Jangan Simpan Patung Di Dalam Rumah
Waspada patung di rumah jadi 'pemerhati tak bernyawa' - ustaz Zulaffendi
SUDAH menjadi lumrah ibu bapa yang gemar membelikan anak-anak mainan termasuk anak patung.Ada juga yang membeli dan menyimpan anak patung sebagai perhiasan dan koleksi peribadi.Namun, ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa perkara ini boleh mengundang gangguan yang tidak sepatutnya sehingga ada anak-anak yang berubah sikap seperti menangis secara tiba-tiba atau ketakutan yang tidak diketahui puncanya.Seorang pengamal perubatan Islam, Zulaffendi Mohamad dalam satu perkongsian di media sosial menyarankan supaya ibu bapa lebih berhati-hati dalam perihal membeli dan menyimpan anak patung di rumah.PEMERHATI YANG TAK BERNYAWADua hari lepas kena settle satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.Jadi, kita pon mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut. Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang-sorang anaknya pulak. Diringkaskan cerita, anaknya yang bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut-takut ada benda yang tak sepatutnya ada dalam rumah.
Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa mcm diperhatikan pada satu sudut. Saya pon percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yg memerhatikan. Bila diperiksa sedetail mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yang sebesar saya. Aduhhh, macam kembar dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa mcm patung tersebut dok perati.
Bila ke ruang tamu, ada lagi patung kembar macam saya jugak. Betul-betul mengejek ni. Hahaha…dan yang terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa dok atas flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.
Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yang cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yg ada pesakit jugak menunjukkan ada gangguan jin asyik. Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Rasa tersebut membuak-buak setiap hari pada masa yang sama takut bila masuk bilik ayah dia.
PESANANJangan simpan patung yang cukup sifat di dalam rumah.Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yg geram bila tengok kita seksi ketika tidur.Jangan pasang lagu2 yg melalaikan di dalam rumah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/09/jangan-simpan-patung-di-dalam-rumah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29