Jangan Risau Virus Thaipusam Jalan Terus Jk Kuil Batu Caves


KOW GAH CHIE


Jawatankuasa kuil Batu Caves akan mengadakan sambutan perayaan Thaipusam seperti yang dirancang walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak koronavirus novel sebagai kecemasan global

Pada sidang akhbar hari ini, Pengerusi Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, R Nadarajah berkata jawatankuasa itu belum menerima sebarang nasihat daripada kerajaan jika sambutan Thaipusam perlu ditangguhkan.

"Saya masih menunggu nasihat yang mereka berikan untuk mengawasi perarakan (Thaipusam).

"Tetapi ini suatu perayaan agama yang dihadiri oleh ramai orang. Polis tidak boleh mengatakan, 'kamu semua tidak boleh datang'," katanya.

Beliau menjangkakan ramai pelancong dari China akan melawat Batu Caves tetapi menekankan bahawa jawatankuasa kuil tiada hak untuk menghalang mereka daripada menghadiri perayaan Thaipusam.

Perkara itu kini berada di bawah penelitian Kementerian Kesihatan dan kerajaan, kata Nadarajah.

Pada 29 Jan, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipetik FMT berkata kerajaan akan mengambil nasihat WHO sekiranya perlu untuk menangguh perhimpunan besar-besaran seperti perayaan Thaipusam, berikutan wabak virus itu.

WHO baru sahaja mengisytiharkan wabak virus sebagai bencana antarabangsa.

Nadarajah berkata lagi jawatankuasa kuil itu merancang membeli topeng muka untuk diedarkan kepada para penganut yang hadir nanti.

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa kuil itu telah diberikan sebut harga RM5 bagi setiap topeng dan pembekal berkata mustahil dapat membekalkan 1.5 juta topeng ke kuil itu.

Jelasnya lagi, enam hospital kerajaan bersetuju untuk menghantar sejumlah 1,800 anggota perubatan, termasuk doktor, di Batu Caves dan pusat kuarantin akan ditubuhkan di sana.

Sementara itu, Nadarajah berkata beliau menjangkan lebih 100,000 penganut akan menyertai perarakan Thaipusam, bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun HS Lee pada 6 Februari dan tiba di Batu Caves pada hari berikutnya.
Beliau juga menjangkakan 1.5 juta pelawat dan penganut akan datang di Batu Caves dari 6 Feb hingga 8 Feb dan berkata wabak virus itu akan menjejaskan kehadiran mereka.

"Tidak akan ada sebarang perubahan (dalam bilangan orang ramai). Mereka berdoa untuk kehidupan mereka, mengapa mereka perlu takut?" soal Nadarajah.

“Dewa Murugan akan menjaga keadaan. Kenapa anda semua bimbang? Jangan risau,” kata Nadarajah.

Menurutnya jawatankuasa kuil akan membuat laporan terhadap warganet yang menyebarkan berita palsu dan mereka yang menggesa orang ramai supaya tidak menghadiri perayaan Thaipusam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe, yang juga menghadiri sidang media itu berkata, polis tidak menerima sebarang arahan untuk menangguhkan sambutan Thaipusam.

Katanya, pihak polis dan polis trafik yang ditempatkan di Batu Caves akan memakai topeng untuk pelindungan.

Beberapa jalan ke Batu Caves akan ditutup dan polis hanya membenarkan kenderaan diletakkan di lorong pertama MRR2 sepanjang 1.5 kilometer berhampiran Batu Caves.

Beliau berkata, dron yang terbang tanpa kebenaran Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di kawasan itu akan diturunkan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/jangan-risau-virus-thaipusam-jalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Fret Over Virus Thaipusam Is On Batu Caves Temple Committee

Don T Fret Over Virus Thaipusam Is On Batu Caves Temple Committee

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 291 hits
The Batu Caves temple committee will hold Thaipusam celebration as planned despite the World Health Organisation s declaration of the novel coronavirus outbreak as At a press conference today Sri Maha Mariamman Temple Devasthanam chairperso...
Thousands Throng Batu Caves For Thaipusam Despite Coronavirus Outbreak

Thousands Throng Batu Caves For Thaipusam Despite Coronavirus Outbreak

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 358 hits
Thousands visiting Batu Caves to celebrate Thaipusam on Saturday YAP CHEE HONG The Star KUALA LUMPUR Tens of thousands of devotees have thronged Batu Caves since early Saturday to celebrate Thaipusam They carried brightly decorated and orna...
Warga Negara Asing Di Wuhan Mulai Dievakuasi Korban Virus Corona Terus Bertambah

Warga Negara Asing Di Wuhan Mulai Dievakuasi Korban Virus Corona Terus Bertambah

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 293 hits
Ratusan warga negara asing di Kota Wuhan China sudah dievakuasi karena merebaknya wabah virus corona
Jangan Tutup Masjid Muzium Tempat Pelancongan Dengan Alasan Cegah Virus

Jangan Tutup Masjid Muzium Tempat Pelancongan Dengan Alasan Cegah Virus

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 426 hits
Selepas Kementerian Pelancongan kini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri meminta agar tidak menghalang pelancong untuk melawat masjid dan muzium Sebelum ini Masjid Putra telah menumumkan penutupan untuk lawatan dan hanya dibuka untuk or...
China Perintah Mayat Pesakit Koronavirus Tidak Dikebumi Tapi Dihapuskan Cegah Virus Terus Merebak

China Perintah Mayat Pesakit Koronavirus Tidak Dikebumi Tapi Dihapuskan Cegah Virus Terus Merebak

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 522 hits
China telah melarang sebarang upacara pengebumian dan lain lain aktiviti yang membabitkan mayat mangsa novel koronavirus yang berasal dari Wuhan mengikut peraturan percubaan baru yang dikeluarkan pada hari sabtu untuk memperlahankan penyeba...
Nasihat Sajat Secara Baik Jangan Terus Hukum Mufti Perlis

Nasihat Sajat Secara Baik Jangan Terus Hukum Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 488 hits
KANGAR 3 Feb Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzaman atau Nur Sajat memakai pakaian menyerupai wanita itu adalah salah di sisi agama namum umat Islam perlu m...
Lokman Bawa Politik Longkang Ke Dalam Umno Pertahankan Presiden Jangan Jadi Batu Api Rizam

Lokman Bawa Politik Longkang Ke Dalam Umno Pertahankan Presiden Jangan Jadi Batu Api Rizam

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 393 hits
Gerakerja lokman adalah untuk pecahkan umno apabila dilihat umno peringkat awal mahu dampingi Tun Nasib baik watak lokman tiada dalam PAS Isu semburit Azmin bertungkus lumus Why Ada pemimpin umno lain sebok bab itu
Kemenkes Korban Virus Corona Belum Sebanyak Sars Flu Burung Jangan Kemakan Hoaks

Kemenkes Korban Virus Corona Belum Sebanyak Sars Flu Burung Jangan Kemakan Hoaks

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 285 hits
Virus corona asal China kini menjadi momok menakutkan bagi masyarakat Indonesia Hal ini disebabkan belum ada temuan vaksin untuk penderita corona Kemenkes menyatakan memang angka kematian akibat virus corona masih rendah Namun bukan berarti...
Jangan Cetus Panik M Sia Ada Pengalaman Tangani Kes Virus Wan Azizah

Jangan Cetus Panik M Sia Ada Pengalaman Tangani Kes Virus Wan Azizah

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 348 hits
BERITAMalaysia mempunyai kapasiti untuk menangani kes virus 2019 novel coronavirus dengan sejarah kejayaan cemerlang mengawal penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk Virus Ebola dan Virus Nipah yang pernah terjadi sebelum ini Ia menunjukkan ...
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

5 Speaker Aktif Terbaik Dengan Audio Jernih Sound Horeg Mah Lewat

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

Chili Oil Sk Recommend

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Rahsia Tulang Si Kecil

Udang Kara Air Tawar Mengancam Ekosistem Habitat Asal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Atkinson Cycle Dalam Enjin Kereta

Apa Maksud Kereta Ev Hybrid E Hev Phev Dan Lain Lain

Ftg Kembali Dendang Remaja Ditemani Sofea

Bagaimana Cahaya Dapat Dipengaruhi Oleh Graviti Di Lohong Hitam

Apa Yang Berubah Sejak Aku Kali Terakhir Menulis

Al Hikam 2