Jangan Susukan Kera Di Hutan


A Kadir Jasin      
ULASAN | Pendarahan Umno sudah mencapai tahap kritikal. Tanpa transfusi ia akan mati kekurangan darah atau menderita anemia yang teruk.

Barisan Nasional (BN) tidak perlu disebutkan lagi. Umno terlalu lemah untuk mempedulikannya manakala MCA mahu ia dibubarkan.

Kita pun tidak pasti lagi daripada 13 atau 14 buah parti ketika pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu berapa buah masih tinggal. Rasa tiga atau empat saja.

Setakat ini, mengikut kiraan organisasi media, seramai 17 ahli Dewan Rakyat, 2 ahli Dewan Negara dan 22 ahli Dewan Undangan Negeri Umno/Barisan Nasional telah mengumumkan keluar parti.

Beberapa orang daripada mereka telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi majoriti memilih untuk menjadi ahli bebas di Parlimen dan DUN.

Selain PPBM, dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang berkata mereka bersedia membuka pintu kepada bekas ahli Umno adalah DAP dan Amanah. PKR menyatakan yang ia tidak akan menerima mereka.

Sokong Dr Mahathir

Setakat ini, boleh dikatakan kesemua yang keluar Umno itu mengikrarkan sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ikrar sokongan mereka menguatkan kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tetapi boleh menjadi masalah kepada PH.

Sudah ada di kalangan pemimpin PH yang tidak mahu mana-mana parti komponen menerima bekas pemimpin Umno.

Malah ada pihak dari dalam dan luar PH yang membuat kesimpulan bahawa ikrar sokongan kepada Dr Mahathir itu ada kaitan dengan kedudukan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai bakal Perdana Menteri.
Bagi saya, yang lebih utama bukan sokongan kepada Dr Mahathir tetapi bagaimana Anwar meyakinkan kepemimpinan PH dan rakyat jelata bahawa beliau layak menjadi Perdana Menteri daripada segala sudut dan pertimbangan.

Keadaan menjadi lebih tidak tenteram apabila anak reformasi, Nurul Izzah Anwar, secara mengejut meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR yang dimenanginya semula dengan cemerlang bulan lalu. Beliau memberi alasan mahu menumpukan perhatian kepada reformasi.

Beliau juga meletakkan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang dan jawatan dalam komiti Parlimen.

Dalam kenyataan peletakan jawatannya, beliau mengulas panjang lebar mengenai idealisme reformasi yang beliau perjuangkan sejak tahun 1998.

Ini mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai sebab tersirat yang menyebabkan beliau mengambil tindakan drastik itu.

Masalah dalaman Umno

Masalah dalaman Umno tidak dijangka selesai dalam masa yang singkat malah mungkin menjadi lebih buruk.

Ini bermakna kemungkinan ada lagi ahli Parlimen dan Adun Umno akan keluar parti tidak boleh diketepikan.

Semakin banyak gesaan dibuat agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan Presiden atau bercuti sehingga kes mahkamah beliau selesai.

Beliau berkata hanya mesyuarat agung parti boleh menyingkirkan beliau. Buat masa ini kedudukan beliau selamat kerana proses memanggil mesyuarat agung memakan masa.
Ia melibat ahli akar umbi dan mengambil masa yang panjang untuk diadakan. Bayangkanlah kalau hendak mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pun liat, apatah lagi mengadakan mesyuarat agung luar biasa.

Sebaliknya dalam tempoh itu Umno mungkin dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan kerana melanggar syarat dan perlembagaannya sendiri.

Zahid pernah memberi amaran mengenai banyak cawangan parti itu yang tidak menghantar laporan tahunan.

Begitu juga kes mahkamah beliau. Ia pasti tidak akan selesai dalam masa yang singkat bagi membolehkan beliau membersihkan nama atau dijatuhkan hukuman.

Di masa yang sama, tanpa pemimpin yang berwibawa adalah sukar bagi Umno mengekalkan sokongan ahli akar umbi.

Kecuali seorang dua, boleh dikatakan majoriti pemimpin yang masih tinggal adalah terdiri daripada jenis rebus tak empok yang lantang bersuara tetapi cetek budi bicara.

Boleh terima

Mana-mana parti anggota PH pun boleh terima masuk bekas pemimpin dan ahli Umno jika mereka mahu. Tetapi kemasukan mereka wajiblah bersyarat.

Yang terbukti bermasalah kerana terlibat dengan jenayah tentulah tidak boleh diterima apatah lagi bagi menduduki barisan kepemimpinan.

Mereka mungkin boleh diterima sebagai ahli biasa. Itu pun mereka masih perlu diingatkan tentang kesalahan atau kesilapan masa lalu mereka.
 Orang lama dalam politik macan Dr Mahathir, Lim Kit Siang, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Anwar tentu kenal dan tahu siapa yang saya maksudkan itu

Dalam keghairahan untuk menambah ahli atau menjadi hero parti, saya harap pemimpin parti-parti PH, khususnya Bersatu, janganlah menjadi terlalu murah dengan menerima siapa saja yang hendak menjadi ahli.

 Kaji dan fahami dulu latar belakang bekas pemimpin Umno yang hendak diambil dan dimuliakan itu

Maaflah kalau saya kata, sudah ada bekas pemimpin Umno yang tak laku lagi dalam Umno diambil oleh Bersatu dan diuar-uarkan sebagai kejayaan besar.

Saya mohonlah kepada mereka yang ghairah memujuk bekas pemimpin Umno masuk Bersatu agar berhati-hati sikit bagi mengelak Bersatu daripada menjadi parti murahan dan dalam proses itu melemahkan semangat ahli yang sedia ada, khususnya golongan muda.

Ingatlah, walaupun hari ini mereka keluar Umno dan menyertai atau menyokong kita, dulu mereka adalah musuh politik kita.
Sekarang mereka hendak menyertai kita kerana parti mereka sudah rosak dan kalah. Siapakah yang rosakkan Umno kalau bukan mereka sendiri?

Kita wajib mengutamakan pemimpin dan ahli kita sendiri yang berjuang mati-matian dan mengambil risiko besar. Jangan sekali-kali kita menyusukan kera di hutan hingga anak di rumah mati kebuluran.

Jaga elok-elok orang kita sendiri sebelum kita menimang dan menatang orang yang mengetuk pintu kita hanya setelah kita menang.

Ada bekas pemimpin dan ahli Umno yang menyertai kita kerana keikhlasan tetapi ada juga kerana mencari peluang dan perlindungan.

Selepas tujuh bulan kita mentadbir negara, ke mana pun saya pergi, orang kita bersungut mengenai orang Umno yang masih menguasai jentera akar umbi dan membolot kontrak kecil.

Jadi berwaspadalah. Kemenangan kita pada 9 Mei terlalu berharga untuk dikorbankan.

*A KADIR JASIN ialah penasihat media perdana menteri dan pemimpin pusat BERSATU. Beliau bagaimanapun berkata tulisan ini pandangan peribadinya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/jangan-susukan-kera-di-hutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Otak Anak Bila Di Rangsang Dengan Baik Belajar Apa Pun Mudah Penyelesaiannya Jangan Bagi Gajet

Otak Anak Bila Di Rangsang Dengan Baik Belajar Apa Pun Mudah Penyelesaiannya Jangan Bagi Gajet

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 392 hits
Kita kena beri anak gajet sejak bayi supaya dia tak ketinggalan zaman Ini antara yang berlaku pada kebanyakan ibu bapa sekarang Pasti ramai mak ayah kadang kadang ada kerisauan begini takut anak ketinggalan peredaran zaman jika tak diberi g...
Jangan Stres Tengok Bentuk Badan Dah Lain Lepas Bersalin Diana Nasir Kongsi Tip Bagilah Dulu Masa

Jangan Stres Tengok Bentuk Badan Dah Lain Lepas Bersalin Diana Nasir Kongsi Tip Bagilah Dulu Masa

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 556 hits
Mengandung dan selepas bersalin akan mengubah kehidupan wanita bergelar ibu Bukan saja tanggungjawab tapi perubahan bentuk fizikal Boleh dikatakan ramai wanita yang sangat risau mengenai perubahan diri lepas bersalin tapi jika disiplin yang...
Menhub Budi Jangan Mau Naik Bus Tak Bersticker Ramcheck

Menhub Budi Jangan Mau Naik Bus Tak Bersticker Ramcheck

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 193 hits
Menhub juga meminta kepada para Dinas Perhubungan masing masing kota untuk aktif dalam melakukan rampcheck Bus bus ini tidak hanya bus antar kota antar provinsi melainkan juga bus pariwisata
Menteri Bersatu Jangan Sampai Cacing Naik Mata Rais Yatim

Menteri Bersatu Jangan Sampai Cacing Naik Mata Rais Yatim

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 330 hits
Tan Sri Rais Yatim berkata ahli Bersatu perlu konsisten memperjuangkan hal berkaitan bumiputera dan Melayu Foto Bernama PORT DICKSON 9 Dis Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan akan sentiasa memberi teguran yang sihat kepada menter...
Siapa Yang Suka Tidur Lepas Subuh Tolong Baca Ini Jangan Abaikan Mesti Baca

Siapa Yang Suka Tidur Lepas Subuh Tolong Baca Ini Jangan Abaikan Mesti Baca

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 470 hits
Siapa Yang Suka Tidur Lepas Subuh Tolong Baca Ini Jangan Abaikan Mesti Baca Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca sentap n muhasabah sesame takde ruginya i...
Anak Mengigau Tiba Tiba Menangis Menjerit Jangan Bangunkannya Mengejut Tenangkan Dulu

Anak Mengigau Tiba Tiba Menangis Menjerit Jangan Bangunkannya Mengejut Tenangkan Dulu

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 320 hits
Bagi kanak kanak mengigau masa tidur antara yang biasa berlaku Sama ada kerap atau tak bergantung pada anak itu Ada beberapa sebab yang menyebabkan masalah ini berlaku antaranya terlalu penat siangnya sangat aktif bermain kerap menangis ata...
Jangan Tertipu Tawaran Kerja Lumayan Petik Buah Di Luar Negara Muhyiddin

Jangan Tertipu Tawaran Kerja Lumayan Petik Buah Di Luar Negara Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 277 hits
PUTRAJAYA Rakyat Malaysia dinasihatkan jangan mudah tertipu dengan tawaran lumayan kerja sambilan seperti memetik buat dan sebagainya di luar negara tegas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ini kerana kata beliau sesiapa sahaja y...
Habiskan Atau Jangan Minum Sama Sekali

Habiskan Atau Jangan Minum Sama Sekali

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 272 hits
Inilah kebiasan buruk yang sering kita lihat dalam sebuah acara padahal tidak haus sama sekali tapi meminum hanya seteguk lalu meninggalkannya Adakah orang lain akan meminum air bekas kita tentu jarang Akan kemanakah air gelas sisa itu tent...
Jangan Lakukan 4 Hal Ini Saat Berkunjung Ke Taman Nasional Komodo

Jangan Lakukan 4 Hal Ini Saat Berkunjung Ke Taman Nasional Komodo

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 267 hits
Jangan Lakukan 4 Hal Ini Saat Berkunjung ke Taman Nasional Komodo Jangan menyalakan api atau bahkan rokok jangan menyentuh satwa darat atau laut jangan membawa botol air minum sekali pakai atau kemasan styrofoam dan jangan membawa pulang ap...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults