Janji Mesti Ditunaikan Kata Tajuddin Pada Pas


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 5:37 pm

Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman hari ini 'memberi peringatan' kepada PAS yang menjadi parti rakan mereka mengenai perlunya menghormati janji dan tidak memungkirinya

Kenyataan itu juga dilihat membuktikan bahawa PAS - di sebalik persefahaman dimeterai dalam Muafakat Nasional - membuat keputusan sendiri untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Saya nak ingatkan kepada pemimpin PAS apa hukum berjanji. Janji mesti ditunaikan.

"Mereka sertai PN bersama PPBM (Bersatu) itu tanpa persetujuan kita,” katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today hari ini.

Tajuddin ditemui media selepas dia merasmikan mesyuarat tahunan Umno Pasir Salak dan sayap parti itu di Pasir Salak hari ini.

Umno dan PAS memeterai piagam bersama untuk membentuk Muafakat Nasional ketika kedua-dua parti terbabit masih berstatus pembangkang.

Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, Bersatu membentuk kerajaan baru melalui kerjasama dengan beberapa parti lain termasuk Umno dan BN.

Ia kemudian menyaksikan munculnya PN yang disertai PAS sebagai salah satu parti komponen manakala Umno dan BN kekal berada di luar gabungan tersebut.

Ia menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin Umno yang menyatakannya sama ada secara terbuka atau berkias.

Pada 30 Dis lalu Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah dilaporkan berkata tiada mana-mana parti mampu menghadapi PRU akan datang secara bersendirian.

Oleh itu kata timbalan menteri besar Kelantan itu, BN dan PN perlu bekerjasama untuk mencapai kemenangan.

Kenyataan itu dijangka menimbulkan masalah kerana sebahagian besar pemimpin Umno mahu parti itu kekal bertanding di kerusi tradisi mereka.

Ia termasuk kerusi yang memang dimenangi Bersatu pada PRU lalu atau dimenangi Umno pada asalnya namun wakil rakyat terbabit melompat ke Bersatu kemudian.

Kata Tajuddin selepas menyertai PN PAS sendiri berdepan kesukaran

“Sekarang mereka sudah terikat dalam keadaan begitu rupa dan menimbulkan kesulitan," kayanya.

Justeru ahli parlimen Pasir Salak itu meminta PAS menyelesaikan segera segala kesulian yang berlaku ekoran penyertaan mereka dalam PN ketika Umno kekal dengan kesetiaan pada janji yang diikrarkan sebelum ini.

Walaupun tidak diperincikan dengan lebih lanjut, dipercayai kesulitan yang dimaksudkan Tajuddin itu ialah berkaitan isu pembahagian kerusi untuk menyertai pilihan raya umum yang dijangka boleh dijalankan tidak lama lagi.

“Janji ikrar pada masa itu (sebelum Muafakat Nasional) kita berdua (Umno dan PAS) akan membentuk satu kerjasama politik bagi menghadapi musuh politik, termasuk Bersatu pada masa itu, sebelum terbentuknya PN,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/janji-mesti-ditunaikan-kata-tajuddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Hadapi Kesulitan Kerana Sertai Pn Tanpa Persetujuan Umno Kata Tajuddin

Pas Hadapi Kesulitan Kerana Sertai Pn Tanpa Persetujuan Umno Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 325 hits
freemalaysiatoday com January 2 2021 2 22 PMPASIR SALAK Tindakan PAS menyertai Perikatan Nasional tanpa persetujuan UMNO untuk bersama parti serpihannya PPBM menyebabakan parti Islam itu kini terikat dalam keadaan yang menyulitkan kata Peng...
Gempar Pemuda Pas Janji Beri Sokongan Pertandingan Ratu Cantik

Gempar Pemuda Pas Janji Beri Sokongan Pertandingan Ratu Cantik

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 309 hits
GEMPAR PEMUDA PAS JANJI BERI SOKONGAN PERTANDINGAN RATU CANTIK Papa Kita tunggu je la dalil dari pok lebai Dewan Pemuda Pas Malaysia semalam telah bertemu dengan penganjur program pertandingan ratu cantik Miss Mrs Plus World Malaysia 2020 b...
Tak Mustahil Umno Kerjasama Dengan Pkr Dap Amanah Kata Tajuddin

Tak Mustahil Umno Kerjasama Dengan Pkr Dap Amanah Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 295 hits
January 4 2021 7 33 PMKUALA LUMPUR Pengarah Pilihan Raya UMNO Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak parti itu bekerjasama dengan mana mana pihak termasuk bekerjasama dengan PKR DAP dan Amanah Katanya dalam politik kerjasama dengan mana mana p...
Tuduhan Komisen Rm500 Juta Beli Vaksin Covid 19 Tajuddin Cakap Tanpa Bukti Sekali Lagi Kata Khairy

Tuduhan Komisen Rm500 Juta Beli Vaksin Covid 19 Tajuddin Cakap Tanpa Bukti Sekali Lagi Kata Khairy

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 448 hits
December 23 2020 1 47 PMTajuddin Abdul Rahman dan Khairy Jamaluddin PETALING JAYA Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin membidas Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman kerana mendakwa ada pihak meraih komisen RM500 ...
Pas Tidak Boleh Dijadikan Sahabat Kata Mat Said

Pas Tidak Boleh Dijadikan Sahabat Kata Mat Said

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 408 hits
Umno Terengganu menyifatkan Pas bukanlah sebuah parti yang boleh dijadikan sahabat kerana Pas sentiasa mementingkan kelompok dalam kalangan mereka sahaja Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Said berkata Pas bercakap soal memperjuangkan agama teta...
Pas Joined Pn Without Our Nod Says Umno S Tajuddin

Pas Joined Pn Without Our Nod Says Umno S Tajuddin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 311 hits
Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman says PAS joined Perikatan Nasional without Umno s agreement telling the Islamist party to resolve the complications that have arisen from its decision to be a component party of PN The Umno Supreme Counc...
Pru15 Umno Hanya Bekerjasama Dengan Pas Tajuddin

Pru15 Umno Hanya Bekerjasama Dengan Pas Tajuddin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 357 hits
Noor Hidayah Tanziziam hmetro com myDATUK Seri Tajuddin Abdul Rahman disambut Wanita UMNO pada Mesyuarat Perwakilan Wanita Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak 2020 di Dewan Besar Pekan Baru Chenderong Balai Pasir Salak FO...
Pas Masih Kekal Bersama Muafakat Nasional Kata Dr Asyraf

Pas Masih Kekal Bersama Muafakat Nasional Kata Dr Asyraf

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyangkal dakwaan kononnya Pas telah membatalkan kerjasama dengan UMNO serta Piagam Muafakat Nasional Dalam hantaran di laman Facebook Asyraf berkata dakwaan tersebut a...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


On Dennis Ignatius Podcast

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Benefits Of Eating Papaya And When Should It Be Eaten

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat