Jangan Paksa Dia Sikap Prihatin Yoo Jaesuk Buat Jun Somin Dalam Running Man Jadi Perhatian
Yoo Jae-suk ternyata merupakan orang yang sering menjaga rakan-rakan dan junior di bawahnya.
ARTIKEL BERKAITAN
"Okay Tak?" - Alami Gastroenteritis, Ramai Tersentuh Yoo Jaesuk Jaga Song Jihyo Dalam 'Running Man'
Terbaru dalam rancangan “Running Man”, pengacara popular di Korea itu membuktikan bahawa dia prihatin terhadap keadaan ahli di sekelilingnya.
Dalam satu misi, para ahli perlu memilih makanan namun ada antaranya yang diselit perasa capsaicin iaitu cili yang pedas. Untuk pusingan pertama, Jun So-min telah memilih sushi dengan perasa tersebut dan tidak mampu menahan kepedasannya.
Walau bagaimanpun, Ji Suk-jin mengusiknya,
Dengan mentaliti sebegitu, bagaimana awak nak bertahan dalam dunia yang susah ini.
Untuk makanan seterusnya, lelaki itu pula tersilap memilih telur stim dengan perasa pedas itu dan tidak dapat menahannya.
Kata Haha memulangkan paku buah keras,
Macam mana awak nak hadapi dunia ini dengan pemikiran sebegitu?
Selit Kim Jong-kook pula,
Kenapa awak cakap macam tu kat So-min tadi?
Ji Suk-jin yang tidak berpuas hati mula menyuap kesemua ahli lain makanan tersebut bagi membuktikan rasanya yang teruk. Sampai ke giliran Jun So-min, wanita itu menolak sekerasnya kerana rasa pedas yang belum hilang lagi sejak pusingan pertama.
Tegur Yoo Jae-suk,
Jangan paksa So-min. Jangan buat dia begitu, dia sedang sakit perut tu.
Ji Suk-jin bagaimanapun membawa ketawa apabila meminta penonton supaya tidak salah faham dan menyangka dia memaksa Jun So-min.
Usik ahli lain,
Dia tahu yang dia akan dikritik.
Yoo Jae-suk memang jaga kesemua adiknya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/jangan-paksa-dia-sikap-prihatin-yoo-jaesuk-buat-jun-somin-dalam-running-man-jadi-perhatian/