Jangan Mesej Cikgu Bila Anak Tertinggal Duit Ini Sebabnya


Kadang-kadang, bila anak tertinggal duit belanja atau bekal, ibu bapa cenderung panik dan terus cari jalan mudah mesej cikgu suruh pinjamkan duit atau belikan makanan.
Niatnya mungkin untuk memastikan anak tidak lapar, tapi tanpa sedar, kita sedang membentuk satu tabiat yang kurang baik. Anak jadi terlalu bergantung dan tak belajar dari kesilapan sendiri.
Perkongsian dari FB Dr. Kamilin Jamilin ini mengajak kita sebagai ibu bapa untuk berfikir semula tentang cara kita mendidik anak-anak supaya lebih bertanggungjawab dan berdikari dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.

Ini pandangan saya sebagai salah seorang ayah. Saya pun ada anak-anak yang tahun ni baru masuk darjah 1, abang dia darjah 4 dan yang sulung sudah tingkatan 3.
Kalau anak-anak tertinggal duit ke, bekal ke, jangan susahkan cikgu, atau mesej cikgu untuk pinjamkan dulu duit atau minta cikgu belikan makanan ke itu ini, melainkan memang kes-kes kecemasan macam anak ada gastrik ke dan seumpama.
Yang pertama, kita kena hormat cikgu sebagai guru yang mendidik anak-anak kita. Hormat kerjaya mereka dan hormat masa mereka. Mereka bukan pekerja kita atau khadam kita.
Mereka pun ada banyak tugas; mendidik, mengajar, tugasan pejabat dan macam-macam lagi. Bayangkan kalau ada 10 ibu bapa yang mesej cikgu suruh cikgu buat itu ini untuk anak-anak mereka.
Kedua, ajar anak-anak kita untuk perbaiki kesilapan dan uruskan diri sendiri.
Kalau mereka tertinggal duit atau bekal, ajar mereka akibatnya mereka akan berlapar, esok jangan tinggal lagi.
Kalau tertinggal buku atau tak buat kerja rumah, kena tanggung sendiri kalau cikgu denda, lain kali jangan buat lagi.
Kalau hilangkan barang kawan, bagi mereka tugas sapu sampah ke kemas rumah ke misalnya dan upah untuk gantikan balik, belajar untuk bertanggungjawab. Jangan ‘simply’ bagi duit yang buat mereka ambil mudah dan lepas tangan.
Kalau bergaduh kena rotan, biar mereka rasa sakit sebagai pengajaran.
Jangan sentiasa bersikap memenangkan anak kita. “Aku kenal anak aku!”, “Anak aku baik la kat rumah, aku tau siapa dia!”. Itu bukan sikap yang bagus. Itu narsisistik dan akan membentuk anak kita menjadi sedemikian rupa juga.
Jangan terlalu manjakan anak-anak dengan kesempurnaan. Ajar anak-anak untuk berdikari. Masalah hanya menjadi masalah kalau kita tak pandai selesaikan masalah. Suatu hari nanti kita semua akan buat silap, akan tersadung jatuh.
Itu lumrah kehidupan. Belajar untuk bangkit 1001 kali dan selesaikan masalah sendiri. Ibu bapa bukan penyelesai masalah, tapi sekadar pembimbing dan penunjuk jalan untuk terus melangkah.
Sekadar hiasan  
Anak-anak yang berjaya di masa depan adalah anak-anak yang mampu untuk membina diri mereka sendiri hasil kekuatan yang terbina daripada pengalaman jatuh bangun dan salah silap.
Ketika mereka kecil, kita sangka kita mampu untuk memilih atau buat segalanya untuk mereka, tapi apabila mereka semakin meningkat remaja dan dewasa, akhirnya mereka akan ada pilihan mereka sendiri dan pikul tanggungjawab sendiri.
Ketika itu, kita nak mereka tahu untuk buat pilihan yang sewajarnya dan bersedia menghadapi implikasi tindakan mereka…Sebab kita takkan selamanya berada di sisi mereka.
Sumber: FB Dr. Kamilin Jamilin
 
The post Jangan Mesej Cikgu Bila Anak Tertinggal Duit, Ini Sebabnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-mesej-cikgu-bila-anak-tertinggal-duit-ini-sebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Checklist Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak Jangan Ada Yang Tertinggal

Checklist Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak Jangan Ada Yang Tertinggal

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 107 hits
Tinggal beberapa hari sahaja lagi anak anak sekolah bakal memasuki sesi persekolahan baru pada tahun ini Persiapan akhir mama papa sudah lengkap Jika masih diperingkat awal apa kata buatkan check list ini supaya tidak ada barangan yang tert...
Cikgu Dedah Perangai Pelik Ibu Bila Anak Buka Sekolah Tak Sangka

Cikgu Dedah Perangai Pelik Ibu Bila Anak Buka Sekolah Tak Sangka

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 118 hits
Isu ibu bapa yang sering bertanya mengenai kerja rumah anak kini menjadi perbincangan hangat seolah olah mereka yang hadir ke sekolah menggantikan anak anak Begitulah luahan seorang guru yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai reaks...
Pesanan Guru Bersara Buat Ibu Bapa Jangan Biar Anak Hanyut Dalam Dunia Sendiri

Pesanan Guru Bersara Buat Ibu Bapa Jangan Biar Anak Hanyut Dalam Dunia Sendiri

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 131 hits
Pesanan guru bersara buat ibu bapa jangan biar anak hanyut dalam dunia sendiri Mendidik anak anak bukan sekadar memastikan mereka membesar dengan sihat dan cukup makan tetapi juga membentuk mereka menjadi individu yang berakhlak berilmu dan...
Cikgu Dipuji Guna Lagu Viral Ajar Anak Murid Berzikir Wajar Jadi Contoh

Cikgu Dipuji Guna Lagu Viral Ajar Anak Murid Berzikir Wajar Jadi Contoh

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 119 hits
Seorang guru yang juga merupakan seorang perunding pendidikan dan motivasi dipuji ramai kerana mengajar murid untuk berzikir dengan caranya tersendiri Menerusi video yang dikongsikan di TikTok mrherohebat pengguna atau guru yang dikenali se...
9 Anak Syarikat Kwsp Rugi 3 Tahun Berturut Don Wori Tuan Tuan Epf Ada Banyak Duit Lagi

9 Anak Syarikat Kwsp Rugi 3 Tahun Berturut Don Wori Tuan Tuan Epf Ada Banyak Duit Lagi

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 176 hits
9 anak syarikat KWSP rugi 3 tahun berturut24 Feb 2025KWSP menjadi pemegang saham tunggal lapan syarikat subsidiari dengan satu daripadanya baharu ditubuh pada 2021 dan masih belum jana pendapatan mencukupi PETALING JAYA Sembilan syarikat su...
Anak Syarikat Milik Penuh Dialog Group Hentikan Projek Asid Malik Di Kawasan Perindustrian Gebeng

Anak Syarikat Milik Penuh Dialog Group Hentikan Projek Asid Malik Di Kawasan Perindustrian Gebeng

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 138 hits
KUALA LUMPUR Anak syarikat milik penuh Dialog Group Bhd Dialog Malic Acid Sdn Bhd menghentikan projek asid maliknya di Gebeng Pahang dengan jumlah perbelanjaan modal yang ditanggung sehingga kini sebanyak RM90 7 juta dihapus kira pada suku ...
Selamat Rizky Febian Mahalini Dikaruniai Anak Pertama Namanya Panjang Banget

Selamat Rizky Febian Mahalini Dikaruniai Anak Pertama Namanya Panjang Banget

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 137 hits
Memiliki lima kosa kata kira kira apa ya arti dari nama bayi Rizky dan Mahalini
Anak Keduaku Sudah Berkahwin

Anak Keduaku Sudah Berkahwin

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 79 hits
Anak saya ada empat semuanya Pada 5 mei 2018 baru lepas Nurul Ashikin anak saya yang nombor dua selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Parhan Alhamdulillah tinggal 3 lagi masih bujang belum berpunya Semoga hubungan pasangan penganti...
Zaquan Adha Luah Rasa Rindu Dua Hari Yang Sangat Sunyi Tanpa Anak Syurga Daddy

Zaquan Adha Luah Rasa Rindu Dua Hari Yang Sangat Sunyi Tanpa Anak Syurga Daddy

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 164 hits
Bekas pemain bola sepak terkenal Zaquan Adha Abdul Radzak luah rasa rindu terhadap anak bongsunya Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia ketika tidur dua hari lalu Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zaquan di Insta Storynya dia ber...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Hiburan Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan