Jangan Tangguh Taubat



Satu perkara sangat dilarang daripada ditangguhkan adalah melakukan taubat. Bertaubat dituntut dilakukan sepanjang masa bagi memastikan seluruh perjalanan hidup kita berada dalam keampunan dan keredaan Allah sepanjang masa. 

Sebenarnya taubat dilakukan bukan hanya untuk menghapuskan dosa. Orang beriman sentiasa melakukan tubat sebagai kerana sedar bahawa hidup ini perlu mendapat keampunan dan keredaan Allah sepanjang masa. 

Kita tidak sunyi daripada melakukan dosa, terutamanya dosa yang berlaku dalam lintasan hati. Ada-ada sahaja yang terlintas di dalam hati seperti perasaan tidak puas hati, dengki, marah dan sebagainya. Biarpun lintasan itu belum dizahirkan melalui perbuatan atau perkataan, namun sudah menjadi sebahagian 'dosa' yang perlu dibersihkan dengan bertaubat.  

Orang beriman merasa dirinya tenang apabila sentiasa memperbanyakan taubat yang juga dikira satu bentuk ibadat. Orang banyak bertaubat mendapat tempat terbaik di sisi Allah kerana sesungguhnya Allah amat suka kepada orang suka bertaubat.  

Kita tidak patut bertangguh untuk bertaubat biarpun ia boleh dilakukan sepanjang masa. Hal ini ditakuti nanti kita tidak sempat lagi bertaubat apabila ajal telah berada terlalu hampir. Ketika itu peluang bertaubat telah tertutup.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi nyawa belum sampai di halkum (yakni belum sakaratulmaut).” (Hadis riwayat Tirmizi).

Sesungguhnya, sikap bertangguh dalam apa hal sekalipun tidak mendatangkan kebaikan, melainkan bertangguh daripada melakukan perkara kemungkaran. Sesiapa yang  menangguhkan niat melakukan kemungkaran, pada dirinya sudah mendapat satu kebaikan.

Tindakan menangguh daripada melakukan kemungkaran adalah satu kejayaan besar kerana mampu menyaingi godaan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia. Kejayaan menangguh atau mengelak diri daripada melakukan dosa adalah sebahagian keberkesanan taubat yang sentisa dilakukan biarpun belum melakukan dosa. 

Sesungguhnya syaitan amat sukar mendekati orang yang banyak bertaubat kerana taubat boleh diumpama seperti antibodi yang mencegah pengaruh syaitan daripada mendekati diri kita.  

Kita perlu sentiasa beringat agar tidak tertipu dengan pujukan syaitan yang berusaha mempengaruhi anak Adam agar membuat kemungkaran. 

Syaitan akan muncul dari berbagai-bagai sudut yang diketahui satu kelemahan yang terdapat pada diri seseorang. Memang sukar untuk kita mengenal pasti sesuatu itu satu hasutan syaitan kerana kehadirannya bukan dalam bentuk fizikal yang boleh dilihat.

Bagi mengelak tipu daya syaitan hendaklah kita memperbanyakkan beristighfar. Sesungguhnya ucapan kalimah ‘astaghfirullah’ dapat menjauhkan diri daripada dipengaruhi syaitan. 

Kalimah istighfar itu bukan saja tanda memohon keampunan Allah selepas melakukan dosa, malah ia juga wajar diucapkan sebagai peringatan agar tidak melakukan kemungkaran. Dengan mengucap ‘astaghfirullah’ dapat menyucikan hati. 

Allah mengingatkan agar manusia tidak terpedaya dengan hasutan syaitan. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu,  maka itu musuhilah dia, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongan yang terpedaya agar sama-sama menjadi penghuni neraka.” (Surah Fathir, ayat 6).

Sebenarnya peluang yang diberikan kepada kita untuk melakukan sesuatu perkara tidak terbuka sepanjang masa. Kadangkala adanya halangan masa, kekuatan, kesihatan, kewangan dan sebagainya. Justeru itu, jika ada peluang untuk melakukan sesuatu kebaikan, janganlah ditangguh-tangguhkan lagi.

Kita bukan sahaja perlu merebut peluang melakukan sesuatu kebaikan dengan secepat mungkin, tetapi juga perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh. 

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 148 bermaksud: “Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.”

Ketika peluang hidup ini masih berjalan, janganlah kita mengamalkan sifat bertangguh melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi. Tugas itu yang diistilahkan sebagai mengabdikan dan beribadat kepada-Nya, yakni melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah. 

Sesungguhnya peluang hidup ini sebenarnya adalah satu medan ujian untuk menguji sejauh mana kepatuhan kepada-Nya. Mudah-mudahan kita tidak bertangguh lagi untuk melakukan amalan kebaikan yang menjadi bekalan hidup di akhirat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/vjt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Rasa Bosan Baik Untuk Perkembangan Pemikirannya Masa Ni Jangan Bagi Gajet

Anak Rasa Bosan Baik Untuk Perkembangan Pemikirannya Masa Ni Jangan Bagi Gajet

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 297 hits
Tahukah anda rasa bosan yang dialami oleh kanak kanak adalah baik untuk perkembangan kognitif mereka Untuk mengatasi rasa bosan kanak kanak akan 1 Menggunakan pemikiran kreatif untuk memikirkan idea dan aktiviti yang unik dan di luar dari k...
Dear Pengantin Baru Jangan Lakukan 5 Hal Haram Ini Saat Berbulan Madu Ya

Dear Pengantin Baru Jangan Lakukan 5 Hal Haram Ini Saat Berbulan Madu Ya

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 276 hits
Moga moga kamu yang baca ini nggak sampai melakukan kesalahan ini Kesempatan honeymoon pertama kan datangnya hanya sekali
Jokowi Jangan Ada Yang Menyampaikan Korupsi Stadium 4

Jokowi Jangan Ada Yang Menyampaikan Korupsi Stadium 4

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 201 hits
Presiden Jokowi menegaskan kembali korupsi di Indonesia bukan ibarat kanker stadium 4 Hal itu kata dia terlihat dari skor Indeks Persepsi Korupsi yang dirilis Transparency International pada 2018 naik satu poin menjadi 38 dari skala 0 100 s...
Jangan Tersalah Ini 5 Cara Bezakan Halia Dan Lengkuas

Jangan Tersalah Ini 5 Cara Bezakan Halia Dan Lengkuas

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 1139 hits
Bagi yang sudah biasa memasak mesti kenal dan boleh bezakan halia dan lengkuas Tapi yang yang baru belajar masak atau si bujang mungkin was was sebab secara fizikal kedua duanya hampir sama Kedua duanya adalah bahan tumisan penyedap makanan...
Jangan Nanti Bila Nak Mati Baru Cari Kami

Jangan Nanti Bila Nak Mati Baru Cari Kami

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 392 hits
Sejak kebelakangan ini kecoh di media sosial mengenai bekas anggota kumpulan nasyid In Team Suhaimi Saad berhubung pendiriannya yang tidak menghantar anak ke The post appeared first on
Sensitif Jangan Heboh Runding Ecrl Kata Daim

Sensitif Jangan Heboh Runding Ecrl Kata Daim

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 270 hits
SHAH ALAM Kerajaan dicadang supaya tidak terlalu membangkitkan apa apa perkara mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur kerana ia melibatkan hubungan bilateral yang disifatkan sebagai rumit Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainud...
Pengajaran Besar Ibu Bapa Jangan Rampas Hak Murid Kasihan Anak Yatim Ini

Pengajaran Besar Ibu Bapa Jangan Rampas Hak Murid Kasihan Anak Yatim Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 522 hits
Cuti sekolah selalunya berakhir seiring dengan sambutan tahun baru Maka bermulalah semula episod sesi persekolahan Bermakna akan ada kemasukan murid yang baru ke tahun 1 dan sesi orientasi Sumber gambar facebook Tak dinafikan keterujaan ibu...
Lihatlah Pada Diri Jangan Dilihat Keburukan Orang Lain

Lihatlah Pada Diri Jangan Dilihat Keburukan Orang Lain

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 1593 hits
Lihatlah Pada Diri Jangan DiLihat Keburukan Orang Lain Assalammualaikum Salam JumaatAda seorang anak yang setiap hari rajin ke masjid Lalu suatu hari ia berkata kepada ayahnya Ayah mulai hari ini saya tidak mahu lagi ke masjid Laa Kenapa sa...
Suka Makan Telur Masin Jangan Terkejut Lepas Baca Ini Rileks Media

Suka Makan Telur Masin Jangan Terkejut Lepas Baca Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 495 hits
Anda Suka Makan Telur Masin Jangan Terkejut Baca Ini Aku tak tau kenapa telur masin bagi aku mesti bulan puasa Sebab mungkin masa kecik kecik tiap kali menjelang puasa je mesti ada stok telur masin kat rumah untuk bersahur Almaklum la benda...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya