Janna Nick Cerita Dia Sudah Habis






Berkongsi sekeping foto mencolok mata menampakkan dirinya sedang melakukan aktiviti ekstrem memanjat tembok atau wall climbing, ruangan komen gambar berkenaan dalam Instagram pelakon Janna Nick dihujani lambakan ulasan nakal daripada peminat terutama daripada kalangan lelaki.

Menyifatkan komen-komen tersebut kebanyakan datang daripada lelaki mata keranjang, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 23, malas memikirkan kritikan terhadap foto yang dikongsikannya.

Sementara itu, dia turut disuakan pertanyaan tentang kenyataan penerbit drama Leftenan Zana, Sheila Rusly yang mengatakan bahawa tiada sambungan untuk drama terbabit walaupun mencatat jumlah penonton 25.5 juta, Janna yang baru-baru ini dilantik sebagai duta produk kecantikan, NH Colla Plus 3 tidak mahu mengulas lanjut.

Katanya, dia merencanakan sesuatu yang lebih besar tentang sayap kedua karier seninya, iaitu nyanyian.

Apa komen Janna apabila foto anda sedang melakukan aktiviti memanjat tembok dihujani banyak komen nakal?

Janna Nick: Industri hiburan sekarang seperti ketandusan kontroversi sampaikan perkara kecil seperti itu pun memberikan impak yang besar. Bagi saya, foto itu tiada apa-apa pun, cuma disebabkan ramainya golongan lelaki pervert atau mata keranjang di luar sana, sensasi sebegitu boleh timbul.

Maksudnya, adakah anda menjangkakan foto berkenaan akan mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen?

Sebagai orang yang tidaklah terlalu baharu dalam industri, hal-hal sebegitu memang sudah masak dalam fikiran. Saya tahu isu itu tidak lebih daripada sekadar kontroversi. Bagi saya, apa kritikan atau komen nakal itu ringan-ringan sahaja. Ramai lelaki mata keranjang di luar sana. Saya malas ingin memikirkan tentang mereka.

Maaf bertanya, sebagai bintang utama drama rantaian Leftenan Zana, apa pendapat anda apabila drama tersebut tidak bersambung ke musim kedua walaupun meraih jumlah penonton yang tinggi?

Cerita dia (Sheila Rusly) sudah habis. Saya tidak mahu jawab apa-apa yang melibatkan dia dalam hal saya.

Baiklah, apa perkembangan seni terbaharu anda selepas ini?

Saya sudah memulakan penggambaran untuk slot Samarinda TV3 bersempena Ramadan nanti. Judul drama berkenaan adalah Cari Aku Di Syurga arahan Shahrulezad Mohameddin. Saya akan berlakon di samping Aeril Zafrel dan Mimi Lana. Saya tidak sabar kerana garapan seperti ini memang sudah lama diimpikan terutama bekerja dengan Shahrulezad yang sebelum ini mengarahkan drama Nur.

Adakah anda mengharapkan drama berkenaan mencipta fenomena dan kejayaan seperti Nur?

Tidak mengharap tetapi sebagai pelakon, saya selalu ingin bekerja dengan orang yang mementingkan kualiti bukan populariti. Peluang bekerja dengan Shahrulezad akan digunakan sepenuhnya untuk menambahkan ilmu lakonan. Dia seorang pengarah yang bagus dan saya ingin menimba ilmu daripadanya.

Bagaimana pula dengan perkembangan karier nyanyian anda, sudah ada material terbaharu?

Buat masa, sekarang tiada lagu baharu. Bagaimanapun, mungkin saya akan rakam lagu baharu sebelum hujung tahun ini. Apa yang boleh saya janjikan adalah kejutan dari segi perubahan genre.

Boleh kongsikan sedikit peranan anda sebagai duta NH Colla Plus 3?

Saya guna produk ini sejak lapan bulan yang lalu. Untuk saya, kesannya boleh dirasa dalam tempoh tiga hari. Kulit saya menjadi lebih licin, bersih dan gebu. Sebagai pelakon yang selalu menjalani penggambaran di bawah terik matahari, produk ini memastikan kulit wajah saya tidak lesu. Dari segi kesihatan, produk ini membantu saya untuk menjalani aktiviti harian dengan lebih bertenaga.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/04/janna-nick-cerita-dia-sudah-habis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Abang Askar Mintak Autograf Dari Janna Nick Comelnya

Video Abang Askar Mintak Autograf Dari Janna Nick Comelnya

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 914 hits
Pelakon Janna Nick atau nama sebenar Nurul Jannah Muner sememangnya popular dalam bidang lakonan malah beliau telah pun melebarkan sayapnya sebagai seorang penyanyi Terbaharu Janna Nick telah memegang watak sebagai seorang askar dalam drama...
Gambar Janna Nick Belanja Gambar Yang Seksi Mengiurkan

Gambar Janna Nick Belanja Gambar Yang Seksi Mengiurkan

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 4296 hits
Hangat com pasti ramai netizen mengetahui bahawa pelakon Janna Nick dikenali sebagai seorang yang happy go lucky dan diminati bukan sahaja kerana bakat lakonannya tetapi penampilan beliau yang manis dan comel Walaupun lebih selesa berambut ...
Hiburan Gara Gara Posing Maut Ini Janna Nick Dikritik Netizen

Hiburan Gara Gara Posing Maut Ini Janna Nick Dikritik Netizen

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 1017 hits
Pelakon Janna Nick dikenali sebagai seorang yang happy go lucky dan diminati bukan sahaja kerana bakat lakonannya tetapi penampilan beliau yang manis dan comel Walaupun lebih selesa berambut pendek Janna tetap membuatkan ramai lelaki diluar...
Video Puting Beliung Di Penang Petang Tadi Habis Rumah Dan Gerai Rosak

Video Puting Beliung Di Penang Petang Tadi Habis Rumah Dan Gerai Rosak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 528 hits
2802 SHARES Kejadian puting beliung telah dilaporkan berlaku di Tanjong Tokong Pulau Pinang petang tadi Menurut laporan banyak rumah dan gerai mengalami kerosakan bumbung rumah Flat tercabut harta benda awam rosak dan pokok tumbang Kejadian...
7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki Kalau Diamalkan Anda Akan Terkejut Rezeki Datang Tak Pernah Habis

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki Kalau Diamalkan Anda Akan Terkejut Rezeki Datang Tak Pernah Habis

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 1138 hits
7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki kalau diamalkan anda akan terkejut Rezeki datang tak pernah HABIS 1 Memperbanyak Membaca La hawla Wala Quwwata Illa billah Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Qu...
Cina Melayu Muafakat Lepas Habis Kenduri Jiran Cina Datang Merewang Tolong Kemas

Cina Melayu Muafakat Lepas Habis Kenduri Jiran Cina Datang Merewang Tolong Kemas

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 413 hits
Cina Melayu muafakat Lepas habis kenduri jiran Cina datang merewang tolong kemas Mempunyai bangsa pelbagai kaum merupakan satu keistimewaan buat Malaysia meskipun masih tidak dapat lari dengan pelbagai isu perkauman namun keharmonian antara...
Baru Buka 2 Minggu Ruang Pameran Ikea Batu Kawan Habis Hancur

Baru Buka 2 Minggu Ruang Pameran Ikea Batu Kawan Habis Hancur

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 466 hits
Astaga Tu jelah kata kata yang terkeluar tatkala melihat gambar gambar yang telah dikongsikan seorang pengguna Facebook bernama Kelvin Soon Mana tidaknya keadaan ruang pameran IKEA Batu Kawan di Pulau Pinang yang baru dibuka kelihatan seper...
Parut Caesar Tanda Kenangan Jadi Ibu Shakilla Khoriri Tekad Turunkan Berat Tak Sabar Nak Excercise Lepas Habis Pantang

Parut Caesar Tanda Kenangan Jadi Ibu Shakilla Khoriri Tekad Turunkan Berat Tak Sabar Nak Excercise Lepas Habis Pantang

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 555 hits
Parut pembedahan pada badan ibu adalah kenangan yang lambang kasih sayang Shakilla Khoriri yang baru melahirkan cahaya mata tekad mahu turunkan berat dan bersenam selepas habis tempoh pantang Shakilla yang melahirkan cahaya mata pertamanya ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai