Jangan Sampai Kerana Paus Seekor Satu Lautan Kita Keringkan



HULU SELANGOR – “Jangan sampai kerana paus seekor, satu lautan kita keringkan,” demikian kata Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berhubung cadangan PH untuk mencantumkan tanah Felda menjadi ladang besar dan diurus syarikat kroni.
Beliau berkata, kaedah tersebut akan berakhir dengan peneroka Felda menjadi peserta yang pasif dalam pengurusan estet berkenaan selain pendapatan tidak akan berkembang mengikut keupayaan maksima dan hanya sekadar memperoleh pendapatan tetap.
“Syarikat pengurusan pula akan jadi tidak lebih dari orang tengah yang menghisap darah dan keringat peneroka. Lihatlah apa yg terjadi dengan dasar penswastaan Tenaga Nasional Berhad (TNB), pengurusan air dan pengurusan sisa pepejal negara.
“Awalnya kos pengurusan rendah tapi selepas 20 tahun semuanya meningkat di luar kawalan. Kita sebagai rakyat dipaksa menanggungnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, ada pihak yang menganggap PH orang pintar dengan membawa pulang gaji ratusan ribu sebulan namun rakyat yang akan menanggung dengan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Anehnya mereka ini bila berhenti, tidak pula jadi rebutan oleh syarikat antarabangsa. Kita tidak mahu peneroka Felda menerima nasib yang sama seperti kita hari ini menanggung gaji ratusan ribu pihak pengurusan. Tetapi tiada suatu pun yang luar biasa dilakukan selain menaikkan bil bulanan rakyat.
“Eloklah Menteri Ekonomi memikirkan bagaimana untuk mengupayakan peneroka Felda dan menerapkan pengetahuan mereka dalam pengurusan berkesan ladang tanpa ada orang tengah,” katanya.
Mohamad Khir berkata, peneroka perlu dididik melibat diri dalam pertanian bersepadu dan pelbagaikan punca pendapatan seperti konsep Satu Felda Satu Produk Pertanian selain kelapa sawit.
Menurutnya, idea tersebut mungkin lapuk namun memberi banyak manfaat jika diberi nafas, pendekatan dan kualiti pengurusan baharu.
“Peneroka Felda mesti berfikir penuh teliti sebelum setuju dengan kerajaan PH yang lebih mirip mentadbir negara seperti sebuah syarikat korporat besar.
“Bagi mereka, pulangan ringgit dan sen itu segalanya tetapi selalunya dalam jangka waktu yang singkat. Mana ada syarikat konglomerat mampu bertahan lama,” katanya.
Dalam pada itu beliau mengemukakan beberapa cadangan bagi mengekal dan meningkatkan pendapatan 112,635 peneroka Felda.
“Antaranya meningkatkan keberkesanan pengurusan di samping meminimumkan kos pengurusan. Tingkatkan hasil pengeluaran per hektar dan kualiti hasil pengeluaran.
“Menstabilkan harga kelapa sawit di tahap munasabah sepanjang tahun dan mempelbagaikan sumber pendapatan dengan kaedah penggunaan tanah secara maksima,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/36909/BERITA/Nasional/Cantum-tanah-Felda-Khir-Toyo-sindir-PH


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/11/jangan-sampai-kerana-paus-seekor-satu-lautan-kita-keringkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Bergantung Pada Satu Atau Dua Jenis Tanaman Sahaja Tun M

Jangan Bergantung Pada Satu Atau Dua Jenis Tanaman Sahaja Tun M

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 507 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kepada pengurusan Felda supaya mempelbagaikan tanaman Peneroka katanya tidak boleh sekadar bergantung kepada sawit dan getah untuk sara kehidupan JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTim...
Jepang Kembali Berburu Paus Setelah 33 Tahun

Jepang Kembali Berburu Paus Setelah 33 Tahun

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 362 hits
Setelah menarik diri dari Komisi Penangkapan Paus Internasional Jepang memulai lagi perburuan paus sejak hari ini
Tokyo Ikan Paus Pertama Dilapah Selepas 31 Tahun

Tokyo Ikan Paus Pertama Dilapah Selepas 31 Tahun

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 494 hits
Tokyo Ikan paus Minke pertama dibawa ke darat jam 5 petang diikuti seekor lagi tidak lama selepas itu lapor The Washington Post Paus pertama dilapahTOKYO Selepas 31 tahun nelayan di Jepun membawa pulang hasil tangkapan ikan paus pertama mer...
Pelik Tapi Boleh Seekor Ikan Boleh Masak Dua Menu Yang Sungguh Sedap Dalam 1 Hidangan

Pelik Tapi Boleh Seekor Ikan Boleh Masak Dua Menu Yang Sungguh Sedap Dalam 1 Hidangan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 813 hits
Korang suka menu masakan cina terutamanya ikan korang wajib cuba menu yang Chef S Patrick Eg Ekskutif Chef dari Tung Yuen Restaurant Bluewave yang sudi berkongsi resipi istimewa Ikan Kerapu Dua Rasa Buny macam pelik satu ikan dimasak dengan...
Wanita Yang Bawa Seekor Anjing Ke Dalam Masjid Di Sentul Ditangkap

Wanita Yang Bawa Seekor Anjing Ke Dalam Masjid Di Sentul Ditangkap

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 326 hits
Pada potongan videonya wanita yang mengenakan baju berwarna putih itu nampak emosional dan berteriak sembari membopong anjing berwarna hitam ketika memasuki ruang utama masjid Suami gue mau dikawinin di sini sebut wanita yang belum sempat m...
Seekor Ikan Pun Tak Dapat Sambil Ketawa Kisah Nelayan Tua Ni Buat Ramai Sedih

Seekor Ikan Pun Tak Dapat Sambil Ketawa Kisah Nelayan Tua Ni Buat Ramai Sedih

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 355 hits
Seekor Ikan Pun Tak Dapat Sambil Ketawa Kisah Nelayan Tua Ni Buat Ramai Sedih Semua orang mempunyai ujian masing masing Dalam kita mengeluh malasnya bekerja tak sedapnya makanan kita ingatlah ada orang lain yang terpaksa membanting tulang p...
Kisah Nabi Yunus Dan Ikan Paus

Kisah Nabi Yunus Dan Ikan Paus

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1046 hits
Nabi Yunus seorang nabi yang telah diutuskan oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama Ninawa yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka Kaum Ninawa adalah salah satu kaum yang sangat keras ke...
Bangkai Paus Sepanjang 9 2 Meter Terdampar Di Pantai Gusi Buton Utara

Bangkai Paus Sepanjang 9 2 Meter Terdampar Di Pantai Gusi Buton Utara

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 225 hits
Saat ditarik ke pantai banyak terdapat luka dan bagian tubuh paus yang terpotong Bagian rahangnya patah sedangkan bagian ekor terpotong
Ketum Fpi Jangan Provokasi Dan Terprovokasi Aksi Kita Super Damai

Ketum Fpi Jangan Provokasi Dan Terprovokasi Aksi Kita Super Damai

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 158 hits
Ketua Umum Front Pembela Islam Ustaz Sobri Lubis berorasi di depan para massa di dekat Mahkamah Konstitusi Dia menyebut aksi ini damai dan ingin terus damai Karenanya masih kata dia jangan ada yang memprovokasi apalagi terprovokasi
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Hari Bertarung Nyawa Ibu 5 Anak Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

Hiso8888 17 August Hiso8888 Top 58 By Evie

5 Theme Parks In Malaysia For Adventure Lovers

Siapa Calon Pm Pembangkang

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News