Jangan Pusing Cerita Dakwa Umno Cetus Masalah Shahril Beritahu Bersatu


 
FMT Reporters -April 18, 2021 Shahril Hamdan berkata, dakwaan pembentukan Perikatan Nasional dipersetujui Umno tidak benar kerana gabungan itu didaftarkan secara mengejut tanpa dirunding bersama Umno.PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalkan keikhlasan parti pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin itu untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa penyertaan parti itu dalam MN menjadi tanda tanya kerana sikap Umno berdiam diri terhadap surat balas persetujuan mereka dalam pakatan itu.
Shahril yang juga naib ketua Pemuda Umno berkata, dakwaan pembentukan Perikatan Nasional (PN) dipersetujui Umno juga tidak benar kerana gabungan yang didaftarkan secara mengejut itu tidak pernah dirunding bersama Umno.
“Soal Bersatu hendak masuk MN, di mana keikhlasannya untuk bersama MN, kalau terus mendaftar PN dan mengajak parti lain bersama?
“Kalau lihat kenyataan awal pimpinan Bersatu pada dan sebelum Ogos 2020, PN hanya sebagai gagasan besar di mana MN menjadi antara tonggak utama, bersama parti lain dari Sabah atau Sarawak. Tetapi, tiba-tiba sebelum pilihan raya negeri di Sabah, PN berdiri sendiri,” tulisnya di Facebook.
Waktu itu, beliau berkata, PN bukan lagi gagasan besar, sebaliknya parti rasmi yang didaftarkan, tanpa persetujuan Umno.
“Benar, nak daftar PN tak perlu persetujuan Umno, tapi jangan pusing cerita konon Umno yang mencetuskan masalah.”
Wan Saiful dalam wawancara eksklusif bersama FMT baru-baru ini berkata, Umno disifatkan “abang long besar” dalam gabungan Barisan Nasional, sekali gus mewujudkan kebatasan dalam menzahirkan pandangan setiap parti gabungan, berbeza dengan PN yang membenarkan setiap parti bersuara.
Hari ini, Shahril berkata, Bersatu perlu cermin diri kerana parti itu yang sebenarnya memainkan watak “abang long besar”.
“Yang jelas dominan hari ini adalah Bersatu. Yang beraksi seolah-olah abang besar adalah Bersatu.
“Maka, sewajarnya mereka melihat tindak-tanduk sendiri sejak awal penubuhan kerajaan PN lebih setahun dahulu, jika mahu mengenal pasti punca keretakan kerjasama.”
Mengenai dakwaan Umno dan BN tiada calon perdana menteri sehingga kini, Shahril berkata, Umno tidak tergesa-gesa menamakan calon untuk jawatan nombor satu itu kerana pilihan raya umum (PRU) bukannya diadakan esok.
“Bila hendak menamakan, itu keputusan Umnolah. Setahu kami, PRU bukan esok. Esok, demokrasi Malaysia masih tergendala akibat keputusan darurat.
“Jadi, hendak buktikan majoriti di Parlimen pun tak mampu, apatah lagi hendak PRU segera,” katanya sinis.
Beliau berkata, Umno tidak gusar mengenai calon perdana menteri, malah mempunyai ramai calon berkaliber untuk membarisi kepimpinan pusat mahupun negeri.
“Untuk Bersatu, mungkin mudah sebab fikir hanya satu jawatan, dan sememangnya tiada orang lain untuk jawatan itu.
“Sesudahnya, jika dapat jawatan itu, yang lain mungkin boleh tangkap muat. Tidak untuk Umno. Pendekatan kami berbeza.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/jangan-pusing-cerita-dakwa-umno-cetus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Formed Pn Without Umno S Knowledge Says Shahril

Bersatu Formed Pn Without Umno S Knowledge Says Shahril

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 267 hits
Perikatan Nasional was formed by Bersatu as a separate political entity without Umno s approval the party s information chief Shahril Hamdan said today In a statement in which he told Bersatu not to accuse Umno of causing problems Shahril a...
Pas Sedia Atur Pertemuan Umno Bersatu Demi Ummah

Pas Sedia Atur Pertemuan Umno Bersatu Demi Ummah

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 401 hits
PAS yakin perselisihan faham antara Umno dan Bersatu boleh diselesaikan sekiranya kedua dua pihak kembali kepada agenda Islam dengan meletak isu perpaduan ummah Ketua Dawan Ulamak PAS Pusat Dato Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata perpadu...
Pas Sedia Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut Umno Bersatu

Pas Sedia Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 382 hits
PASIR PUTEH Pas bersedia untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan Bersatu demi kelangsungan pemerintahan negara menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi S...
Pas The Lamb In Bersatu Umno Spat

Pas The Lamb In Bersatu Umno Spat

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 388 hits
Race unity is the means to national power not the ends for both Umno and Bersatu Praba Ganesan The Malay Mail Online The minister spoke truth A PAS minister at that Which party does not want to expand its area of control Uttered by the plan...
Jika Kawan Jangan Lawan Amaran Wan Junaidi Kepada Calon Bersatu Di Sarawak

Jika Kawan Jangan Lawan Amaran Wan Junaidi Kepada Calon Bersatu Di Sarawak

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 380 hits
KUCHING Tidak perlu hantar calon bertanding di sini sama ada secara terbuka atau diam diam Jika ada calon maksudnya kita tidak sehaluan Itu kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuan...
Pas Ready To Mediate Umno Bersatu Spat Ulama Chief

Pas Ready To Mediate Umno Bersatu Spat Ulama Chief

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 360 hits
PAS is ready to be the mediator to resolve the dispute between Umno and Bersatu before the 15th general election said PAS Dewan Ulama chief Nik Muhammad Zawawi Salleh He said his party could arrange a meeting to work out a common ground for...
Motif Umno 3 0 Bukan Tolak Zahid Tok Mat Sahaja Dakwa Pemimpin Umno

Motif Umno 3 0 Bukan Tolak Zahid Tok Mat Sahaja Dakwa Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 423 hits
April 12 2021 Pemimpin Umno yakin motif utama kumpulan yang mahukan pemilihan parti itu disegera bukan sekadar mahu membuang Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hassan tetapi ada agenda lebih besar Motif mereka bukan semata...
Ahli Umno Dakwa Dah Keluar Senarai Cai Untuk Ganti Zahid

Ahli Umno Dakwa Dah Keluar Senarai Cai Untuk Ganti Zahid

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 298 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONAhli Umno mendakwa senarai cai bagi menggantikan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang beredar di WhatsApp group selepas Presiden Umno itu didakwa terlibat dalam satu perbualan bersama seteru mereka Datuk Ser...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia