Jangan Galakkan Anak Menantu Perempuan Tinggal Bersama Anda Biar Mereka Menyewa Sendiri


Perjalanan dalam mengharungi sesebuah rumah tangga bukanlah sesuatu perkara yang mudah, senang tetapi ia memerlukan tanggungjawab bersama untuk mengharunginya. Tidak mungkin bahtera rumah tangga berjaya tanpa usaha dari kedua-dua pihak.
Sedikit perkongsian daripada Norhayati Abu Bakar tentang alam perkahwinan yang boleh dijadikan panduan buat semua.

Masih terkejut dengan kenyataan bahawa ‘motherboard’ komputer tidak dapat diselamatkan sehingga saya lupa mengucap selamat ulang tahun perkahwinan Syamil Muhammad dan Nurul Ain Zakaria.
Semalam saya ke kedai bersama suami kebetulan terjumpa dulang kecil berlatar belakang Republic Checz, saya tunjukkan kepada suami.
‘Nak buat apa?’
‘Hadiah kat Ain, tapi birthday dia lambat lagi’ (memang tak ingat langsung hari anniversary mereka, sedangkan malam sebelumnya suami sudah maklumkan sebab ada ingatan dari aplikasi di fonnya)
Akhirnya dulang kecil itu saya letak kembali.
Bulan Ogos banyak mencatat sejarah besar dalam keluarga. Beberapa ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan juga.
Sedar tak sedar sudah tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Kata para kaunselor 10 tahun pertama adalah tempoh perkenalan, mencari titik kesamaan dan penuh dengan cabaran.
Tidak mustahil ada pasangan yang berpisah seawal enam bulan berkahwin. Di suatu masa terdengar perbualan suami dengan seorang jurugambar professional.
‘Oh! saya dah tak ambil gambar perkahwinan. Kos tinggi sebab saya memang akan edit bagi betul betul cantik. Kadang ambik masa berbulan juga tengok kalau banyak jobs. Sedihnya bila setelah bersengkang mata berbulan siapkan, pelanggan tak nak ambik album dan langsaikan baki. Alasan? Kami dah bercerai. Masyaalah tepuk dahi saya’
Menyaksikan fasa perkahwinan anak anak sudah pasti ada masa kami turut tidak lena malam dan bangun membuat solat hajat muga Allah limpahkan kesabaran dan kasih sayang dalam rumahtangga mereka.
Meski kami tidak suka campurtangan urusan rumahtangga anak anak tetapi sesekali kena juga pengadil turun ke padang. Menegur dan mencadangkan solusi. Malah pernah juga pasrah menyerah kepada Allah apa sahaja jalan keluar yang dirasakan baik untuk keluar dari kemelut yang melanda.
Berkahwin bukan sekadar menghalalkan hubungan tetapi lebih jauh dari itu. Mencari keserasian, melengkap kekurangan, menerima buruk dan baik pasangan juga bersusah senang bersama. Hasrat setiap pasangan tentu mahu bercinta hingga ke syurga.
Untuk mencapai bahagia juga perlu ilmu. Baca, dengar dan lihat contoh hidup. Paling penting masing masing tahu hak yang perlu ditunaikan. Betapa cekap sekalipun tahap keupayaan isteri mengurus hal rumahtangga dan kehidupan suami tidak sesekali boleh lepas tangan. Berkahwin untuk mengambil tanggungjawab dan memberi kebahagian. Bukan mengambil kesempatan
Saya pernah berbincang dengan suami tentang saudara mara yang berkahwin berkali kali dan membesar anak tiri bersama. Jelas suami, orang dulu dulu tidak ada kemampuan kewangan. Jadi bila suami mati atau dicerai keluarga akan berusaha mencari jodoh baharu supaya kehidupan isteri dan anak anak terjamin. Istilah kahwin salin tikar, kahwin sepupu dan kahwin dua tiga kali itu perkara biasa dalam masyarakat ketika itu.
Zaman sekarang wanita sudah punya kemampuan kewangan yang kukuh dan mereka tidak perlu mengharap suami menyara kehidupan. Maka keperluan mencari suami baharu dan mungkin trauma dari perkahwinan lepas membuat mereka tidak tergesa berkahwin lagi. Ada yang menunggu anak anak dewasa, berkahwin baharu mereka memikir tentang diri mereka. Mungkin untuk mengisi kesepian.
Ya! Setiap rumahtangga adalah satu pelayaran yang panjang. Ada yang mampu menentang arus dan badai, ada juga yang belum apa apa sudah terhempas menghempap batu karang.
Semalam saya terima pesanan dari seorang teman. Sesuatu yang baik juga untuk dikongsi. Penulis asal tidak pula dinyatakan tetapi yang baik itu kita tetap terima sebagai panduan. Muga ada manfaatnya.
*9 Nasihat Terbaik Dari Seorang Hakim Yang Mengendalikan Satu Kes Kekeluargaan di Mahkamah Syariah*
1. Jangan galakkan anak dan menantu perempuan anda tinggal bersama anda.
Sebaiknya, minta mereka berpindah walau pun terpaksa menyewa rumah. Lebih jauh lebih baik. Ini bertujuan untuk menjaga perhubungan yang lebih baik di masa hadapan.
(ini yang kami amalkan kata orang dekat bau tahi jauh bau bunga)
2. Layani menantu perempuan anda seperti menantu, bukannya seperti anak perempuan anda.
Anak lelaki anda sentiasa menjadi anak anda. Tetapi, jika anda melayan menantu perempuan seperti anak apatah lagi jika anda pernah memarahinya maka menantu anda akan ingat sehingga mati. Dalam kehidupan dia selama ini, hanya ibu dan bapanya sahaja yang layak memarahinya.
(Betul tu, walau betapa ikhlas menerima mak mertua, hati tetap akan terasa. Dan layan menantu sama rata supaya tak nampak ada diskriminasi. Kadang kita tak sedar, pasangan kena tegur ni)
3. Apa saja karakter atau tabiat yang menantu anda ada bukanlah masalah anda.
Itu adalah tanggunjawab anak anda untuk memperbetulkan apa yang tidak betul.
(boleh bercakap baik baik dengan anak, minta mereka menegur pasangan tetapi jangan bagitau mak suruh bagi tahu, pandai pandailah cipta ruang dan cara bak kata orang bagai menarik rambut dalam tepung)
4. Jangan sesekali basuh pakaian, memasak dan menjaga cucu anda melainkan diminta oleh mereka.
(sesekali okaylah supaya mereka tidak pula rasa selesa dan ambil kesempatan di atas kerajinan anda).
Akan tetapi jangan mengharap balasan di masa mendatang. Usah terlalu risau dengan kemampuan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut dilakukan.
5. Berpura-pura menjadi bisu dan pekak apabila mendengar anak dan menantu anak bergaduh.
(ini betul kalau mereka tak bercerita atau bertanya pandangan jangan sibuk sibuk bertanya)
Jangan masuk campur. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Mereka tidak gemar orang lain ikut campur.
6. Cucu anda adalah hak mutlak ibu dan bapa mereka.
(betul tu jangan atur hidup anak anak. Biar mereka urus anak mereka. Tolong sekali sekala bolehlah)
Bagaimana mereka ingin membesarkan cucu anda terpulang kepada mereka. Baik atau buruk itu urusan mereka.
7. Menantu anda tidak perlu respek dan melayan anda.
(pemilihan menantu juga penting supaya ada keserasian dari awal, jika bukan menantu pilihan kena belajar menerima hakikat menantu sudah bantu mengambil alih sebahagian tugas anda)
Itu adalah tugas anak lelaki anda. Anda sepatutnya sudah memberi didikan terbaik dan anak anda mampu mengajar isterinya untuk menghormati anda.
8. Buat perancangan awal sebelum anda bersara.
(betul sangat. Rancang apa mahu dibuat supaya dapat mengisi hari tua dengan apa yang selama ini tidak mampu dibuat. Lebihkan masa memupuk kasih sayang dengan pasangan bukan dengan cucu cucu)
Jangan harapkan anak anda. Anda telah pun berjalan jauh dalam kehidupan dan masih banyak lagi yang boleh dipelajari. Seperti kata pepatah Inggeris, “It is your own interest that you enjoy your retirement years. Better if you could utilise & enjoy everything that you had saved before you die. Don’t let your wealth become worthless to you.”
9. Cucu bukan milik anda.
Mereka adalah hadiah dari Tuhan kepada anak dan menantu anda.
(sangat setuju)
Pesanan di atas bukan hanya untuk anda. Kongsikan pada sahabat, pakcik, makcik, keluarga mertua, suami atau isteri anda supaya anda boleh mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.
Wallahualam…
*Selamat ulangtahun perkahwinan Syamil dan Ain. Sama sama pikul amanah beri didikan agama, akhlak, adab dan ilmu terbaik untuk dua amanah itu. Semuga Allah merahmati*.
Kredit: Norhayati Abu Bakar
The post Jangan Galakkan Anak & Menantu Perempuan Tinggal Bersama Anda. Biar Mereka Menyewa Sendiri! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-galakkan-anak-menantu-perempuan-tinggal-bersama-anda-biar-mereka-menyewa-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Paksa Tali Pusat Anak Untuk Tanggal Cepat Sabar Tali Pusat Tu Akan Luruh Sendiri

Jangan Paksa Tali Pusat Anak Untuk Tanggal Cepat Sabar Tali Pusat Tu Akan Luruh Sendiri

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 435 hits
Ibu bapa perlu tahu cara yang betul ketika menjaga tali pusat anak sebelum tertanggal Penjagaan yang betul amat penting untuk mengelakkan tali pusat anak terkena jangkitan kuman Doktor Taufiq Razif berkongsi tentang cara cara menjaga saki b...
Kisah Keluarga Mentua Kecewa Dengan Anak Sendiri Beri Sokongan Pada Menantu Di Mahkamah Syariah

Kisah Keluarga Mentua Kecewa Dengan Anak Sendiri Beri Sokongan Pada Menantu Di Mahkamah Syariah

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 314 hits
Mungkin susah untuk dapatkan keluarga mentua yang memahami isi hati menantu tak kira lelaki atau wanita Ya keluarga mana yang tak menyokong anak kandung sendiri bukan Anak bukan sahaja penyeri dan simbol kasih sayang suami isteri bahkan ase...
10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka

10 Wajah Anak Selebriti Sebijik Ikut Muka Ibu Bapa Mereka

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 302 hits
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi memanglah wajah anak sama ada akan iras ibu atau ayah bukan Begitulah fungsi DNA Tapi kalau dah macam pelanduk dua serupa memang menakjubkan Lagi lagi apabila kita tengok rata anak selebriti pujaan...
Fitrah Anak Anak Itu Suci Tapi Dewasalah Yang Jadikan Mereka Makcik Bawang Farah Lee Tegur Sikap Suka Menilai

Fitrah Anak Anak Itu Suci Tapi Dewasalah Yang Jadikan Mereka Makcik Bawang Farah Lee Tegur Sikap Suka Menilai

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 310 hits
Fitrah anak anak memang suci tapi kitalah yang dewasa membentuk mereka menjadi seperti kebanyakkan orang dewasa pada hari ini Sikap suka menilai dan menghukum dengan penampilan luaran membuatkan anak anak mudah cenderung untuk melabel dan m...
Saya Cemburu Seronok Lihat Rakan Sudah Ada Anak Kim Jongkook Luah Keinginan Mahu Anak Sendiri

Saya Cemburu Seronok Lihat Rakan Sudah Ada Anak Kim Jongkook Luah Keinginan Mahu Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 310 hits
Meskipun sudah menginjak usia 44 tahun tetapi Kim Jong kook masih belum lagi berjumpa dengan calon yang sesuai untuk menamatkan zaman bujangnya Tetapi menerusi interaksinya bersama rakan lain yang sudah berkahwin ternyata lelaki itu seperti...
Selama Ini Kita Diatur Sampai Susah Cari Uang Tapi Mereka Sendiri Joget Joget Tak Pakai Masker

Selama Ini Kita Diatur Sampai Susah Cari Uang Tapi Mereka Sendiri Joget Joget Tak Pakai Masker

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 240 hits
Sejumlah warga yang berdagang di Pasar Mardika Ambon Maluku mengaku geram dengan sikap yang ditunjukan sejumlah pejabat saat perayaan HUT ke 75 Provinsi Maluku Pasalnya dalam perayaan di Kantor DPRD Maluku tersebut mereka terlihat berjoget ...
Foto Imbasan Anak Kembar Lelaki Perempuan Angkasawan Negara

Foto Imbasan Anak Kembar Lelaki Perempuan Angkasawan Negara

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 585 hits
Pic Antenatal Scan today Alhamdulillah it s a pair A Boy and A girl Truly excited Dr Halina is 22 weeks pregnant now source
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya