Jangan Hanya Pandai Berfatwa
Dalam perundangan, yang jadi isu tu 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 atau 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶?
Jenayah dan hukuman adalah dua perkara berasingan. Yang patut kita takutkan adalah bila perbuatan itu tak lagi dianggap 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵.
Bab hukuman itu soal yang berbeza.
Sekarang ni, mengikut perlembagaan, 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵? Cuba senaraikan kalau ada.
Hari ini, merompak masih lagi jenayah. Begitu juga merogol, membunuh, menipu (scam), rasuah, menipu timbangan dan banyak lagi.
Kesemua perbuatan ini salah di sisi Islam dan negara kita juga tak menghalalkannya. 𝗦𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺.
Tak setakat itu, perbuatan yang tak didapati bersalah menurut undang-undang persekutuan, seperti zina, masih lagi dianggap jenayah menurut undang-undang negeri.
𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻?
Soal hukuman tu soal lain. Yang kita perlu risau adalah jika perbuatan salah ini 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵. Itu baru mengundang murka Allah.
Contohnya macam 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗸𝗿𝗶𝗳 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵. Ataupun 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 wang derma diguna sebagai 𝗺𝗼𝗱𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻.
Jika itu berlaku, maka rakyat tak boleh berdiam diri. Kerana 𝗵𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗰𝗮𝗯𝘂𝗹𝗶. Tapi selagi itu tak berlaku, tiada apa yang nak dibimbangkan sangat. Tak perlu sampai nak kata 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺.
Ini bukan masalah liberal. Ayat soal 𝗽𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝘀𝗲𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮 berapa kali disebut di dalam al-Quran? Jauh lebih banyak ayat yang 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗻𝘁𝘂𝗵 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗺𝘂𝗹𝗶𝗮.
Hadi sepatutnya bimbang dengan keruntuhan akhlak muslim hari ini bila 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗮𝗱𝘂-𝗱𝗼𝗺𝗯𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 dikira normal malah menjadi senjata politik termasuk di kalangan agamawan sendiri.
Lebih menakutkan apabila 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳 tidak lagi dianggap salah, seakan ianya bukan lagi satu dosa lalu dibiarkan berleluasa.
Sebenarnya 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 dengan perlembagaan kita. 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵. Dan ia terjadi disebabkan oleh sebahagian daripada golongan yang gelarkan diri mereka ulama lebih banyak berpolitik daripada melakukan Islah.
Paling menakutkan apabila 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗮𝗹𝗮𝘁 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 untuk mendapatkan kuasa itu lebih jelas dimurkai oleh Allah.
Seorang ulama yang sebenar, akan lebih risaukan zina berleluasa 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗻𝘇𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝘁, kerana itu tandanya dakwah tak berkesan.
Nabi ﷺ mengajar kita, lebih baik tersilap 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 daripada tersilap 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/02/jaangan-hanya-pandai-berfatwa.html