Janna Nick Dakwa Diugut Bunuh



Pelakon dan pengacara, Janna Nick, 26, mendakwa menerima ugutan bunuh rentetan kontroversi artis K-pop yang hangat diperkatakan netizen, sejak akhir-akhir ini.
Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Munner, berkata beberapa ugutan bunuh diterima selepas dia didakwa mengeluarkan komen yang konon ditulisnya sendiri, dalam kontroversi berkenaan.
"Selepas saya nyah aktif akaun media sosial, ada individu mengeluarkan kenyataan konon saya membalas komen seseorang yang menegur saya untuk tidak mempersendakan individu yang sudah meninggal dunia.
"Individu terbabit menulis saya ada membalas komen dengan ayat 'Ustaz peminat K-pop eh, jangan taksub sangat'. Saya anggap perkara ini memfitnah saya.
"Saya dianiaya kerana ayat (komen) itu langsung tidak dikeluarkan atau dinyatakan dalam akaun media sosial saya.
"Saya menerima banyak kecaman berpunca daripada ayat ini. Saya menerima beberapa ugutan bunuh dan disebabkan itu, terpaksa melaporkannya kepada polis," dakwanya pada sidang media virtual di sini, hari ini.
Yang turut hadir, peguambela dan peguamcara, Ben Syazmin dari Tetuan Tan Norizan & Associates.
Janna memberitahu, dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memulakan provokasi dan fitnah sehingga menjejaskan namanya.
"Kami sudah membuka kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah diterima... Polis masih menjalankan siasatan," katanya.
Janna turut memohon maaf apabila dikatakan mempersendakan bintang Kpop, Lalisa Manoban sebagai Lisa 'Blackpig' dalam promosi telefilem Delen.
"Bagi isu Lisa 'Blackpig', saya sebagai pengarah dan produser untuk telefilem Delen mengambil tanggungjawab memohon maaf kepada semua yang terguris hati dengan kapsyen berkenaan," katanya.
Ditanya apakah kontroversi tercetus memberi kesan besar kepada karier seni, Janna tidak menafikannya.
"Memang ada kesan... Disebabkan itu, kami ambil tindakan untuk mengenakan tuntutan pampasan kepada pihak yang memulakan provokasi hingga isu menjadi besar dan tidak dapat dikawal," katanya.
Sebagai pengacara program hiburan, Melodi, Janna menafikan menggunakan kedudukan itu untuk mencetuskan kontroversi dengan sengaja.
"Saya tidak pernah anggap sebagai pengacara Melodi, saya ada kebebasan mencipta kontroversi kerana ia datang dari pelbagai pihak, bukan saya.
"Jadi, saya ingin menyatakan penerbit Melodi dan TV3 faham situasi yang berlaku selepas saya menjelaskan perkara sebenar," katanya.
Sementara itu, Ben berkata, siasatan terhadap ugutan bunuh yang diterima anak guamnya masih dilakukan pihak berkuasa.
"Ugutan bunuh adalah suatu jenayah yang sangat serius. Perkara ini masih di dalam siasatan polis, jadi lebih baik kita tunggu hasil siasatan daripada memberi komen.
"Selepas membuat laporan polis, Janna sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan dirakamkan," katanya.
Sejak minggu lalu, Janna menjadi sasaran netizen hingga namanya tular di laman sosial, Twitter sehingga wujudnya tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty.
Kontroversi tercetus apabila Janna didakwa mempersendakan Lisa membabitkan salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen, yang dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig.
Insiden itu berlaku ketika Janna mempromosikan Delen di Instagram.
Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkannya dengan kematian anggota kumpulan Shinee, mendiang Kim Jong-Hyun pada 2018, yang disensasikan semula.
Dalam kontroversi itu, Janna dituduh mempersendakan kematian bintang K-pop terbabit.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/02/janna-nick-dakwa-diugut-bunuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Diugut Bunuh Janna Nick Jawab Segala Dakwaan Dan Dedah Siasatan Polis Sedang Dijalankan

Sampai Diugut Bunuh Janna Nick Jawab Segala Dakwaan Dan Dedah Siasatan Polis Sedang Dijalankan

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 309 hits
Selepas beberapa hari menjadi bualan ramai akhirnya Janna Nick menyapa semua dengan sebuah sidang media rasmi untuk menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran ramai Menerusi peguamnya Janna menjelaskan mengenai insiden sebenar diseba...
Hiburan Pernah Diugut Peminat Artis Korea Naim Daniel Nasihatkan Janna Nick Agar Hilangkan Diri Seketika

Hiburan Pernah Diugut Peminat Artis Korea Naim Daniel Nasihatkan Janna Nick Agar Hilangkan Diri Seketika

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 379 hits
Kecoh di media sosial beberapa hari ini apabila pelakon Janna Nick dihentam hebat oleh peminat kumpulan nyanyian daripada Korea iaitu Black Pink apabila dia didakwa mempermainkan nama salah seorang anggota kumpulan itu serta mempersendakan ...
Lepas Minta Maaf Isu Gelak Kematian Jonghyun Janna Nick Diserang Lagi Dek Gelar Lisa Blackpig

Lepas Minta Maaf Isu Gelak Kematian Jonghyun Janna Nick Diserang Lagi Dek Gelar Lisa Blackpig

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 743 hits
Kalau anda ingat dahulu Janna Nick dan Sharifah Sakinah pernah dihentam peminat K Pop memandangkan mereka bergurau mengenai kematian ahli kumpulan SHINee iaitu Jonghyun Walaupun Sharifah Sakinah pernah memohon maaf mengenai isu ini namun ia...
Hiburan Bagi Saya Duit Adalah Segalanya Janna Nick Masih Simpan Hasrat Untuk Sambung Belajar

Hiburan Bagi Saya Duit Adalah Segalanya Janna Nick Masih Simpan Hasrat Untuk Sambung Belajar

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 376 hits
Pelakon drama Marry Me Senorita Janna Nick mendedahkan dia pernah melanjutkan pelajaran di Universiti namun terhenti di tengah jalan Sumber Instagram Janna Nick Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memberitahu bahawa dia berhenti b...
Janna Nick Dikecam Lagi Netizen Viralkan Hashtag Jannanickisgoingtojailparty

Janna Nick Dikecam Lagi Netizen Viralkan Hashtag Jannanickisgoingtojailparty

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 378 hits
Pelakon Janna Nick masih lagi menjadi bualan netizen di Twitter walaupun dia sudah memuat naik video menjelaskan keadaan sebenar berkenaan isu mempersendakan kematian seorang artis K Pop pada tahun 2018 Kali ini satu hashtag Jannanickisgoin...
Akaun Media Sosial Janna Nick Hilang Selepas Isu Gelakkan Jonghyun Gelar Lisa Blackpig Tular

Akaun Media Sosial Janna Nick Hilang Selepas Isu Gelakkan Jonghyun Gelar Lisa Blackpig Tular

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 431 hits
Semalam kecoh apabila pelakon Janna Nick memuat naik video membuat permohonan maaf kepada peminat K Pop apabila videonya gelakkan kematian Jong hyun daripada SHINee pada 3 tahun lalu kembali tular di serata media sosial Pun begitu permohona...
Awas Janna Nick Bakal Ambil Tindakan Undang Undang

Awas Janna Nick Bakal Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 279 hits
Gara gara didakwa mempersenda anggota kumpulan K Pop BLACKPINK iaitu Lisa Manoban dengan menulis Lisa BLACKPIG dalam hantaran di Instagram pelakon terkenal Janna Nick diserang netizen dan peminat kumpulan itu sejak semalam Susulan itu Janna...
Nama Trending Di Twitter Janna Nick Bersvmpah

Nama Trending Di Twitter Janna Nick Bersvmpah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 334 hits
Hampir setiap hari lakonannya menghiasi kaca televisyen nama Janna Nick pasti tidak asing lagi dalam kalangan penonton termasuk w4rganet di media sosial
Janna Nick Issey Fazlisham Filem Selamat Hari X Jadi

Janna Nick Issey Fazlisham Filem Selamat Hari X Jadi

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 601 hits
Filem Selamat Hari X Jadi lakonan Janna Nick Issey Fazlisham Zalif Sidek Nasz Sally Danial Zaini Aaron Aziz Nasha Aziz Eyka Farhana akan menemui penonton pada 25 Februari 2021 di Astro First saluran 480 SINOPSIS SELAMAT HARI TAK JADISekumpu...
Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Ph Free To Choose Allies Says Saifuddin On Sabah Polls

Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Dinner Di Kayu Manis Perth Dan Hadiah Sayur

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Federal Sabah Ties Must Stay Strong Says Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wellness Across Ages An Intergenerational Community Program Ppim 27 09 2025

Lirik Lagu La Tahzan Heliza Helmi

Solat Itu Penghapus Dosa

Record Setter How To Build The World S Fastest Indian Bagger

Monolog Jiwa Di Balik Wajah Yang Sama

Wan Rosdy Sejumlah Rm291 76 Juta Sumbangan Diterima Daripada S Glc Pahang Akan Dimanfaatkan Untuk Rakyat