Jangan Percaya Dengan Janji Manis Seller Di Musim Perayaan Ni
Aihhh lain kali jangan lah percaya bila seller beritahu nak pos barang yang kita order dengan SEGERA terutama musim nak raya ni. Ceritanya ahad lepas k.fiezz cari hadiah untuk mak k.fiezz sebab esok birthday mak. Masa duk scroll Tik Tok K.fiezz terlayan live satu kedai ni yang jual canvas bag tulis nama pada beg. Macam menarik je bagi hadiah ni. Tanya mr hubby, okey ke canvas bag yang k.fiezz nak beli ni. Mr hubby cakap okey je cuma sempat ke diaorang nak hantar sebelum raya ni. K.fiezz cakap kat mr hubby, dalam live seller ada beritahu, semua order ahad dan sebelum akan di pos hari Isnin (17.4.2023) iaitu semalam.
WAITING FOR COURIERSo okey lah k.fiezz kira-kira boleh lah sebab birthday mak 19hb. Tup tup semalam k.fiezz tengok status seperti di bawah waiting for courier & masih sama sampai hari ni. Tak silap k.fiezz, semalam last pickup sebelum raya.
Rasa-rasa?aihhh ni yang tetibe nak marah ni. Lain kali kalau rasa tak boleh, jangan berjanji pada customer. Seller ni nak laku kan barang, janji macam-macam..Padahal tak mampu nak buat tapi paksa juga sebab nak kejar sales. Tak berkat tau duit dapat kalau servis tak seperti yang diharapkan. Tambah pula berjanji macam ni dengan customer. 'Semua barang yang order sekian sekian akan pos esok (Isnin - 17.4.2023)' tapi hampeh tak bergerak pun. Macamana arrangement diaorang dengan pihak courier. Patutnya dah tahu courier dah tetapkan bila last pickup, diaorang kena push lah. Tak pun usahakan pi hantar juga barang kat tempat courier. Ni tak..Malas nak cakap. Tu kerja diaorang kan..
Dalam kes k.fiezz ni, sis salahkan seller. Bukan courier. Kenapa seller berjanji kalau tak boleh nak capai KPI yang diaorang dah cakap dalam live semua order yang buat hari Ahad, akan di pos hari Isnin. Bagi harapan tau pada customer tapi hampehhh...Ni barang dah sampai, memang bagi 2 star je sebab tak tepati janji...
Rasanya mungkin beg dah siap tapi pihak kurier tak pi ambil barang-barang sebab dah lebih masa yang ditetapkan. Pihak kurier biasanya dah beritahu berapa haribulan last pickup & waktu untuk pickup bila musim raya ni. Dah kalau status macam ni, tunggu lah lepas raya baru courier ambil.
Mr hubby cakap semalam tak silap last collect sebelum raya. Ni status yang waiting for courier, sah-sah barang kat kedai seller lagi. Eiiii geram je rasa tau sebab hadiah mak k.fiezz esok. Ingatkan dah gerak lah semalam, sekali hampehhhh dot com...
Okey so next time tak nak lah k.fiezz beli kat seller ni. Baru ingat nak order untuk diri sendiri. Sekali dah macam ni, bad impression. Blacklist.
UNTUK SELLER, JANGAN BERJANJI BILA MUSIM PERAYAAN NI..JANGAN DUK KEJAR SALES TAPI SERVIS HAMPEHHH...SALES PENTING TAPI SEIRING DENGAN SERVIS..KALAU MACAM NI PUNYA SERVIS, MEMANG HILANG KEPERCAYAAN KAT SELLER...NAK REPEAT BELI LAGI KAT KEDAI YANG SAMA..MEMANG TAK LAHHH...
Lesson learn - lepas ni kena hati-hati bila beli dalam live seller terutama musim raya ni. Untuk kedai seller ni, k.fiezz BLACKLIST...
K.fiezz tak lah pukul rata semua seller yea tapi harap siapa-siapa yang meniaga tu harap servis tu tip top.. Kalau dah berjanji tu, sila buat..Bukan sedap gigi je bercakap. Sekali customer terkena macam ni, memang tak repeat lagi beli kat u.
Update - Sis baru mesej seller kat Tik Tok, tanya pasal order ni. K.fiezz tanya bila nak post out sebab semalam last day pickup untuk sampai sebelum raya. Seller cakap dah hantar pada J&T, tapi pihak kurier yang belum scan lagi..ermmm..tak tahu lah nak percaya ke tidak. Paksa percaya je lah lagipun memang dah tahu beg ni confirm sampai lepas raya..Secara logiknya kalau barang betul dah ada kat kurier, tak ada nya dorang pending scan.Lagi jnt, cepat buat kerja…
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/04/Jangan-Percaya-Dengan-Janji-Manis-Seller-Di-Musim-Perayaan-Ni.html