Jangan Pandang Remeh


Pihak berkuasa tempatan (PBT) terbahagi kepada tiga kategori iaitu majlis bandar raya, majlis perbandaran dan majlis daerah. PBT berkuasa dalam mengeluarkan lesen-lesen, mengenakan cukai-cukai tertentu, merancang dan menguruskan bandar, membina kemudahan-kemudahan awam, unit-unit perdagangan dan perumahan dan pelbagai lagi.

Majlis bandar raya adalah kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri yang mempunyai penduduk melebihi 500,000 orang dan mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM100 juta setahun.

Majlis perbandaran pula adalah bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri atau daerah yang mempunyai penduduk melebihi 150,000 orang dan mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM20 juta setahun.

Jangan kita pandang remeh agenda DAP yang mahu melaksanakan pilihan raya PBT berbanding sistem sekarang iaitu jawatan yang dipertua (YDP) dan datuk bandar melalui sistem lantikan dari kalangan penjawat awam.

Jika pilihan raya PBT dilaksanakan, maka institusi PBT akan dicemari dengan campur tangan politik kepartian kerana semestinya parti-parti politik akan masuk bertanding. Akhirnya, jawatan-jawatan PBT akan menjadi seperti Adun dan ahli parlimen yang direbut-rebut oleh politikus. Jadi, semakin menebal dan pekatlah cengkaman politik kepartian di negara kita.

Selain sistem ini merugikan kita, sebenarnya ada mudarat yang lebih besar kerana DAP punyai agenda dan misi yang sangat besar. Jangan dilupa, MCA juga menyokong cadangan ini walaupun mereka tidak berkuasa. Mengapa? Semestinya ini kerana mereka melihat ini sebagai peluang untuk menguntungkan kaum mereka. MCA dan DAP berpolitik dan berstrategi untuk kepentingan dan agenda kaum, bukannya parti semata-mata.

Sekarang ini, majoriti YDP atau datuk bandar PBT di seluruh Malaysia dilantik dari kalangan Muslim atau sekurang-kurangnya bukan ahli mana-mana parti, termasuklah kawasan-kawasan yang dikatakan sebagai 'totok DAP/PH'.

Demografi penduduk adalah faktor penting bagi mencongak siapakah mampu memenangi sesebuah pilihan raya, termasuklah pilihan raya PBT. Berikut merupakan PBT yang pasti dikuasai secara langsung atau tidak langsung oleh DAP jika sistem ini berjaya dilaksanakan (menurut data bancian terkini):

1. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur
Datuk Bandar (kini): Norhisham Ahmad Dahlan
Jumlah penduduk: 1,588,750
Peratusan penduduk bumiputera: 45.9%

2. Majlis Bandar Raya Ipoh
Yang Dipertua (kini): Ahmad Suaidi Abdul Rahim
Jumlah penduduk: 657,892
Peratusan penduduk bumiputera: 39.8%

3. Majlis Bandar Raya Petaling Jaya
Yang Dipertua (kini): Mohd Sayuthi Bakar
Jumlah penduduk: 613,977
Peratusan penduduk bumiputera: 46.2%

4. Majlis Banda Raya Iskandar Puteri
Yang Dipertua (kini): Salehuddin Hassan
Jumlah penduduk: 529,074
Peratusan penduduk bumiputera: 38.8%

5. Majlis Perbandaran Kluang
Yang Dipertua (kini): Mohd Rafi Abdullah
Jumlah penduduk: 167,833
Peratusan penduduk bumiputera: 47.1%

6. Majlis Bandar Raya Pulau Pinang
Yang Dipertua (kini): Yew Tung Seang
Jumlah penduduk: 708,127
Peratusan penduduk bumiputera: 33.7%

7. Majlis Perbandaran Teluk Intan
Yang Dipertua (kini): Azizan Abd Muin
Jumlah penduduk: 128,143
Peratusan penduduk bumiputera: 38.8%

8. Majlis Perbandaran Sibu
Yang Dipertua (kini): Tiong Thai King
Jumlah penduduk: 162,676
Peratusan penduduk bumiputera: 35.7%

9. Majlis Bandar Raya Kuching Selatan
Yang Dipertua (kini): James Chan Khay Syn
Jumlah penduduk: 159,490
Peratusan penduduk bumiputera: 36.4%

10. Majlis Perbandaran Subang Jaya

Yang Dipertua (kini): Noraini Roslan
Jumlah penduduk: 708,296
Peratusan penduduk bumiputera: 42.3%

Timbul persoalannya di sini, adakah kita reda dengan langkah halus menggantikan ketua-ketua PBT kepada ahli politik terutamanya dari DAP? Dan apakah jaminan PBT yang dikuasai oleh mereka ini tidak akan bertindak sewenang-wenangnya terutamanya dalam isu-isu maksiat dan yang menyentuh sensitiviti masyarakat? Kita semua kenal bahawa DAP memang terkenal dengan provokasi yang berkaitan dengan sensitiviti masyarakat.

Adakah kita reda jika penjawat-penjawat awam yang berkelayakan ini akhirnya digantikan dengan ahli-ahli politik yang kebanyakannya tidak ada kelayakan dari segi pendidikan dan pengalaman pun.

Melihat kepada sejarah dan rekod DAP dalam pilihan-pilihan raya yang terdahulu, DAP memang mendapat sokongan yang kuat dan telah menang selama berpenggal-penggal di hampir semua kawasan tersebut. Pastinya kerusi DUN dan parlimen sahaja tidak cukup. Mereka rakus dan tamak, sentiasa mahukan lagi dan lagi.

Peranan dan bidang kuasa PBT juga adalah besar dan penting yang tidak ada pada wakil-wakil rakyat seperti kuasa memberikan lesen perniagaan dan sebagainya. Pastinya DAP mahukan kuasa-kuasa tersebut.

Ini belum lagi diambil kira PBT di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh parti komponen Pakatan Harapan yang lain, yang mempunyai majoriti tipis penduduk bumiputera kerana pasti ada 'bahagian' atau 'habuan' yang tertentu buat 'abang besar' iaitu DAP.

AMINUDDIN YAHAYA
presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/12/jangan-pandang-remeh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Anggap Remeh Peran Juru Ukur

Jangan Anggap Remeh Peran Juru Ukur

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 297 hits
Apa sajakah peran dan tanggung jawab seorang juru ukur Mereka membantu tugas dan fungsi Kepala Teknik Tambang dalam melaksanakan kewajibannya sesuai ketentuan dan peraturan
Jangan Rompak Duit Hantaran Lelaki Ini 11 Pesanan Buat Bakal Pengantin Dan Mentua

Jangan Rompak Duit Hantaran Lelaki Ini 11 Pesanan Buat Bakal Pengantin Dan Mentua

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 372 hits
Bukan senang untuk mengumpul wang di zaman kegawatan ekonomi ini Berapa ramai orang yang melakukan dua tiga pekerjaan untuk menampung hidup terutamanya bagi mereka yang tinggal di tengah bandar Inilah yang dihadapi oleh bakal pengantin khus...
Menkominfo Johnny Plate Minta Media Jangan Hanya Beritakan Yang Benar Tapi Tidak Baik

Menkominfo Johnny Plate Minta Media Jangan Hanya Beritakan Yang Benar Tapi Tidak Baik

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 225 hits
Menteri Komunikasi dan Informatika Johnny Gerrard Plate ingin media mentransformasikan informasi atau berita dengan baik Menurut Johnny media tidak cukup bila hanya menyajikan berita yang benar Tapi juga harus bermanfaat
Hai Anak Jangan Derhaka Kepada Ibumu

Hai Anak Jangan Derhaka Kepada Ibumu

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 343 hits
SOALAN Apakah hukum jika anak anak tidak ingin menjaga ibunya dan menunding jari kepada anak saudara untuk menjaga ibu mereka Adakah patut mereka berbuat sedemikian Dan apakah solusinya Kerana sekarang anak anak kepada nenek saya masing mas...
2020 Jangan Terlalu Main Politik

2020 Jangan Terlalu Main Politik

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 247 hits
Semua ahli politik dinegara ini digesa supaya fokus kepada agenda kemakmuran rakyat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata tempoh berpolitik sudah berlalu selepas berakhir Pil...
Jangan Tanya Tak Mahu Ada Kaitan Lagi Dengan Zara Zya

Jangan Tanya Tak Mahu Ada Kaitan Lagi Dengan Zara Zya

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 477 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai mengenai khabar angin mengatakan punca keretakan hubungan pertunangan Zara Zya dan Hafrezz Adam kerana aktres itu dikatakan The post appeared first on
Sumpah Laknat Jangan Persenda Agama Patriot

Sumpah Laknat Jangan Persenda Agama Patriot

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 314 hits
Persatuan Patriot Kebangsaan mengecam bekas PM Najib Razak kerana mahu bersumpah laknat menafikan beliau terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji berkata dakwaan jenayah perlu dilaku...
Jangan Beri Alasan Turun Harga Makanan Daim

Jangan Beri Alasan Turun Harga Makanan Daim

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 300 hits
Bekas penasihat ekonomi negara Tun Daim Zainuddin menegur kerajaan agar segera mencari jalan menurunkan harga makanan dan tidak memberi pelbagai alasan ketika Pakatan Harapan akan memasukki tahun kedua pemerintahannya Tunjukkan hasilnya kat...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin