Jangan Sedih Pagi Raya


 

Jangan sedih pagi ini
Tak dapat kita bersama
Meraikan Aidilfitri yang mulia…
Bait lagu raya nyanyian Sudirman yang keluar dari corong radio kereta menerpa ke telinga dalam perjalanan pulang ke kampung. Ini antara lagu raya yang kerap diputarkan dan telah saya dengar sejak kecil. Tak silap saya, ia juga pernah dilantunkan oleh Ahmad Jais sebelum itu.
Entah mengapa hari raya kerap dikaitkan dengan perasaan sayu dan pilu. Masyarakat kita ini pelembut agaknya, gemar terkenang-kenang. Kita kuat bersentimental dan melankolik. Di kaca televisyen juga selalu menyaksikan drama raya yang disulami kesedihan. Selalunya mengenangkan orang yang telah tiada. Saban tahun, iklan-iklan raya juga dilihat cuba memainkan emosi, mengetuk-ngetuk hati kita untuk menangis. Ada babak bercakap dengan arwah ibu di kubur, ada babak anak sudah lama tidak pulang menjenguk orang tua dan pada pagi raya mereka pulang lalu bermaaf-maafan. Ada babak insan yang memasang impian untuk balik beraya di kampung tetapi tidak kesampaian, menemui ajal dalam kemalangan jalan raya. Sedih.
Makin sedih makin menjadi drama raya kita.
Menurut rakan saya, ustaz Wan Ji yang saya tanyakan baru-baru ini apakah benar budaya Aidilfitri di tanah Arab tidak ada konsep maaf zahir batin seperti kita, dia setuju. Kata Wan Ji, orang Arab menyambut raya dengan konsep beribadah kepada Allah dan memohon agar ibadah diterima.
“Ya. Tak ada. Budaya Arab, taqabbalallah minna wa minkum iaitu ertinya: ‘Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian dan semoga Allah menyempurnakannya atasmu’.”
Saya pernah baca pada zaman Rasulullah di hari raya ada juga persembahan tarian pedang oleh kaum muslimin ketika itu. Rasulullah menyelak kain tirai untuk beri peluang isterinya, Aisyah menonton.
Sekitar enam tahun lepas saya dan isteri menghadiri sebuah program di Amerika Syarikat dan jatuhnya pada 1 Syawal. Peluang sekali seumur hidup ini kami terima. Kami pulang ke kampung seminggu awal sebelum raya untuk menemui orang tua dan beritahu mereka yang kami tidak pulang beraya kerana mahu merebut kesempatan ini. Orang tua maklum dan memberikan galakan. Alah! Tiap-tiap bulan pun balik kampung, apa bezanya? Yang beza cuma raya dan tak raya sahaja. Peluang emas ini membuat kami berazam untuk melihat bagaimana orang Islam di sana menyambut raya. Kami teruja.
Bagaimanapun, peluang saya untuk merasai pengalaman berhari-raya bersama saudara seagama di sana terlepas kerana tarikh jatuhnya 1 Syawal di Amerika jatuh sehari lebih awal. Perbezaan waktu, walaupun Amerika lewat sehari daripada waktu kita di Asia tetap membuat saya terlepas peluang itu.
“Ya, saudara. Bukankah anak bulan telah kelihatan? Sebab itu kita di sini sudah beraya. Lebih kurang 1,000 kaum muslimin dan muslimat berkumpul di tepi stadium di Seattle, menjamu makanan bersama-sama,” ujar pemandu kereta sewa yang saya tumpangi dari lapangan terbang menuju ke rumah penginapan. Dia warga Somalia. Mendengar itu saya mengeluh kerana berasa rugi terlepas peluang. Sehari sebelum itu saya berkesempatan berbuka puasa pada akhir Ramadan di Masjid Kowloon, Hong Kong ketika transit di sana sebelum meneruskan penerbangan ke Seattle. Suasana Masjid Kowloon cukup meriah. Kaum muslimin dan muslimat yang terdiri daripada orang Arab, Pakistan, dan Bangladesh cukup sibuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
“Saya Kristian tetapi setiap hari saya turut berbuka puasa bersama mereka di masjid,” seorang wanita menjelaskan kepada isteri saya. Saya mengangguk-angguk. Nampaknya kita di Malaysia belum sampai ke tahap begini. Suasana di negara yang orang Islamnya minoriti barangkali sangat berbeza dengan kita di sini. Atau kita banyak sangat berpolitik sehingga keindahan suasana sebegitu tidak dapat kita capai. Saya berdoa agar suatu hari nanti kita boleh saling hidup berkasih-sayang tanpa ada perkelahian penuh prasangka.
Hari raya selalu kita katakan sebagai hari kemenangan kaum muslimin yang berjaya melepasi dugaan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan. Atas sebab itu wajarlah kita raikan hari kemenangan tersebut dengan semangat baharu; semangat yang jitu. Tidak menjadi penyedih dan pengenang.
Siapakah yang sudi menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapatku rasa nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain…
Ah! Masuk pula lagu Cahaya Di Aidilfitri nyanyian Black Dog Bone. Sedihnya! Kenapa begitu sekali lemahnya insan yang digambarkan dalam lagu ini, fikir saya. Apakah yang menyebabkan lagu ini ada? Saya cuba berfikiran optimis. Ia imaginasi pencipta lagu tersebut agar kita sentiasa menginsafi bahawa hidup ini bukan kita seorang sahaja. Kita harus juga melihat ada warga yang terpinggir dan memerlukan bantuan sama ada kewangan mahupun kasih sayang.
Bagi saya, sedih atau gembira pokok pangkalnya pada diri kita. Kitalah yang menentukan bagaimana pembawaan hidup kita. Saya dan isteri kehilangan dua anak. Kini kami sudah tiada anak lagi. Namun kami tidak menjadikan ia suatu kesedihan yang perlu diperpanjangkan. Itu sebahagian daripada perjalanan hidup. Tidak ada sedih-sedih pada hari raya mengenangkan itu semua. Kita terima sepertimana yang disuratkan. Itulah rukun iman keenam agar kita beriman kepada qada’ dan qadar. Hidup mesti diteruskan. Ayah, ibu, keluarga, kawan-kawan dan handai-taulan harus disantuni setiap masa. Bermaaf-maafan tidak semestinya menunggu 1 Syawal.
Tetapi budaya bermaafan kita di nusantara pada 1 Syawal sebenarnya budaya yang murni. Ritual bermaaf-maafan di hari raya tidak salah malah cukup baik. Sekurang-kurangnya ada satu hari diwujudkan khas bagi kita untuk dimanfaatkan. Hari tersebut kesempatan untuk kita mengeratkan tali persaudaraan.
Cumanya, usahlah kita terbawa-bawa sangat dengan kesedihan. Bangkitkan semula semangat yang longlai ke arah kekuatan jiwa. Raikanlah hari raya kita dengan penuh kesyukuran.
Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan…
Ya! Lagu raya Salam Dunia dendangan seniman M Nasir membuat saya terinspirasi semula untuk melihat dunia dengan lebih luas. Mengilhamkan semangat saya untuk menghayati raya dengan lebih dalam lagi. Bukan sedih-sedih merintih tetapi bangun dengan lebih yakin. Selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/jangan-sedih-pagi-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya Jangan Lupa Ubat Ubatan Ni Dalam Beg Ibu

Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya Jangan Lupa Ubat Ubatan Ni Dalam Beg Ibu

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 180 hits
Bila punya anak kecil usah dilupakan ubat ubatan setiap kali hendak bercuti Musim cuti sekolah dan musim perayaan ini apa kata ibu ayah semak dahulu barang keperluan dan ubat ubatan wajib ada dalam beg sebelum travel Ini penting sebagai per...
Jangan Lah Berlumba Di Jalan Raya Bersopan Santunlah Sebagai Pengguna Jalan Hemah Dan Beradab

Jangan Lah Berlumba Di Jalan Raya Bersopan Santunlah Sebagai Pengguna Jalan Hemah Dan Beradab

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 152 hits
Jalan raya bukan perlumbaan Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah Toleransi membawa manfaat kepada semua yang ingin pulang berhari raya The post appeared first on
Nohhhh Kena Lagi Pagi Pagi Anak Sapa Tak Tau Marah Tak Pa Jangan Koyak

Nohhhh Kena Lagi Pagi Pagi Anak Sapa Tak Tau Marah Tak Pa Jangan Koyak

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 118 hits
Che Ibrahim Dua Dua wajib Dan Dua Dua afdhal sebab itu Allah haramkan kita pegang jawatan kalau tak mampu
Raya Kali Ini Harga Ayam Tak Naik Jangan Bimbang

Raya Kali Ini Harga Ayam Tak Naik Jangan Bimbang

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 175 hits
Dengan ini min dan Datuk Ameer nak umumkan bermula esok sehingga 14 April 2024 harga Ayam Super kat MYDIN dijual dengan harga RM7 90 kg Promosi sah dari 05 April 2024 sehingga 14 April 2024 di MYDIN Semenanjung sahaja MYDINMalaysiaTak rindu...
Jangan Menghakimi Jumlah Duit Raya Yang Diterima

Jangan Menghakimi Jumlah Duit Raya Yang Diterima

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 216 hits
Duit raya duit yang diberikan semasa Hari Raya Aidilfitri adalah sesuatu yang ramai daripada kita nantikan Tetapi mudah untuk tidak menghargai kegembiraan menerima duit Raya apabila kita terlalu kisah tentang jumlahnya Jabatan Mufti Negeri ...
Fasha Sandha Sedih Raya Di Perlis Tak Jadi Gara Gara Dijangkiti Covid 19

Fasha Sandha Sedih Raya Di Perlis Tak Jadi Gara Gara Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 221 hits
Pelakon Fasha Sandha mengakui dirinya trauma untuk menyambut Lebaran di kampung selepas dia disahkan positif Covid 19 selepas pulang beraya di Rembau Negeri Sembilan Menerusi perkongsian yang sama Fasha mengakui dia berasa amat sedih apabil...
Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa Di Pagi Hari Raya

Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa Di Pagi Hari Raya

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 410 hits
Lafaz Doa Ziarah Kubur Ibu Bapa di Pagi Hari Raya 13 Anda berhajat ziarah kubur Ibu Bapa di pagi Hari Raya tetapi tidak pasti apakah doa yang boleh dibaca semasa ziarah kubur Artikel kali ini penulis akan menyenaraikan tatacara doa yang and...
Jom Throwback 5 Drama Raya Sedih Yang Mampu Buat Penonton Menangis Teresak Esak

Jom Throwback 5 Drama Raya Sedih Yang Mampu Buat Penonton Menangis Teresak Esak

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 226 hits
Boleh dikatakan setiap kali Syawal menjelang pasti akan ada satu atau dua drama raya yang mampu membuat hati korang 8216 hancur 8217 susulan terlalu sedih Jom kita sama sama 8216 throwback 8217 5 drama sempena Hari Raya Aidilfitri yang mamp...
Setiap Tahun Viral Korang Beli Juga Kenapa Beli Baju Raya Jenama Popular Rm400 Wanita Sedih Dapat Kualiti Teruk

Setiap Tahun Viral Korang Beli Juga Kenapa Beli Baju Raya Jenama Popular Rm400 Wanita Sedih Dapat Kualiti Teruk

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 187 hits
Bagaikan sudah menjadi KPI setiap tahun satu jenama tempatan terkenal yang menjual baju raya tular selepas seorang pembeli memuat naik baju yang dibelinya daripada jenama tersebut nbsp var currentUrlTwo window location hostname window locat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah