Jangan Harap Aku Duduk Kat Bilik Tu Lagi


'Jangan harap aku duduk kat bilik tu lagi!'

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

Aku dan keluarga menetap di Gombak, memang dari kecil aku dibesarkan di perkarangan hutan. Jiran kami pula tinggal jauh 500 meter dari rumah kami. Biasanya, binatang liar ini sudah biasa jumpa, ular, lipan, ulat gonggok gergasi, beruk dan binatang yang pelik-pelik pun ada cuma jarang jumpa. Kebanyakkan binatang-binatang inilah yang kami selalu harus berjaga-jaga supaya kami selamat dari gigitan yang berbahaya

Nak dimulakan cerita, sebelum bulan puasa tahun lepas aku mengajak kawan-kawan aku datang ke rumah untuk berkhemah dan berseronok, biasalah orang muda. Menyanyi-nyanyi sambil diiringi bunyi gitar irama twist dan makan-makan BBQ. Mestilah, dah enjoy takkan tak lapar kot. Rumah aku ini pula bersebelahan dengan sungai Gombak, tapi pada masa itu musim kemarau, jadi air sungai pon surut macam air longkang mengalir je. Banyak ikan-ikan mati kelemasan, hahaha maksud aku lemas di udara

Kami semua berlima, masih lagi berseronok sampai 2 pagi. Salah seorang dari rakan kami ini memang budak acah-acah bandar sikit nama dia Faiz (bukan nama sebenar). Biasalah, dalam hutan perbuatan dan pertuturan kena jaga tapi yang dia ini mulut tak reti cover pergi cakap bukan-bukan kononnya tak percayalah hantu-hantu ini semua. Kau sabar jap!! 
Beberapa jam lepas itu, kami lepak dalam satu bilik berlima masing-masing buat aktiviti sendiri. Seorang main game, seorang main gitar ditonton oleh seorang lagi rakan, yang Faiz ini pula menyanyi dengan seronoknya. Faiz ini menghadap ke arah tingkap kaca. Bilik itu kecil je, bilik orang bujang. Aku duduk di depan pintu masuk sebab nak hirup angin segar sambil scroll phone

Tengah aku leka tengok phone, tiba-tiba Faiz ini tunjuk-tunjuk dekat tingkap di hadapan dia tu sambil tanya “Apa tu!?”. Tercampak gitar member sorang, dua lagi dah berpelukan. Aku yang baru perasan sebab leka sangat dengan phone tengok semua berpelukan sambil menjerit berulang kali macam nak kena tarik nyawa pula. 

Aku pandang apa yang ditunjuk-tunjukkan itu, tapi aku pandang kat tingkap lagi satu, cerita dia aku tak nampaklah makluk apa yang dia tunjuk itu. Dalam sangkaan aku, mereka ini nampak ular besar ke apa. Sebab memang banyak kali kes kat bilik aku ini ular melingkar kat tingkap ini. Aku peliklah kenapa nampak ular boleh terkaku diorang ini. Memang berlarilah aku, alang-alang dah dekat depan pintu. Panjang langkah aku buka

Faiz ini pula dah nampak aku cabut dia pun kejar aku. Tak sampai 5 meter aku lari, Faiz terkam aku sebab ketakutan dan kami berdua jatuh depan bilik itu. Faiz lagi menjerit sekuat-kuatnya, yang kesiannya aku masih lagi “blurr”. Aku tengok rakan aku lagi 3 orang masih lagi kaku berpelukan di dalam bilik itu. 
Tiba-tiba sense aku sampai aku berkata dalam hati “Ini bukan benda biasa yang diorang nampak, mesti hantuuuu”. Aku pun bangun balik tapi Faiz dah peluk aku kuat jadi aku tak boleh bergerak. Aku keraskan juga bangun berlari balik ke bilik dan peluk semua yang ada kat situ. Faiz terjatuh-jatuh berlari sampai luka kepala dan lutut, longlai agaknya kaki dia dah nampak benda itu. Baru aku tahu maksud lari tak cukup tanah, bila lari tu badan rasa terapung-apung macam tak cukup tanah nak pijak

Datanglah ayah aku dengan jiran-jiran dekat situ sebab dengar pekikan kami. Malunya, lima lelaki lima-lima tak ada telur hahaha. Aku lagilah tak nampak pun demam jadinya. Aku tanya apa yang mereka nampak, mereka nampak pocong tapi pocong tersebut tak lompat pon dia macam terbang rapat di tingkap perlahan je dari sudut pandangan tepi menuju ke bumbung bilik tingkat bawah. Untuk pergi ke arah bumbung bawah memang tak ada laluan pun dekat situ sebab jalan mati. Menurut mereka lagi pocong itu pendek je. Takut aku nak sambung lagi sebab kejadian itu berlaku di mana tempat aku tengah menulis cerita ni. Grrrrrr....

Belum habis lagi, esoknya selepas kes itu, aku tak duduk di bilik itu. Jangan harap!!! Tapi ayah aku ini berani orangnya, berimanlah sikit dari aku. Dia lagilah macam-macam jumpa semasa mula-mula nak naikkan rumah ini, sampai seminggu kena rasuk seorang-seorang pun pernah terjadi. Ayah aku pun beranikanlah diri untuk tidur di bilik aku supaya aku tak takut lagi bila bilik itu masih boleh dihuni. (Aku dah kat ketiak mak) anak manja mak hahahah

Nak dijadikan cerita, ayah aku dah tidur, tiba-tiba terdengar bunyi dengkuran seperti bunyi kucing berdengkur. Makin lama makin kuat sampai bunyinya betul-betul di telinga ayah aku, ayah aku pun buka mata ZUPPPP!!! Gelap tiba-tiba dan badannya tak boleh bergerak seperti dihempap sesuatu yang berat. Ketika itulah dia menjerit sekuat-kuat hati sampai tak ada suara. Tapi suara dia tak kedengaran langsung oleh kami satu keluarga

Hari kedua kami semua keluar sebab ada hal masing-masing. Ayah aku baru balik dari masjid, sampai je depan rumah, dia dengar bunyi riuh dalam bilik aku macam bunyi orang-orang sedang berpesta. Ayah aku masuk bilik aku itu terus hilang suara tadi. Dia pun buat tak tahu je. 
Hari ketiga selepas kejadian, kami panggil orang kampung dan orang masjid untuk adakan bacaan yassin, doa selamat dan solat jemaah, Kiayi dari Indonesia pun kami jemput sekali. Pada malam itu juga, berlaku sesuatu. Kami memang ada sediakan toilet di luar untuk para tetamu, teman baik kiayi itu selaku ustaz juga dikejar oleh lembaga hitam yang besar bermata merah dan dia menceritakan pada ayah aku. Kami bertekad untuk memagar rumah dengan ayat-ayat suci Al- Quran

Kami sekeluarga pelik, sekian lama kami tinggal aman je, tapi tiba-tiba musim kemarau tahun itu rumah kami diganggu mahluk halus selama 4 hari berturut. Selepas dipagar, Alhamdulillah tiada lagi bunyi pelik dan bunyi pesta muda mudi lagi di rumah aku. Aku difahamkan bahawa sungai atau benda yang berunsurkan aliran air adalah laluan jin dan syaitan. Mungkin ketika itu sungai Gombak terlampau kering jadi jin-jin itu tak boleh bergerak kemana-mana dan singgah di rumah aku. Tentang rakan-rakan aku yang nampak kelibat pocong itu tidak lagi ke rumah aku malah aku call pun tak pernah dapat

Pengajaran dalam cerita benar dari aku ini adalah jangan terlalu sombong dan bercakap besar, lebih-lebih lagi bila di tempat seperti hutan, sungai dan lembah atau di tempat orang. Sekali dia tunjuk lari kau!! Percayalah bahawa alam ghaib itu wujud, dalam Al-Quran juga telah menceritakan banyak tentang jin dan syaitan. Apabila kita menafikan Allah buktikan kepada kita kebenaran Al-Quran itu. Moga terhibur dengan cerita aku ini. Assalamualaikum kawan-kawan jangan lupa solat

Sumber: Namaku Rahsia
Hantarkan kisah seram anda ke emel [email protected]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2019/04/jangan-harap-aku-duduk-kat-bilik-tu-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Buat Camni Kat Ikea Netizen Kecam Tindakan Individu Buat Onar Dalam Ikea

Jangan Buat Camni Kat Ikea Netizen Kecam Tindakan Individu Buat Onar Dalam Ikea

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 1086 hits
Jangan buat camni kat IKEA Netizen kecam tindakan individu buat onar dalam IKEAViral di media sosial gambar seorang lelaki berusia lingkungan awal 20 an memanjat rak penyimpanan barangan di gudang IKEA cetus pelbagai reaksi netizen Menurut ...
Dia Sanggup Duduk Dan Bagi Makanan Dia Kat Mak Cik Gelandangan Tu Siap Tolong Ambilkan Ubat Sekali

Dia Sanggup Duduk Dan Bagi Makanan Dia Kat Mak Cik Gelandangan Tu Siap Tolong Ambilkan Ubat Sekali

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 320 hits
Dia Sanggup Duduk Dan Bagi Makanan Dia Kat Mak Cik Gelandangan Tu Siap Tolong Ambilkan Ubat Sekali Tidak cukup jika hanya memiliki wajah yang cantik atau tampan Tetapi keperibadian seseorang itu yang mencerminkan diri sebenar Jika sudah dib...
Tun M Harap Ph Menang Prk Rantau

Tun M Harap Ph Menang Prk Rantau

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 308 hits
Foto sumber internetSERI KEMBANGAN 13 April Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan Pakatan Harapan mampu memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau hari ini walaupun ia dilihat sukar Walaupun saingan seng...
Tok Mat Puas Hati Dr Streram Harap Hadiah Anniversary

Tok Mat Puas Hati Dr Streram Harap Hadiah Anniversary

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 339 hits
The ReporterTiba hari mengundi bagi PRK DUN Rantau di mana 14 pusat mengundi telah dibuka sejak jam 8 00 pagi tadi dan akan berakhir pada jam 5 30 petang nanti Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat tiba di sekolah SJK...
Teresa Kok Harap China Tingkat Pembelian Minyak Sawit

Teresa Kok Harap China Tingkat Pembelian Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 302 hits
Teresa Kok harap China tingkat pembelian minyak sawit Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 12 Apr 2019 8 30PM
Cuba Dapat Rawatan Pakar Kanser Uk Bapa Harap Ainul Mardhiah Kuat Dan Berpeluang Sembuh

Cuba Dapat Rawatan Pakar Kanser Uk Bapa Harap Ainul Mardhiah Kuat Dan Berpeluang Sembuh

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 466 hits
Sebelum ini kisah mengenai Ainul Mardhiah seorang bayi perempuan yang menghidap kanser pada mulut mengundang rasa simpati bagi sesiapa saja yang melihatnya Sejak kisahnya jadi viral seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang baik baik untuk ana...
Prabowo Menang Di Survei Indomatrik Bpn Harap Hasilnya Sama Pada 17 April

Prabowo Menang Di Survei Indomatrik Bpn Harap Hasilnya Sama Pada 17 April

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 215 hits
Sejumlah lembaga survei seperti LSI dan Indo Barometer merilis hasil survei terakhir di mana elektabilitas pasangan Jokowi Ma ruf jauh lebih tinggi dibandingkan Prabowo Sandi Namun hasilnya berkebalikan dengan hasil survei Indomatrik yang m...
Prk Rantau Saya Tidak Berapa Optimis Tapi Harap Kita Menang Tun M

Prk Rantau Saya Tidak Berapa Optimis Tapi Harap Kita Menang Tun M

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 330 hits
Astro Awani Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Gala ANSARA di Seri Kembangan malam ini Astro AWANI SERI KEMBANGAN Saya tidak berapa optimis tetapi saya harap kita menang Itu kata kata Tun Dr Mahathir Mohamad apa...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults