Jangan Marah Kalau Anak Suka Buka Peti Ais Ketahui Puncanya Sebelum Menghukum


“Aina…tutup peti ais tu. Kenapa asyik bukak je? Nanti habis rosak barang dalam tu!” Anak anda yang kecil ada tak buat tabiat ini? Dalam sehari asyik buka peti ais sahaja kerja mereka. Papa dan mama tentu naik rimas melihat tingkah laku tersebut. Memang kalau ada anak kecil yang sudah pandai ‘explore’ banyak benda, peti ais boleh jadi mimpi ngeri kepada ibu bapa.

Tetapi sebelum papa dan mama marah mereka cuba fahamkan dulu apa punca si kecil suka sangat ‘explore’ peti ais. Lepas dah tahu apa puncanya mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya.
Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan kanak-kanak kecil dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais. Ini antaranya:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi
Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan.
2. Menarik perhatiannya
Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya.
3. Kagum dengan pencapaian sendiri
Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari. Bertabahlah mama!

4. Cari makanan atau minuman kegemaran
Oh, mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh papa dan mama.
Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais.
5. Melatih kemahiran tangan
Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya.
6. Si kecil memang bijak
Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!
Jika anak anda sudah sampai peringkat tabiat ini, sentiasa utamakan keselamatan mereka terjamin. Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.
Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti ais. Jauhkan plug peti ais daripada jangkauan si kecil. Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti ais. Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti ais. The post Jangan Marah Kalau Anak Suka Buka Peti Ais! Ketahui Puncanya Sebelum Menghukum appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jangan-marah-kalau-anak-suka-buka-peti-ais-ketahui-puncanya-sebelum-menghukum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Banyak Ragam Tanda Mereka Stres Jangan Marah Tapi Faham Dulu Perasaannya

Anak Banyak Ragam Tanda Mereka Stres Jangan Marah Tapi Faham Dulu Perasaannya

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 507 hits
Membesarkan anak pada masa ini tidak semudah ketika kita sewaktu kecil dahulu Ini kerana terdapat pelbagai ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa Dengan kecanggihan teknologi dan sebagainya sedikit sebanyak mendatangkan tekanan ata...
Anak 3 Tahun Suka Mengamuk Ibu Bapa Dah Boleh Hukum Sebelum Hukum Lakukan Ini

Anak 3 Tahun Suka Mengamuk Ibu Bapa Dah Boleh Hukum Sebelum Hukum Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 465 hits
Macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu Sebagai ibu bapa tentu sekali kita akan jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk takde perubah...
Anak Cerdik Memang Suka Bermain Dan Aktif Beri Ruang Untuk Anak Explore Sepuasnya

Anak Cerdik Memang Suka Bermain Dan Aktif Beri Ruang Untuk Anak Explore Sepuasnya

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 300 hits
Biasa paling banyak rungutan dari ibu bapa adalah anak saya tak boleh duduk diam Asyik nak main dan sampai kemuncaknya ibu bapa pula yang hilang sabar Apa patut saya buat Bagi yang juga pakar kekeluargaan dan kasih sayang anak yang cerdik m...
Jangan Tangguh Jika Anak Demam Melebihi 38 Celcius Risau Jangkitan Influenza

Jangan Tangguh Jika Anak Demam Melebihi 38 Celcius Risau Jangkitan Influenza

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 446 hits
Influenza terbahagi kepada banyak jenis dan dikategorikan sebagai influenza A B dan C Virus jenis A adalah penyebab utama flu terhadap manusia dan haiwan Jenis B pula kurang biasa tetapi boleh menyebab kan penyakit yang menyerupai jenis A m...
Anak Lelaki Memang Macam Tu Jika Sayang Jangan Biar Lelaki Perempuan Didikannya Sama

Anak Lelaki Memang Macam Tu Jika Sayang Jangan Biar Lelaki Perempuan Didikannya Sama

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 460 hits
Tingkah laku agresif atau melawan anak lelaki seringkali disimplistikkan sebagai Boys will be boys atau anak lelaki memang macam itu Ungkapan sebegini tidak membantu untuk mengenalpasti punca sebenar seorang anak bertindak agresif Ia juga m...
Malang Suami Beristeri Hati Busuk Suka Membebel Dan Marah Sesuka Hati

Malang Suami Beristeri Hati Busuk Suka Membebel Dan Marah Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 810 hits
Bahana Isteri Hati Berkudis Berjalan nya sifat isteri si hati berkudis ini dgn sbb punca asas dari si suami yg jahil atau boleh dikatakan berasal dari sifat asal asli seorg wanita yg jauh dari pengajian agama maka terhasillah sifat2 seperti...
Ini 10 Matlamat Kewangan Anak Muda Patut Capai Sebelum Usia 30 Tahun Rileks Media

Ini 10 Matlamat Kewangan Anak Muda Patut Capai Sebelum Usia 30 Tahun Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 564 hits
Kalau betul nak berjaya dalam hidup sebagai anak muda ada baiknya fokus beberapa target kewangan ini terlebih dulu Jadi sebagai panduan stabilkan ekonomi anda boleh rujuk tip Amir Syahir yang mana sangat berguna untuk anak muda yang niat ad...
Hasto Gebrak Meja Sindir Prabowo Yang Suka Marah Marah

Hasto Gebrak Meja Sindir Prabowo Yang Suka Marah Marah

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 294 hits
Hasto Gebrak Meja Sindir Prabowo yang Suka Marah marah Dia mengaku memukul meja itu membuat tangannya sakit Dia pun menyindir meja itu jangan dibawa ke Hambalang yang merupakan tempat tinggal Prabowo Subianto
Depan Orang Ramai Terus Marah Menguatkan Sikap Keras Kepala Dan Memberontak Anak

Depan Orang Ramai Terus Marah Menguatkan Sikap Keras Kepala Dan Memberontak Anak

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 398 hits
Kadangkala tanpa sedar kita boleh marah anak depan orang ramai terutama bila mereka buat perangai yang sangat memalukan Tindakan spontan tersebut bertujuan untuk mendidik mereka supaya jangan mengulangi lagi kesalahan tersebut Selalunya lep...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia