Jangan Sombong Kerana Ia Merugikan Kamu
Jangan Sombong Kerana Ia Merugikan Kamu. Sikap sombong memang merugikan. Sikap sombong menjarakkan sesuatu perhubungan, merugikan dan kita mungkin akan ketinggalan. Orang mungkin dah malas nak melayan jika kita bersikap sombong. Angkuh dan sombong pun dah macam 2 sekawan.. dua-duanya memang tak menambah sahabat sebaliknya mungkin akan bertambah pula musuh kita. Orang sombong selalu rugi. Macam anjing dengan bayang-bayang.
Apa yang kamu miliki hari ini mungkin bukan hakmilik kamu selamanya. Kesombongan bisa menghancurkan. Dengan kesombongan kamu, mungkin akhirnya kamu tidak memiliki apa-apa lagi. Kamulah orang paling sunyi di dunia
Jangan Sombong Kerana Ia Merugikan Kamu
Jangan sombong. Hati-hati dalam berprasangka, berucap dan bersikap
Entah kesombongan kecil mana yang Allah murka yang membuat kita terjerumus ke neraka
Entah amalan kecil ikhlas mana yang Allah redha yang menjadi jalan masuk ke syurgaNya.
Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain." - HR Muslim
Berhati-hati dalam berprasangka. Bersangka dengan sombong bahawa kamulah yang paling soleh dari orang lain. Kamu angkuh bersangka bahawa amallan kamu paling diterima oleh Allah hingga kamu tidak lagi menerima nasihat dari orang lain yang kurang ilmunya dari kamu.
Kamu mengucapkan kata-kata kesat kepada mereka yang kurang berkemampuan, tidak mahu berkawan dengan mereka. Berhati-hatilah dengan kesombongan kamu. Dengan kata-kata, kamu mungkin putus silaturrahim. Orang-orang di sekeliling akan menjauhkan diri. Waktu itu, tiada siapa akan menjadi pendengar setiamu lagi.
Nabi SAW bsrsabda, "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi." - HR Muslim
Oleh itu sama-samalah kita merenung diri, di mana tubuh dan hati kita sekarang? Adakah dalam golongan yang angkuh dan sombong hingga tidak lagi memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dari orang lain?
Semoga bermanfaat
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/03/jangan-sombong-kerana-ia-merugikan-kamu.html