Jangan Tunggang Isu Agama Kaum Demi Kepentingan Peribadi Pm Anwar




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengaminkan doa usai menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang, Bangi pada 7 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
BANGI, 7 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan amaran supaya mana-mana pihak, terutama parti-parti politik di negara ini, tidak ‘menunggang’ isu agama dan kaum untuk kepentingan peribadi.
Perdana Menteri menegaskan, perbuatan itu akhirnya akan memusnahkan keharmonian antara kaum dan rakyat.
Beliau sekali gus mengingatkan bahawa isu agama tidak boleh dijadikan senjata politik kerana tindakan sedemikian seperti membakar diri sendiri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapa para jemaah ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang, Bangi pada 7 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Di bulan Ramadan dan hari Jumaat yang mulia ini, kita mahu memberi pandangan serta nasihat kepada rakyat agar tidak melanggar jalur, peraturan dan hukum (berhubung isu kaum serta agama).
“Terutama pimpinan mana-mana parti atau masyarakat, jangan menggunakan isu ini untuk kepentingan peribadi kerana jika diteruskan, ia akan membakar dan memusnahkan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang, di sini, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapa para jemaah ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang, Bangi pada 7 Mac 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimTurut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan akan bertindak tegas terhadap tindakan menghina dan merendahkan darjat manusia serta agama.
“Tindakan itu tidak dibolehkan, apatah lagi dalam negara yang pelbagai kaum dan agama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang, Bangi pada 7 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Islam adalah agama Persekutuan yang kita martabatkan dan keharmonian perlu dijaga.
“Jangan gunakan (isu agama dan kaum) sebagai senjata politik kerana ia akan membakar diri,” katanya.
Hari ini, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan suasana tegang dan tidak harmoni dalam negara dengan meniup sentimen perkauman serta keagamaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapa para jemaah ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang, Bangi pada 7 Mac 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimKetua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dipetik berkata PDRM memandang serius isu 3R (kaum, agama dan raja) yang dimainkan sesetengah pihak, terutama berikutan perkembangan ketika ini.
Justeru, beliau berkata, PDRM akan mengambil tindakan tegas dengan menggunakan segala undang-undang sedia ada tanpa mengira siapa yang terbabit dalam memainkan isu 3R.
Semalam, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, dilaporkan berkata tuduhan serta persepsi kononnya kerajaan berdiam apabila agama Islam dihina, adalah fitnah dan tidak berasas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang, Bangi pada 7 Mac 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimTunku Nashrul dipetik menegaskan, sesiapapun yang menghina mana-mana agama di Malaysia, akan tetap disiasat dan didakwa.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/jangan-tunggang-isu-agama-kaum-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Beri Amaran Henti Manipulasi Isu Agama Demi Agenda Politik

Pm Anwar Beri Amaran Henti Manipulasi Isu Agama Demi Agenda Politik

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 171 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar beri amaran keras kepada pemimpin dan ahli politik agar tidak mempergunakan isu agama demi kepentingan peribadi Anwar beri amaran kepada pemimpin dan ahli politik Memetik laporan dari Bernama beliau merasaka...
Azlan Komeng Nafi Isu Poligami Hanya Konten Nur Nilam Harap Belas Kasihan Jangan Ambil Suami Saya

Azlan Komeng Nafi Isu Poligami Hanya Konten Nur Nilam Harap Belas Kasihan Jangan Ambil Suami Saya

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 112 hits
Pelakon Azlan Komeng dan isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz tampil memberi respons terhadap isu poligami yang melanda rumah tangga mereka ketika ini Dalam sesi temu bual bersama Melodi Azlan atau nama penuhnya Muhammad Azlan Kamira memilih unt...
Pm Anwar Tekan Kepentingan Perkukuh Dasar Islam Dalam Pendidikan

Pm Anwar Tekan Kepentingan Perkukuh Dasar Islam Dalam Pendidikan

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 169 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu alukan kunjungan hormat sebelum mengadakan pertemuan dengan wakil wakil tok guru pondok dari negeri Kelantan di Kompleks Perdana Putra Putrajaya pada 11 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPU...
Pas Tunggang Isu Kelapa Kelapa Dah Cukopp Jumlohhh Perli Netizen

Pas Tunggang Isu Kelapa Kelapa Dah Cukopp Jumlohhh Perli Netizen

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 136 hits
Pas kena perli tak cukop jumloh selepas cuba tunggang isu kelapaHarapandailyPas yang cuba menunggang isu bekalan kelapa yang tidak mencukupi dilihat hanya mengundang perli netizen termasuk menyebut mengenai cukop jumloh Awalnya Pemuda Pas s...
Negara Lain Sibuk Kejar Kemajuan Ada Pihak Sibuk Isu Remeh Temeh Pm Anwar

Negara Lain Sibuk Kejar Kemajuan Ada Pihak Sibuk Isu Remeh Temeh Pm Anwar

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 128 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik pelancaran di Majlis Perasmian Wajah Baharu Alamanda di Centre Court Alamanda Shopping Centre Putrajaya pada 23 Februari 2025 Foto Jabatan Wilayah PersekutuanPUTRAJAYA 23 Feb Dalam na...
Pmqt Tak Timbul Isu Pemilik Asal Hartanah Diusir Secara Paksa Pm Anwar

Pmqt Tak Timbul Isu Pemilik Asal Hartanah Diusir Secara Paksa Pm Anwar

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 111 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 25 Februari 2025 Foto ParlimenKUALA LUMPUR 25 Feb Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak timbul sama sekali isu pem...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights