Jangan Give Up Nak Glowing Semasa Hamil Ini Rahsia Ramai Yang Tak Tahu
Stretch mark tu bukan dosa besar pun tapi kalau boleh elak, siapa tak nak kan? Garis halus yang tiba-tiba muncul kat perut, peha, atau punggung masa bayi tengah membesar tu kadang buat kita rasa down. No worries mama! Jom try 5 tip mudah ni, confirm kulit kekal anjal dan glowing sepanjang 9 bulan yang penuh magik ni!
1. Pelembap Tu Kena Jadi BFF!
Mula amalkan dari trimester pertama lagi, jangan tunggu perut dah besar baru nak cari losen. Pilih yang kaya dengan vitamin E, shea butter, atau cocoa butter. Lepas mandi, sapu terus kat kawasan ‘hotspot’ macam perut, dada, peha & punggung. Antara bahan semula jadi yang boleh mama gunakan untuk dioleskan pada selulit adalah seperti:
MINYAK ZAITUN
Gunakan minyak zaitun asli yang diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E di dalamnya. Lumurkan sedikit pada tangan dan urutkan pada kawasan bermasalah, amalkan sebelum tidur kerana vitamin dan khasiatnya dapat diserap pada waktu malam
MINYAK KELAPA DARA
Selain minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa dara atau minyak vitamin E yang bersesuaian dengan anda. Kalau nak guna minyak aromaterapi dengan haruman lavender, sitrus dan eucalyptus yang mempunyai khasiat tersendiri dalam membantu memulihkan kulit
ALOE VERA
Aloe vera mempunyai ciri khusus untuk merawat dan memperbaiki kulit kita. Sebab itulah apabila seseorang mengalami luka atau kegatalan, penggunaan aloe vera amat disyorkan
Sapukan aloe vera pada bahagian yang terdapat stretch mark. Biarkan seketika lebih kurang 15-20 minit sebelum dibilas bersih
SKRUB KOPI
Buat skrub kopi dengan mencampurkan ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula, dan 3 sudu minyak kelapa atau minyak zaitun sehingga menjadi pes. Lumurkan dan urut pada tempat bermasalah kemudian balut dengan plastik jernih. Bau kopi memberi ketenangan dan dapat mengurut dapat melancarkan peredaran darah pada kulit
2. Minum Air Cukup!
Minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kulit yang cukup air membantu untuk kulit lebih sihat dan tak mudah ‘koyak’ bila perut mula membulat. Bonus: Kurang sembelit dan badan pun rasa ringan je!
Kalau mama tak berapa pasti cara betul untuk kira waktu subur, tonton video ini:
3. Makan Macam Nak Kulit Flawless!
Nak kulit cantik, kena makan banyak buah-buahan dan sayur. Fokus pada makanan kaya antioksidan, vitamin C & kolagen seperti:
Buah sitrus (oren, lemon)
Avokado
Kekacang (badam, walnut)
Ikan salmon
4. Gatal? Jangan Garu, Sis!
Bila kulit makin tegang, memang rasa nak garu tu tinggi. Tahan okay! Bila menggaru boleh rosakkan kulit. Guna gel aloe vera atau minyak kelapa untuk lega dan tenangkan rasa gatal tu.
5. Berat Badan, Jangan Naik Ikut Nafsu!
Bukan tak boleh makan, tapi kena berpada-pada. Bila berat naik terlalu cepat menyebabkan risiko berlakunya stretch mark lebih tinggi.
Kesimpulan
Stretch mark tu tanda pengorbanan seorang ibu, tapi tak salah kalau kita usaha untuk jaga kulit dari awal. Bila kulit sihat, kita pun rasa lebih yakin, glowing, dan gembira! Semua wanita hamil cantik, biarpun berlaku banyak perubahan fizikal.
Rujukan:NHS UK – Skincare During Pregnancy, CDC – Weight Gain During Pregnancy, Mayo Clinic – Pregnancy Nutrition,
The post Jangan Give Up Nak “Glowing” Semasa Hamil, Ini Rahsia Ramai Yang Tak Tahu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tips-elak-stretch-mark-kekal-glowing-sepanjang-hamil/