Jangan Lupa Kebaikan Ketika Bersama


 Perkahwinan adalah satu institusi yang amat berharga dan ia memerlukan pengorbanan, keikhlasan, serta kesabaran daripada kedua-dua belah pihak.
 

Dalam perjalanan perkahwinan, tidak dinafikan wujud badai dan ombak yang kadangkala menguji kekuatan sesebuah hubungan dan setiap pasangan pasti pernah melalui cabaran itu.
 

Perceraian berlaku berpunca kegagalan suami isteri melayari kehidupan berumah tangga seperti mana diharapkan. Mereka tidak mampu untuk memenuhi kehendak pasangan masing-masing. Atau tidak lagi mampu bertahan untuk hidup bersama yang mungkin mendatangkan kesan yang lebih buruk jika perkahwinan itu diteruskan. 
 

Islam mengingatkan bahawa perceraian itu dibenarkan, tetapi ia adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah SWT dalam kalangan perkara yang halal.
 

Oleh itu, ia sewajarnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk memperbaiki keadaan telah dilakukan.
 

Namun, jika perceraian adalah jalan yang terbaik, lakukanlah dengan cara yang paling baik, menjaga maruah dan harga diri masing-masing.
 

Pasangan suami isteri yang telah bercerai ditegah mendedahkan aib bekas pasangan masing-masing. Tidak kisahlah sejahat mana atau sebesar mana kesalahan itu, perkara itu tidak sepatutnya didedahkan.
 

Ketika membuat keputusan berkahwin tentu sekali banyak perkara baik yang dilihat dimiliki bakal pasangan. Begitu juga sepanjang bergelar suami isteri, tentu sekali ada saat bahagia dan kebaikan yang dilakukankan oleh pasangan.
 

Jadi, jangan sama sekali menafikan kebaikan-kebaikan yang pernah dibuat satu sama lain ketika bersama.
 

Ada kaedah asas diajar oleh al-Quran melibatkan dua pihak yang pernah bersama sebagai pasangan suami isteri. Firman Allah SWT bermaksud: "Janganlah kamu lupakan kebaikan sesama kamu" (Surah al-Baqarah, ayat 237)
 

Sebarang aib dan kelemahan perlu disimpan kerana tiada seorang pun yang sunyi daripada aib dan kelemahan.
 

Malah perlu diingat, suami isteri yang baru bercerai masih dalam tempoh idah untuk bertenang dan muhasabah diri dan boleh sahaja kembali sebagai suami isteri pada bila-bila masa dengan lafaz rujuk oleh suami tanpa perlu akad nikah yang baru.
 

Selepas perceraian, setiap individu perlu memberi ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baharu dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam.
 

Ini kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan. Namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat.
 

Selain itu, sangat penting untuk sentiasa menjaga hati anak-anak yang mungkin menjadi mangsa dalam perpisahan ibu bapa. Jangan sekali-kali mencederakan emosi mereka kerana mereka juga mempunyai hak untuk merasai kasih sayang kedua-dua ibu bapa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2024/10/frg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Uli Cakoi Bersarang Jangan Lupa Buat Perkara Ini Ketika Digoreng

Rahsia Uli Cakoi Bersarang Jangan Lupa Buat Perkara Ini Ketika Digoreng

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 311 hits
Kuih Cakoi merupakan salah satu jenis hidangan yang sangat digemari dan terkenal dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia Selain dipanggil Cakoi oleh bangsa Melayu kuih ini juga cukup dikenali Di kalangan masyarakat Cina dengan nama You...
Tip Buat Acar Sayur Yang Sedap Jangan Letak Cuka Guna Air Lemon Jus Ini

Tip Buat Acar Sayur Yang Sedap Jangan Letak Cuka Guna Air Lemon Jus Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 486 hits
Bila buat nasi minyak nasi beriani atau nasi tomato hidangan acar sayur ini wajib ada Dah tentu kita mahu menikmati acar yang sedap Resipi perkongsian antara yang boleh dicuba Tidak menggunakan cuka sesuai yang mempunyai masalah gastrik dan...
Anak Selalu Lupa Coach Parenting Kongsi 5 Punca Memori Lemah

Anak Selalu Lupa Coach Parenting Kongsi 5 Punca Memori Lemah

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 214 hits
Mendidik anak menjadi seorang yang pintar dan cerdas adalah impian setiap ibu bapa Namun di zaman serba moden ini ia bukanlah satu tugas yang mudah Pelbagai cabaran perlu dihadapi termasuklah pengaruh persekitaran yang semakin mencabar Deng...
Kebaikan Halia Hingga Ke Akarnya

Kebaikan Halia Hingga Ke Akarnya

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 290 hits
Halia bukan hanya dikenali sebagai rempah ratus yang popular dalam masakan tapi juga mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan yang mungkin anda tidak sedari Mari kita teroka kebaikan halia hingga ke akarnya Sumber antioksidan yang kuat H...
The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Kebaikan Dan Dosa

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Kebaikan Dan Dosa

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 478 hits
The Colours of Life PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kebaikan dan Dosa Daripada an Nawwas bin Sim an al Ansari RA beliau berkata Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa Maka Rasulullah SAW bersabda Kebaikan adalah...
Bermain Sambil Belajar Dengan Permainan Online Games Kebaikan Dan Manfaat Untuk Anak Anak

Bermain Sambil Belajar Dengan Permainan Online Games Kebaikan Dan Manfaat Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 370 hits
nbsp BERMAIN SAMBIL BELAJAR DENGAN PERMAINAN ONLINE GAMES KEBAIKAN DAN MANFAAT UNTUK ANAK ANAK Zaman sekarang pembelajaran melalui permainan adalah konsep yang semakin popular dalam kalangan ibu bapa dan pendidik Dalam era digital ini pelba...
Jangan Terpengaruh Isu Akmal Teresa Ahli Parlimen Kluang Beritahu Pengundi Cina

Jangan Terpengaruh Isu Akmal Teresa Ahli Parlimen Kluang Beritahu Pengundi Cina

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 254 hits
Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi bersama petugas media pada majlis ramah mesra di The Kopi Factory Kluang KLUANG Seorang pemimpin DAP merayu pengundi Cina di Mahkota tidak terpengaruh dengan isu perbalahan antara Ketua Pemuda Umno Dr Akmal ...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers