Jangan Terus Susahkan Kami Keluh Komuniti Nelayan P Pinang


Susan Loone     
Komuniti nelayan Tanjung Tokong di Pulau Pinang mengadakan bantahan terhadap cadangan projek Penambakan Pulau Pinang Selatan (PSR) kerana mereka enggan melihat komuniti nelayan di sana hilang pendapatan seperti mereka.

Mereka beranggapan kerajaan negeri tidak mengambil tauladan daripada kesalahan pentadbiran lalu.

Semalam Timbalan Ketua Flat Tanjung Tokong Fasa 4A Abdul Satar Haris berkata pendapatan nelayan di kawasannya terjejas teruk selepas projek penambakan Seri Tanjong Pinang 2 yang dimulakan pentadbiran Gerakan-BN terdahulu.

"Kami tidak ingin lihat perkara sama terjadi kepada kawan-kawan di selatan. Pantai Permatang Damar Laut, Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar perlu dipelihara untuk generasi masa depan," katanya dalam kenyataan.

Beliau merujuk laporan Sahabat Alam Malaysia bertajuk Kesan-kesan Penambakan Laut di Malaysia yang menunjukkan bagaimana hak nelayan terhakis ekoran projek itu, serta pelbagai kerosakan kepada alam sekitar.

Semalam Abdul Satar menyertai bantahan oleh sekumpulan nelayan dan aktivis di Tanjung Tokong.

Mereka mengangkat sepanduk dan menggesa kerajaan Pulau Pinang belajar daripada kesilapan lalu berkenaan penambakan laut, bukan mengulanginya dan menyebabkan kesusahan kepada penduduk yang tidak di kawasan yang terlibat.
Selain itu mereka mahu kerajaan negeri menangguhkan PSR yang bertujuan mewujudkan tiga pulau buatan di bahagian selatan negeri itu.

"Ratusan ekar kawasan menangkap ikan di Tanjung Tokong, Gurney Drive dan Pantai Jerjak telah dimusnahkan oleh penambakan.

"Kini rakan usaha sama kerajaan negeri dalam projek itu mahu menambak 4,500 ekar laut di selatan, kira-kira sama saiznya dengan Forest City di Johor.

"Mereka mahu bina kondominium mewah di tanah yang ditambak. Siapa yang mampu membelinya melainkan orang luar? Apa beza projek ini dengan Forest City?" soal Abdul Satar.

Minggu lalu, beberapa NGO termasuk Sahabat Alam Malaysia, Penang Forum dan Persatuan Pengguna Pulau-Pinang (CAP) juga mengadakan bantahan berhubung projek itu.

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bernilai RM46 bilion sebelum ini dikritik sebagai tidak lestari oleh beberapa NGO kerana dikatakan akan menyebabkan komuniti nelayan hilang pendapatan dan tempat tinggal, selain menjejaskan alam sekitar.

'Persepsi dan salah tanggapan'
Kerajaan negeri mempertahankan pelan itu dengan berkata ia akan menambah baik jaringan perhubungan dan pembinaan lebuh raya, rel dan pengangkutan lain akan menyelesaikan masalah kesesakan di negeri itu.

Minggu lalu, exco kerajaan negeri Dr Afif Bahardin berkata kerisauan nelayan bahawa projek penambakan akan mengancam pendapatan mereka hanyalah "persepsi dan salah tanggapan".

Bagaimanapun seorang nelayan berkata penambakan di Seri Tanjung Pinang pada 2006 menjejaskan hasil tangkapan mereka sebanyak 20 peratus.

"Hari ini kami rugi 60 peratus kerana projek penambakan yang masih berterusan," kata Ismail Din, 71, yang turut menyertai bantahan semalam.

Ketua Komuniti Nelayan Tanjung Tokong Mohd Ishak Abdul Rahman, 72, menggesa kerajaan negeri memberi pampasan dalam bentuk bot yang lebih besar, jaring yang lebih kuat dan enjin berkualiti tinggi kepada nelayan.

Katanya ia bagi membolehkan mereka menangkap ikan di kawasan yang lebih jauh daripada pantai.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/jangan-terus-susahkan-kami-keluh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Dap Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

Kerajaan Dap Pulau Pinang Jangan Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 341 hits
Kerajaan negeri tidak boleh bersikap lepas tangan dalam isu pengusiran 22 penyewa Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis Georgetown semalam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pengusiran penyewa penyewa t...
Projek Mega Pengangkutan Pulau Pinang Terus Dibantah

Projek Mega Pengangkutan Pulau Pinang Terus Dibantah

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 361 hits
PULAU PINANG 1 Mac Rakyat negeri ini didakwa masih lagi tidak diberikan maklumat yang jelas mengenai Pelan Induk Pengangkutan Negeri yang kini sedang dirancang oleh kerajaan negeri Presiden Sahabat Alam Malaysia S M Mohamed Idris mendakwa m...
Erick Thohir Jangan Terjebak Kampanye Hitam Terus Berantem

Erick Thohir Jangan Terjebak Kampanye Hitam Terus Berantem

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 176 hits
Erick berpesan agar kaum milenial memilih dengan hati nurani dan tidak menutup mata dengan pembangunan yang sudah dilaksanakan Presiden Jokowi
Tentera Laut Israel Terus Menekan Gaza Dengan Merampas Bot Nelayan

Tentera Laut Israel Terus Menekan Gaza Dengan Merampas Bot Nelayan

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 505 hits
Israel semakin menekan Gaza seperti biasa setelah memutuskan bekalan air ke penduduk Gaza dengan menyalurkan ke penempatan haram Israel kini tentera laut rejim Israel dilaporkan turut telah menahan dan merampas bot nelayan Palestin di utara...
Jangan Susahkan Hati Mama Papa Kamu Bukan Anak Orang Kaya Ini Pesan Johan Setiap Kali Solat Berjemaah

Jangan Susahkan Hati Mama Papa Kamu Bukan Anak Orang Kaya Ini Pesan Johan Setiap Kali Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 571 hits
Melihat ukhuwah dalam keluarga Johan Raja Lawak dan Ozlynn sangat mendamaikan hati Begitu kuat ikatan kekeluargaan yang diterapkan oleh Johan dan isterinya Menerusi akaun instagram Jozlynn beliau memuatnaik gambar selepas selesai berjemaah ...
Mengapa Umno Pas Terus Fitnah Dap

Mengapa Umno Pas Terus Fitnah Dap

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 334 hits
Pada 12 Mac 2019oleh PentadbirKepimpinan UMNO dan PAS boleh membentuk kerjasama semahunya Tiada siapa yang berasa cemburu Seperti yang dikatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kalau dia nak bersatu bersatu lah Dia nak kahwin kahwin...
2 Hari Jelang Debat Cawapres Ma Ruf Amin Terus Lakukan Persiapan

2 Hari Jelang Debat Cawapres Ma Ruf Amin Terus Lakukan Persiapan

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 264 hits
Cawapres 01 KH Ma ruf Amin terus melakukan persiapan buat menghadapi debat cawapres Minggu lusa Salah satunya dengan melakukan diskusi dengan sejumlah pihak
Bilangan Mangsa Pencemaran Pasir Gudang Terus Meningkat Setiap Hari

Bilangan Mangsa Pencemaran Pasir Gudang Terus Meningkat Setiap Hari

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 327 hits
PASIR GUDANG Jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan berikutan pencemaran udara akibat pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim di sini meningkat lebih 742 orang sehingga jam 12 tengah hari tadi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sek...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia