Jangan Terlalu Selesa Dengan Berita Keberkesanan Vaksin Covid 19 Who
Faris Danial Razi

Ketua  Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu ciapan Twitter  pada Isnin memberitahu pihaknya sedar akan lonjakan kes COVID-19 yang  berlaku di beberapa buah negara. - Foto AP KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menegaskan bahawa ini  bukan masanya untuk berasa selesa mahupun berpuas hati, meskipun sudah  ada berita positif tentang keberkesanan vaksin COVID-19
 Ketua  Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi kenyataannya pada  Isnin memberitahu, pihaknya kini bimbang dengan lonjakan kes COVID-19 di  beberapa buah negara
						"This is not the time for complacency.						While we continue to receive encouraging news about #COVID19 vaccines & remain cautiously optimistic about the potential for new tools to start to arrive in the coming months"-@DrTedros
		— World Health Organization (WHO) (@WHO) November 16, 2020Menurutnya, di negara Eropah dan Amerika, petugas kesihatan dan sistem kesihatan mereka sudah mencapai tahap yang kritikal
 Justeru,  katanya WHO telah mengeluarkan panduan dan alat untuk meningkatkan  kapasiti tenaga kerja perubatan dan kesihatan awam serta persediaan  termasuk kemudahan untuk menguruskan pesakit COVID-19
 Dalam  pada itu, Dr Tedros menerusi ciapan di laman Twitternya mengakui bahawa  vaksin amat diperlukan untuk membendung wabak tersebut
 “Sejak permulaan wabak COVID19, kami tahu bahawa vaksin sangat penting bagi mengawal pandemik itu
 “Namun,  adalah penting untuk kita tekankan bahawa vaksin hanya akan  melengkapkan alat perubatan lain yang kita miliki, bukan  menggantikannya,” jelas Dr Tedros
 BACA: COVID-19: Penghasilan vaksin lebih pantas, kerajaan perlu jalani proses penilaian ketat 	Tambahnya,  pembekalan awal vaskin COVID19 juga akan terhad, oleh itu petugas  barisan hadapan, warga emas dan golongan berisiko akan lebih diutamakan
 “Perkara  ini diharapkan dapat mengurangkan jumlah kematian dan membolehkan  sistem kesihatan mengatasinya, tetapi virus masih mempunyai banyak ruang  untuk bergerak
 “Vaksin tidak akan  menamatkan wabak COVID19. Kami masih perlu meneruskan langkah  pengawasan, ujian saringan, pengasingan diri dan rawatan,” jelasnya  lagi
 Lebih daripada 54.44 juta orang  dilaporkan dijangkiti oleh COVID-19 di seluruh dunia dan 1,318,042 telah  meninggal dunia akibat wabak itu, menurut laporan Reuters
 Jangkitan  telah dilaporkan menular di lebih dari 210 negara dan wilayah sejak kes  pertama wabak itu dikenal pasti di China pada bulan Disember 2019
 BACA: Moderna dakwa vaksinnya 94.5 peratus berkesanBACA: Kehidupan boleh kembali normal sekiranya vaksin dapat digunakan secara meluas - Dr Sahin 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/jangan-terlalu-selesa-dengan-berita.html