarahnya JPJ Pahang dalam kenyataan malam tadi memaklumkan permit yan...
Kkm Akan Guna Ai Untuk Kesan Awal Kawasan Denggi

Kkm Akan Guna Ai Untuk Kesan Awal Kawasan Denggi

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 174 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia sedang membangunkan satu sistem kecerdasan buatan bagi mengenal pasti kawasan yang berpotensi menjadi lokasi wabak denggi Sistem ini bertujuan membantu pasukan kesihatan mengenal pasti kawasan berisiko sebelum...
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro

Schizzo Redux Walzwerk S Made To Order Bmw R 12 Caf Racer

Kelantan Cuba Rempuh Polis Lepas Tembakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Harapalsu Arghpiez Ft Mus Satira

Drama Dr Pontianak 2

Expecting The Lion Not To Eat You

Black Hanifah Feat Adira Suhaimi Memilih Kamu Chord

Mytnb Cara Semak Bil Elektrik Online

Cara Masuk Whatsapp Web Bikin Chat An Di Laptop Makin Seamless