Jangan Malu Diamkan Diri Selepas Ditipu Macau Scam Acryl Sani
Kumara Sabapatty                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Pegawai  Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Haryanti Che Mat menunjukan aplikasi  Semak Mule selepas Majlis Perasmian Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah  Komersil dan Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule di Dewan Sultan  Haji Ahmad Shah Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur. foto  ISKANDAR HAMDI             KUALA LUMPUR – “Tolong sentiasa ingat sebarang panggilan dari  polis, pegawai bank atau sebagainya hanyalah membabitkan panggilan  rasmi meminta temu janji anda ke premis atau balai polis sahaja.
“Sekiranya sesiapa yang menghubungi menerusi telefon dan menggelar  diri sebagai polis atau pegawai mana-mana institusi kewangan atau  mahkamah dan meminta anda nombor akaun dan memindahkan wang tunai kerana  bersangkut dengan kes waran tangkap, itu adalah penipuan Macau Scam  atau Akaun Mule (keldai akaun).”
Itu maklumat penting yang disampaikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Menurutnya, masyarakat tidak seharusnya panik apabila menerima  panggilan sebegitu dan terus menurut kehendak sindiket penipuan atas  talian tanpa berfikir dengan tenang.
“Panggilan telefon hanya digunakan oleh pihak berkuasa polis,  mahkamah, SPRM, Bank Negara atau seumpamanya untuk tujuan memanggil anda  hadir ke pejabat masing-masing.
“Tiada kes pegawai menelefon orang ramai dan mendakwa terlibat dalam  kes wang haram, kemalangan jalan raya atau kes penerimaan bungkusan  bahan mencurigakan dan minta nombor akaun bank, kata kunci, atau nombor  pin transaksi online (OTP) termasuk dalam telefon anda..
“Jika berdepan situasi sedemikian sila abaikan panggilan itu segera  dan jangan mengambil remeh dan sembunyi insiden itu kerana takut malu,”  katanya selepas menyempurnakan Majlis Seminar Pengukuhan Siasatan  Jenayah Komersial dan Portal serta Aplikasi Semak Mule (akaun keldai) di  Maktab PDRM Cheras hari ini.

Timbalan  Ketua Polis Negara, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani (dua kiri)  menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Perasmian Seminar Pengukuhan  Siasatan Jenayah Komersil dan Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule  di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur. foto ISKANDAR HAMDIUntuk rekod sepanjang tahun 2019, sebanyak 28,508 kes penipuan atas  talian dilaporkan membabitkan 18,130 akaun keldai dengan jumlah kerugian  RM2.477 bilion berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 23,788 kes  membabitkan 13,513 akaun keldai melibatkan kerugian berjumlah RM2.826  bilion.
Kebanyakan mangsa penipuan hanya sedar setelah mereka selesai  melakukan transaksi pembelian atau urusniaga e-dagang dalam talian tanpa  semakan rasmi terlebih dahulu akaun-akaun bank yang pernah dilaporkan  terbabit dalam kes penipuan atau sebaliknya disebabkan beban kos dan  masa perjalanan ke balai polis berhampiran.
Mengambil kira faktor berkenaan, katanya, JSJK Bukit Aman mengambil  inisiatif membangunkan aplikasi mudah alih Semak Mule yang dilancarkan  Januari 2019 yang memudahkan rakyat menyemak akaun bank atau nombor  telefon yang bersangkut dengan jenayah secara sahih mengelak terjebak  dalam sindiket itu semasa transaksi perbankan internet.
Sehingga kini sembilan juta pelawat mengakses portal selain 120,000  pengguna telah memuat turun aplikasi berkenaan dalam Google Play Store  dan ia dijangka terus meningkat selepas ini.
Ujar beliau mangsa yang terpedaya kebanyakannya berusia 50 tahun dan  ke atas sehingga kehilangan wang simpanan mereka hingga mencecah jutaan  ringgit.
Jelas lanjut, rakyat juga tidak seharusnya mendiamkan diri sekiranya tertipu dalam transaksi di talian e-dagang akaun keldai.
“Bukan sahaja kerugian ribuan dan juta ringgit, oleh kerana ada  kerugian yang kecil sekitar RM400 hingga RM800 juga terdapat sebilangan  besar mangsa tidak cenderung tampil melaporkan kepada polis sekaligus  menjadi kekangan untuk polis menjejaki akaun palsu sindiket penipuan.
“Sekiranya mangsa berfikiran demikian, polis tidak akan dapat  kemaskini nombor scammer atau akaun keldai yang disyaki melakukan  penipuan itu untuk tindakan tegas undang-undang apatah mereka akan  bertambah berani melakukan jenayah itu secara meluas dan membabitkan  lebih ramai mangsa,’ katanya.
Beliau juga menegaskan peruntukan hukuman dan denda untuk kesalahan  penipuan wang adalah tinggi dan memadai untuk menghukum sindiket scam  itu dan tidak memerlukan penambahan.
Menurutnya, sistem portal dan aplikasi Semak Mule (Keldai Akaun) PDRM  berkenaan terjamin selamat mengelak digodam sindiket atau scammer.
Beliau mengakui dunia globalisasi kemajuan digital atas talian  menyumbang kepada jenayah siber tanpa sempadan yang lebih sofistikasi  dan komplikasi menjadikan lebih mencabar berbanding jenayah  konvensional.
“Portal ini dikemaskini sejak Januari 2019 dengan segala maklumat mengenai nombor keldai akaun, penipuan scam siber.
“Sistem teknologi perkomputeran kami terletak dalam rnagka utama PDRM  dan bersiap sedia dengan langkah-langkah mencegah digodam individu  jenayah siber serta kita mampu mencegahnya,” tegasnya  lagi.-MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/jangan-malu-diamkan-diri-selepas-ditipu.html