Jangan Risau Rezeki Jaminan Allah





Sungguh amat menghairankan manusia itu..
Mereka sering bimbang dengan perkara yang telah dijamin Allah, iaitu rezekinya..
Namun tak peduli dengan nasib dirinya di Akhirat nanti yang belum terjamin..!!
Ulama' mengatakan (menurut hadis di bawah ini) antara perkara yang telah dijamin ke atas seseorang itu ketika ia masih dalam kandungan rahim ibunya, setelah ditiupkan roh..
HidupRezekiJodoh (bab nasib baik, nasib buruk)Ajal

Rezeki Jaminan Allah
Surah Al Baqarah, ayat 245

"..Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan".
[ QS 2 : 245 ]


Surah Hud, ayat 6
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya"
[ QS 11 : 6 ]

Surah Al Isra', ayat 31
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu"
[ QS 17 : 31 ]

Surah Al Ankabut, ayat 17
"Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan"
[ QS 29 : 17 ]

Surah Al Ankabut, ayat 60

"Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
[ QS 29 : 60 ]


Surah Asy Syu'ara', ayat 79"Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum"
[ QS 26 : 79 ]

Baca juga: Doa Nabi Isa Mohon Rezeki Dari Langit



Hadis Rezeki Sudah Dijamin
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis sahih..

عَنْ أَبِيْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ الله ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ حَدَّثَنَا رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِيْ بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا نُطْفَةً ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةًمِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْسَعِيْدٌ .

Diriwayatkan dari Abdur Rahman, iaitu Abdullah bin Mas'ud r.a. Katanya: Telah menceritakan kepada kami Rasulullah SAW: "Sesungguhnya salah seorang dari kamu sekalian dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani. Kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu 40 hari. Kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu 40 hari. Lalu diutus seorang malaikat kepada janin tersebut dan ditiupkan ruh kepadanya dan malaikat tersebut diperintahkan untuk menuliskan 4 perkara, iaitu: menulis rezekinya, umurnya, pekerjaannya dan kecelakaan atau kebahagiaan hidupnya'.
...

Nabi SAW juga bersabda..

كَتَبَ اللَّهُ مَقَادِيرَ الْخَلاَئِقِ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِخَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

"Allah telah mencatat takdir setiap makhluk 50,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi".
[ H.R. Muslim no. 2653 ] dari Abdullah bin Amr bin Al 'Ash
...

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda..

إِنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللَّهُ الْقَلَمَ فَقَالَ اكْتُبْ. فَقَالَ مَا أَكْتُبُ قَالَ اكْتُبِ الْقَدَرَ مَا كَانَ وَمَا هُوَ كَائِنٌ إِلَى الأَبَدِ

"Sesungguhnya awal yang Allah ciptakan (setelah 'arash, air dan angin) adalah qalam (pena), kemudian Allah berfirman, "Tulislah". Pena bertanya, "Apa yang harus aku tulis". Allah berfirman, "Tulislah takdir berbagai kejadian dan yang terjadi selamanya"
[ H.R. Tirmidzi  | No. 2155 ] Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih...

Rasulullah SAW bersabda..

لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا. (رواه الترمذي وقال: حديث حسن)

"Seandainya kalian semua bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberi kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki pada burung. Burung keluar (mencari makan) di waktu pagi dalam kedaan perut kosong dan pulang di waktu petang dalam keadaan kenyang"
[ H.R. At Tirmidzi ] Beliau berkata hadis ini hasan (baik)
...


Baca juga: Hati² Mencari Rezeki, Cek Halal Atau Haramnya



Berusaha Sebagai Jalan Kemudian Tawakkal
Walaupun jelas membuktikan rezeki itu secara mutlaknya adalah kurniaan dan datangnya dari Allah, kita sebagai makhlukNya, wajiblah juga berusaha untuk mencari rezeki tersebut (selain berdoa mengharap). Itu adalah syarat bagi mendapatkannya, melakukan usaha mendapatkannya sebagaimana perintah Allah ini..

Surah Al Jumu'ah, ayat 10

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak² (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)".
[ QS 62 : 10 ]

Boleh sahaja Allah memberi rezeki tanpa (kita) makhluk ciptaanNya bersusah², namun secara umum bukan begitu kehendakNya. Dia memprogramkan kehidupan di dunia ini mesti ada suatu perlakuan dan hasil darinya atau perbuatan & akibat yang juga dipanggil sunatullah.

Diperintahkan kita berikhtiar dengan usaha supaya merasa sedikit kesusahan, dan Dia tetap akan memberikan rezeki kurniaanNya. Itulah yang dikatakan sebagai usaha & tawakkal.

Wallahua'lam..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mindloading.blogspot.com/2018/07/jangan-risau-rezeki-jaminan-allah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Risau Akan Jodohmu

Jangan Risau Akan Jodohmu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 155 hits
Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan tidak pada lirikan senyuman tidak pada bicara manja yang mennggoda dan tidak juga pada pujuk rayu seorang...
Janji Rezeki Allah Carilah Rezeki Yang Halal

Janji Rezeki Allah Carilah Rezeki Yang Halal

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 270 hits
RASULULLAH s a w bersabda yang maksudnya Sesungguhnya roh al Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S W T kepadanya Maka takutlah kepada Allah S W T dan berusahalah ...
Jangan Tinggalkan Rumah Allah

Jangan Tinggalkan Rumah Allah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 229 hits
Jangan tinggalkan masjid Jangan abaikan masjid Jangan tak hadir ke masjid Jangan tak pedulikan masjid Jangan datang ke masjid hanya sebagai mayat Semoga Allah SWT mengurniakan kita kekuatan untuk datang dan hadir ke RumahNya dan semoga Alla...
Jaminan Allah Kepada Hambanya

Jaminan Allah Kepada Hambanya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 304 hits
Apabila isu hudud dipolitikkan kerajaan Barisan Nasional Islam tergadai Hukum Allah bukanlah milik manusia dan ia adalah perintah Allah S W T Allah memberi jaminan kepada manusia setelah terlaksana hukumNya di atas muka bumi ini Allah S W T...
Kisah Budak Kecil Yakin Bahawa Rezeki Itu Daripada Allah

Kisah Budak Kecil Yakin Bahawa Rezeki Itu Daripada Allah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 206 hits
Sebagai seorang muslim kita perlu percaya dan yakin bahawa setiap rezeki yang datang itu datang hanya daripada Allah SWT Janganlah sesekali kita berasa rugi dalam bersedekah kerana Allah SWT sentiasa akan memperbanyakkan lagi rezeki kita Se...
Jangan Risau Berat Anak Tak Naik Selagi Tak Turun Ke Line Kuning Tak Apa

Jangan Risau Berat Anak Tak Naik Selagi Tak Turun Ke Line Kuning Tak Apa

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 247 hits
Ibu jangan risau kalau berat anak tak naik Berat sahaja bukan indikasi anak kita sihat semata mata Kebanyakan ibu banyak meluahkan rasa risau bila berat anak tak naik Menurut Dietitian Puan Nor Hafizah Sobri kesihatan anak bukan dinilai mel...
6010 Event Flag Off Ppim Sinergi Prihatin Jelajah Infaq Rezeki Jelajah Pahang Ppim 28 10 2021

6010 Event Flag Off Ppim Sinergi Prihatin Jelajah Infaq Rezeki Jelajah Pahang Ppim 28 10 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 252 hits
Usah malu kibarkan bendera PANJI HITAM sebagai tanda sebuah penyatuan ummah Ayuh kita terus bersatu demi kedaulatan agama bangsa dan tanah air tercinta Jom saksikan Event Flag Off PPIM Sinergi Prihatin Jelajah Infaq Rezeki Jelajah Pahang ya...
Fokus Temani Istri Lahiran Dan Urus Anak Ali Syakieb Resign Dari Sinetron Rezeki Nggak Ke Mana

Fokus Temani Istri Lahiran Dan Urus Anak Ali Syakieb Resign Dari Sinetron Rezeki Nggak Ke Mana

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 282 hits
Anak pertama baru saja lahir Ali tak ingin melewati masa masa penting bersama buah hati Waktu tak bisa diulang kembali ucapnya
Amalan Pembuka Rezeki Yang Simple Tapi Ramai Tidak Tahu

Amalan Pembuka Rezeki Yang Simple Tapi Ramai Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum LAMANYAAAA TAK UPDATE BLOG hahahaha capslock terus kau hahaha Banyak benda wei nak cerita tapi tak sempat busy gila skrg ni Tapi topik ni aku nak share dengan korang Dan maybe kalau orang google google tajuk AMALAN PEMBUKA R...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Raya Aidilfitri 2025

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey