Jangan Sampai Bertongkat Paruh


POLITIKING sesama parti politik Melayu tidak membawa bangsa ini ke mana-mana melainkan menuju jurang perpecahan. Begitu teruknya politik kita – selepas patah kaki, kita bersusah-payah bertongkat dengan sayap. Selepas patah sayap, kita akhirnya terpaksa bertongkat paruh. Apabila kita sudah bertongkat paruh, ketika itu nasi sudah menjadi bubur dan menangis tidak berlagu.

Pelik, kenapa kita berpolitiking sehingga sanggup bertongkat paruh walhal patah kaki pun sepatutnya dihindarkan? Kita mati-matian berpolitik sedangkan diri boleh menjadi arang dan debu. Di sebaliknya, matlamat dalang perpecahan Melayu ialah mahu melihat kita akhirnya dipecah-pecahkan menjadi bangsa dengan kuasa yang kecil dan mudah ditindas.

Apabila disorot ke belakang, sebahagian tenaga, masa dan fokus pemimpin terpaksa dihabiskan untuk politik. Memang ada projek strategik dilaksanakan untuk memperkukuh dan melengkapkan infrastruktur demi kemudahan rakyat serta memacu pertumbuhan. Tetapi bagaimana dengan projek untuk menjadikan negara kita sebuah hab seperti industri digital dan teknologi termaju serantau? Tindakan perlu dilaksanakan untuk kita mendominasi bidang tertentu di peringkat serantau dan antarabangsa.

Contoh di utara, Thailand sedang mencongak pembinaan jambatan darat sebagai jalan pintas membawa pelbagai kontena perdagangan dan komoditi ke timur atau ke barat. Jambatan ini akan memintas peranan lebuh raya laut di Selat Melaka dan Selat Singapura sebagai laluan pengangkutan yang sama selama ini.

Di selatan pula, Singapura sudah hampir menyiapkan pelabuhan Tuas Mega untuk republik itu kekal dominan sebagai pelabuhan utama dunia. Kalau pun Thailand benar-benar mahu membina jambatan darat untuk kapal dagang pergi atau balik ke timur, Singapura tetap ada kelebihan dan kekuatan menerusi pelabuhan baharu tersebut.

Negara yang menduduki ranking kedua World Bank’s 2020 Doing Business Report itu (Malaysia ranking ke-12), membina pelabuhan canggih untuk menjadi terminal kontena terbesar di dunia bagi memenuhi permintaan syarikat perkapalan mega masa depan.

Contoh lain, Indonesia dengan gagasan memindahkan Jakarta ke Kalimantan walaupun idea itu sudah dibangkitkan beberapa presiden terdahulu. Negara lain juga sudah melaksanakan pelan dan tindakan perlu bagi mempromosikan teknologi untuk semua. Kerajaan atau syarikatnya membuat pelaburan dalam kemahiran digital dan membina infrastrukturnya. Mereka turut menubuhkan syarikat-syarikat permulaan yang disertai ramai usahawan muda dan bakal menjadi kunci kejayaan transformasi digital.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pemikiran dan pelan futuristik sebegini untuk generasi masa depan. Kurangkan politik supaya kerajaan boleh memberi tumpuan menyediakan rantaian ekonomi untuk dipacu oleh generasi dan usahawan muda kita khususnya dalam teknologi termaju serta ekonomi digital.

Pemimpin parti politik Melayu perlu terus mengekalkan perpaduan untuk membawa generasi muda yang celik untuk menyertai dan mendominasi digital kini serta masa depan. Perpaduan politik ini penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan Agenda Bumiputera supaya bangsa Melayu menyertai dan menguasai industri strategik, berteknologi termaju serta berimpak tinggi seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

EMPAYAR
Lantaran politik itu bersifat dinamik, iaitu hidup dan berubah, maka melibatkan serta mendengari suara generasi muda sangat penting dalam proses perubahan ini. Selaku penerus perjuangan bangsa Melayu, generasi muda perlu dibimbing dalam membina keupayaan untuk berubah dan menyerap perubahan demi kelangsungan kuasa politik serta generasi kita dalam era baharu ini. Kepimpinan politik hari ini perlu menjadi contoh teladan kepada generasi muda.

Selain itu, ubah semula tanggapan musuh Melayu adalah Melayu. Ini mengelirukan generasi muda. Musuh sebenarnya adalah dalang yang melaksanakan agenda memecah-belah Melayu menggunakan individu bangsa ini yang tiada jati diri. Kita juga perlu tukar persepsi dan perbetulkan semula momokan Melayu itu pemalas sedangkan hakikatnya Melayu adalah bangsa pembina empayar!

Tetapi lantaran Melayu pernah dijajah, maka penjajah yang menentukan bagaimana sejarah kita hendak ditulis. Orientalis Barat memalsukan sejarah dan menerapkan dalam fikiran seterusnya kita sendiri menerima serta mempercayainya. Namun, kini satu demi satu fakta dan kebenaran baharu sejarah Melayu terungkap serta dibuktikan.

Justeru, Melayu akan lebih pukal dan padu dengan kita berusaha menulis semula sejarah kita sendiri. Ini akan memberi kelebihan kepada Melayu supaya dihormati kerana fakta baharu sejarah ini mengesahkan kita adalah bangsa terbilang serta bertamadun sebelum ini. Sejarah sebenar bangsa akan menyatukan Melayu!

Pada masa sama, sejarah moden membuktikan bangsa Melayu menguasai politik dan menerajui negara ini dengan cemerlang menerusi mandat yang diberi rakyat pada 13 pilihan raya umum (PRU) lalu. Namun, kita perlu mengambil iktibar penting daripada PRU-14 lalu. Bangsa Melayu perlu merenung peristiwa ini sejujurnya.

Jadi, kita perlu mencari jalan supaya kita tidak menempa sejarah hitam PRU-14 sekali lagi dalam PRU-15 tidak lama lagi. Dalam kita menghadapi masalah Melayu sama ada dalam Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN), insaflah, apa yang lebih penting ialah kuasa serta perpaduan Melayu mesti dipertahankan. Kita tidak mampu lagi untuk kecundang. Jadi, cari jalan segera untuk menyatukan kekuatan Bersatu-UMNO-Pas sebelum terlewat.

Jadi, membiarkan perpecahan kepemimpinan Melayu – ia merupakan satu kesalahan dan kesilapan paling besar kepada agama, bangsa serta negara kerana tindak-tanduk itu akhirnya memberi kesan buruk kepada bangsa Melayu sendiri apatah lagi yang lain.

Ringkasnya, berhemahlah. Jangan sampai politik menghambat perasaan rakyat dan membantutkan pertumbuhan negara. Berpada-pada dalam berpolitik ketika mana aspirasi mahu mengangkat kehidupan ke tahap berpendapatan tinggi menjadi keutamaan RMK12.

Insaflah, jangan berpolitik secara melampau ketika rakyat semakin bosan dengan telatah dan gelagat segelintir ahli politik yang mereka lihat mementingkan diri sendiri.

PENULIS ialah Ketua Angkatan Bersatu Muda (Armada) Johor.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/jangan-sampai-bertongkat-paruh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Cik Dan Pakcik Jangan Percaya Cakap Lebai Nak Auta Ya Depa Tak Faham English

Mak Cik Dan Pakcik Jangan Percaya Cakap Lebai Nak Auta Ya Depa Tak Faham English

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 203 hits
Syok walaun kongsi gambar ni Katanya PAS tak salah Kerajaan PH DAP yang luluskan TIMAH tahun 2019 Tu sebab saya selalu cakap nak berhujah kena pakai fakta dan data Saya mohon jelaskan Date of application and Date registered sama tarikh 6 Og...
Lebihan Roti Jangan Buang Buatkan Nuget Ayam Roti Gardenia Simple Sedap Sungguh

Lebihan Roti Jangan Buang Buatkan Nuget Ayam Roti Gardenia Simple Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 449 hits
Lebihan roti gardenia yang hampir tamat tempohnya janganlah terus dibuang sebaliknya cubalah berkreatif untuk hasilkan nuget ayam dengan roti ini untuk anak Pesipi nuget yang dikongsikan oleh ini cukup mudah malah rasa dan tekstur nuget yan...
Undi 18 Jangan Perkuda Suara Anak Muda Demi Kepentingan Peribadi

Undi 18 Jangan Perkuda Suara Anak Muda Demi Kepentingan Peribadi

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 179 hits
Oleh Zuhayati Yazid Didik mereka jadi pemimpin fahami agenda pembangunan negara BANGI Pendedahan terhadap golongan muda kepada pembangunan negara diharap bukan sekadar umpan politik semata mata sebaliknya bertujuan untuk mendidik mereka sel...
Jangan Kecewa Perancangan Allah Lebih Baik

Jangan Kecewa Perancangan Allah Lebih Baik

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 344 hits
Saat hati berkata ingin Namun Allah berkata tunggu Saat air mata harus menitis Namun Allah berkata tersenyumlah Maha Suci Allah yang memberikan kebahagiaan dan ketenangan hati pada hambaNya Tahu apa yang membuat hati tenang Ketika kita bole...
Pdpr Jangan Sampai Pelajar Ketagih Gajet

Pdpr Jangan Sampai Pelajar Ketagih Gajet

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 187 hits
TINGKAH laku anak anak semakin kompleks dalam era digital Pembelajaran menjurus kepada pelbagai aplikasi yang merangkumi pelbagai kemahiran dan keseronokan Melalui pendidikan era baharu itu mereka akan berkolaboratif sesama rakan sebaya dal...
Rafizi Saran Jangan Ambil Si Katak Agar Tidak Mnghakis Keyakinan Rakyat

Rafizi Saran Jangan Ambil Si Katak Agar Tidak Mnghakis Keyakinan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 379 hits
We don t want to win the battle but lose the war PRN Melaka adalah pertarungan kecil untuk PRU15 jangan kerana hendak untung secupak kita akan rugi segantang Yang akan mengundi nanti bukan hanya ahli parti tapi majoritinya golongan atas pag...
Permudahkan Duit Kerajaan Jangan Ikut Red Tape Noh

Permudahkan Duit Kerajaan Jangan Ikut Red Tape Noh

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 159 hits
PUTRAJAYA Semua agensi kerajaan bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diingatkan agar mempermudahkan urusan dalam soal pembiayaan perniagaan Menterinya Tan Sri Noh Omar menegaskan dana yang diperuntukkan kepada semua agensi ME...
Jangan Sekali Kali Kita Kata Dr Mahathir Dah Nyanyuk Tok Mat

Jangan Sekali Kali Kita Kata Dr Mahathir Dah Nyanyuk Tok Mat

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 205 hits
MALAYSIA POST TIMBALAN Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selama ini berperanan menjatuhkan Pakatan Harapan dan Muafakat Nasional Menur...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation