Jangan Terjebak Sikap Dan Agenda Burukkan Ulama


harakahdaily.net
August 28, 2024

JASIN: Tindakan pihak-pihak tertentu yang menyerang dan memburuk-burukkan para ulama sebenarnya adalah suatu gerakan yang dibuat demi menjaga kepentingan Barat dan Zionis.

Timbalan Ketua Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Zulkifli Ismail berkata, golongan itu akan menyerang mana-mana ulama yang cuba membangkitkan kesedaran secara jelas, tidak berlapik, sehingga mudah difahami oleh umat akan maksud dan tujuannya.

“Jadi kalau kita tengok dalam negara kita ni ulama yang paling dimusuhi dan dicerca oleh kumpulan yang memang dibentuk bagi memfitnah ulama dan membuat naratif yang negatif kepada ulama, iaitulah kalangan sebahagian netizen ini,” katanya.

Tuan Guru Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Jasin itu berkata demikian sewaktu menyampaikan kuliah Maghrib mingguan di Balai Islam Seri Minyak, Merlimau, di sini malam kelmarin.

“Kita tengok Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, antara ulama-ulama yang paling utama menghadapi sasaran. Baru-baru ini Ustaz Azhar Idrus juga mula dihalakan serangan secara bertubi-tubi.

“Kerana apa? Kerana ulama-ulama ini dilihat sebagai kumpulan ulama yang mempunyai kemampuan ilmu membangkitkan keinsafan dan kesedaran rakyat untuk beristiqamah dengan Islam,” katanya.

Beliau sebelum itu membincangkan ayat 130 Surah Ali Imran mengulas mengenai keberanian Imam Sya’rawi dalam tafsirnya yang memuji As-Syahid As-Syeikh Sayyid Qutb RH.

Ini kerana tokoh itu dapat menghuraikan dengan tuntas persoalan riba yang tiba-tiba muncul di dalam ayat tersebut di tengah-tengah perbincangan mengenai perang Uhud.

“Saya menyebut tentang perkara ini, adalah sebagai suatu ingatan kepada kita, supaya kita tidak terbawa-bawa dengan kecenderungan untuk menyerang peribadi As-Syeikh Sayyid Qutb.

“Kerana Sayyid Qutb ini diberikan tasawur, diberikan gambaran sebagai tokoh ekstremis yang melahirkan suatu gerakan yang ekstremis dalam dunia Islam melalui huraian-huraian ilmiahnya,” katanya.

Jelas beliau, persepsi itu hakikatnya adalah tuduhan Barat kepada As-Sheikh Syed Qutb RH di mana sedia dimaklumi bahawa orang Barat itu memang begitu marah dengan mana-mana ulama seperti itu.

Di mana katanya, mempunyai kemampuan dan pengaruh besar di dalam menghuraikan mengenai kewajipan menentang segala perkara yang berlawanan dengan Islam.

“Jadi ulama-ulama yang berjaya menghuraikan perlawanan dan percanggahan sesuatu ajaran, ideologi dan fahaman di zaman moden ini dengan Islam. Berlawan perkara itu dengan Islam.

“Dia (Sayyid Qutb) berjaya menghuraikanya dengan mengembalikan kepada nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka ulama itu dipandang sebagai ancaman kepada Barat.

“Kerana kemampuan dan kejayaan Sayyid Qutb dan mana-mana ulama seperti itu dilihat sebagai suatu perkara yang berjaya membangkitkan semangat perjuangan untuk mempertahankan Islam dan membebaskan tanah air umat Islam dari cengkaman penjajah,” katanya.

Kata beliau lagi, disebabkan perkara itu, Sayyid Qutb ini menghadapi berbagai-bagai fitnah yang mana fitnah-fitnah itu datang daripada naratif yang dibuat oleh Barat.

“Kita pun tahu Mesir ini bersebelahan dengan Israel yang menjajah Palestin. Maka naratif-naratif ini yang dibuat bertujuan untuk kepentingan Israel dan Zionis,” katanya.

Katanya lagi, para ulama yang mulia hatinya, mereka sekali-kali tidak akan terpedaya dengan permainan fitnah dibuat oleh musuh-musuh Islam.

Justeru ulama-ulama ini akan menonjolkan segala sisi kebaikan ulama yang difitnah supaya umat tidak melampau hingga terjebak hanya dengan fitnah naratif dibuat oleh Barat dan musuh-musuh Islam.
 – HARAKAHDAILY 28/8/2024

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/jangan-terjebak-sikap-dan-agenda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kalau Takut Dipukul Ombak Jangan Join Fam Hampir 400 Ribu Orang Sebulat Suara Presiden Fam Letak Jawatan

Hiburan Kalau Takut Dipukul Ombak Jangan Join Fam Hampir 400 Ribu Orang Sebulat Suara Presiden Fam Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 127 hits
Bola sepak ni dah jadi budaya rakyat Malaysia Advertisement Penat lelah bertarung hanya demi membanggakan penyokong dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia Namun tiada yang tahu jatuh bangun mereka Kisah di sebalik kemenangan dikabu...
Jangan Ada Yang Bising Sekarang

Jangan Ada Yang Bising Sekarang

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 74 hits
Kaedah pengiraan SSPA pun masih tak berapa nak mahir lagi tetapi sudah ada yang memperlekeh SSPA yang baharu dilancarkan oleh PMX Anwar Ibrahim pagi tadi Sindrom cari salah PMX ni satu penyakit yang payah sembuh nampaknya Lepas satu satu ja...
Nak Anak Cerdik Pastikan Anak Cukup Tidur Jangan Pandang Ringan Keperluan Yang Satu Ini

Nak Anak Cerdik Pastikan Anak Cukup Tidur Jangan Pandang Ringan Keperluan Yang Satu Ini

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 139 hits
Nak anak cerdik pastikan anak cukup tidur jangan pandang ringan keperluan yang satu ini Kurang tidur boleh menejaskan perkembangan anak Perkara ini penting dan tidak boleh dianggap remeh Nak Anak Cerdik Pastikan Anak Cukup Tidur Jangan Pand...
Puan Kehadiran Negara Jangan Menunggu Viral For Justice

Puan Kehadiran Negara Jangan Menunggu Viral For Justice

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 122 hits
Puan mengatakan bahwa berbagai permasalahan yang dihadapi rakyat makin membutuhkan kehadiran negara
Menpora Investigasi Soal Paskibraka Lepas Jilbab Keseragaman Jangan Sampai Tabrak Nilai Nilai

Menpora Investigasi Soal Paskibraka Lepas Jilbab Keseragaman Jangan Sampai Tabrak Nilai Nilai

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 90 hits
Menpora mengatakan kewenangan Paskibraka telah diambil sepenuhnya oleh Badan Pembinaan Ideologi Pancasila sejak tahun 2022
Polemik Paskibraka Lepas Jilbab Said Aqil Kita Ini Bhineka Jangan Diseragamkan

Polemik Paskibraka Lepas Jilbab Said Aqil Kita Ini Bhineka Jangan Diseragamkan

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 84 hits
Said Aqil Siroj menilai tidak perlu ada penyeragaman bagi Paskibraka karena berhijab merupakan manifestasi dari nilai filosofi Bhinneka Tunggal Ika
Hiburan Ramai Pengikut Cilik Aqil Zulkiflee Diminta Tapis Konten Mesra Dengan Isteri Simpan Sikit Jangan Tunjuk Part Ni

Hiburan Ramai Pengikut Cilik Aqil Zulkiflee Diminta Tapis Konten Mesra Dengan Isteri Simpan Sikit Jangan Tunjuk Part Ni

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 133 hits
Melalui platform media sosial satu video yang dimuat naik oleh influencer dikenali ramai iaitu Aqil Zulkiflee di TikTok telah meraih perhatian ramai susulan video itu memaparkan kemesraannya bersama isteri tercinta Kongsi video mesra dengan...
Jangan Sekadar Ambil Syarat

Jangan Sekadar Ambil Syarat

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 127 hits
Surah Al Ma un 107 4 5 Maka celakalah orang yang sholat orang orang yang lalai terhadap sholatnya Sa ad bin Abi Waqqas RA berkata Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang melalaikan solatnya maka Baginda menjawab Iaitu m...
Jangan Terlalu Ambil Mudah Tentang Stroke

Jangan Terlalu Ambil Mudah Tentang Stroke

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 112 hits
Ini adalah beberapa kes yang dikongsikan oleh Dr berkenaan dengan Stroke sepanjang beliau bekerja menjadi Dr berkaitan dengan Kisah Petanda Sakit StrokeKes 1 Seorang perempuan berusia 35 tahun mempunyai masalah darah tinggi Ubat memang diam...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik