Jangan Dok Main Dua Kolam Tangisan Air Mata Buaya


 
Tangisan penyatuan di PWTC masih segar dalam ingatan, Umno ingatkan PasJanuary 8, 2021 Susulan hubungan antara Bersatu dan Umno yang dikatakan tegang, beberapa pemimpin parti itu berharap rakan sekutu mereka, PAS tegas pendirian menyatakan sokongan.
PAS perlu memutuskan untuk kekal sebagai rakan komponen Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu atau mempertahankan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama Umno.
“Saya berharap PAS boleh lebih tegas dengan pendirian mereka melihat kepada persefahaman antara Bersatu dan Umno,” kata Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub secara ringkas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Senada dengan Jazlan, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Razlan Rafii juga percaya akar umbi PAS masih mahu berjuang bersama partinya.
“Saya percaya akar umbi PAS juga mahukan Umno terus bersama mencipta kemenangan seperti yang diidamkan semasa kami sama-sama jadi pembangkang.
“Kita merayu demi kesatuan penyatuan ummah kepada PAS agar kekalkan MN dan kita sama-sama masuk pilihan raya umum (PRU) demi kesatuan yang jitu,” katanya.
Tambah Razlan, dia juga berharap PAS masih mengingati peristiwa penyatuan kedua-dua parti itu melalui piagam MN.
“Tangisan penyatuan di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) masih segar dalam ingatan setiap orang Melayu. Mereka suka dan gembira dengan kesatuan ini.
“Bukan datang bergolek, ia bermula di atas pentas ceramah penyatuan ummah, pemimpin Umno naik pentas, mohon maaf kepada ahli PAS, dan pemimpin PAS naik pentas memohon maaf terhadap ahli Umno, terlerai sudah amarah dan kecil hati antara PAS dan Umno.
“Itu bezanya perkahwinan PAS dan Umno sekiranya hendak dibandingkan dengan madu kita iaitu Bersatu,” tambahnya.
Selain itu, Anggota Parlimen Arau dari Umno, Shahidan Kassim pula menyifatkan PAS mempunyai kelebihan sekiranya kekal bersama Umno.
Kalau Bersatu nak kawan elok-elok, ikhlas.
“Tidak, kalau PAS pergi dengan Bersatu tanpa Umno dia yang ada kerusi kurang dari 18 mungkin tinggal sembilan tetapi kalau pergi dengan Umno PAS dapat 26 kerusi (untuk PRU akan datang),” katanya.
Masih berharap partinya bersama Bersatu mencapai kata sepakat, Shahidan juga menambah, hal itu akan dapat memajukan pentadbiran negara.
“Kalau Bersatu mahu kawan dengan kita elok-elok secara ikhlas, semua parti Melayu ini boleh tadbir negara dan kita akan dapat sokongan dua pertiga majoriti,” katanya lagi.
Untuk rekod, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, Bersatu membentuk kerajaan baru melalui kerjasama longgar dengan beberapa parti lain termasuk Umno dan BN.
Ia kemudian menyaksikan munculnya PN yang disertai PAS sebagai salah satu parti komponen manakala Umno dan BN kekal berada di luar gabungan tersebut.
Hal itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin Umno yang menyuarakan hal itu sama ada secara terbuka atau berkias, kerana PAS dan Umno sendiri sudah memeterai perjanjian persefahaman melalui MN.
Malah, pergeseran antara Bersatu dan Umno kian ketara selepas terdapat beberapa cubaan Umno untuk merebut kembali kerusi tradisi yang ditandingi mereka namun kini dimiliki oleh Bersatu.
Bukan cuma itu, perselisihan Umno dan Bersatu dikeruhkan lagi susulan dakwaan Bersatu yang galak ‘mencuri’ dan membeli ahli Umno.
Ekoran itu, semalam, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan presidennya Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam perhimpunan agung Umno, yang dijadual 31 Januari ini.
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan (gambar, bawah) berkata, MT mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan usul yang dikemukakan oleh 189 daripada 191 bahagian parti, yang dikatakan menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu.
Sementara itu, Bersatu dalam satu mesyuarat majlis pimpinan tertingginya semalam, pula menegaskan agar semua pihak yang terlibat dalam PN menunjukkan sikap sebaliknya dan beranggapan mengadakan PRU pada masa terdekat bukan satu langkah baik.
Terbaru, PAS pula berkata, pihaknya enggan terlibat dalam perselisihan antara rakan sekutu dan sebaliknya menyeru mereka saling berlapang dada.
Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya percaya hanya perpaduan yang utuh dapat membawa kepada pembangunan negara yang bersatu padu.
PAS perlu buat keputusan selamat dan bijak
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, dia yakin PAS tidak akan meninggalkan kerajaan PN, sejurus meletakkan jurang kerjasama dengan Bersatu.
“Saya yakin PAS tidak akan memilih jalan begitu kerana ia akan memberi kesan kepada parti itu juga. Jadi PAS juga kin sedang bertindak dengan selamat,” katanya.
Tambahnya, Bersatu tidak menghalang mana-mana rakan komponen PN untuk bekerjasama dengan pihak lain, namun akui partinya akan terkesan sekiranya PAS bertindak meneruskan gagasan bersama MN.
“Kita tidak pernah beri kata dua kepada PAS tetapi kita harap PAS wajar lihat dari sudut mana pihak yang lebih mudah dipercayai dalam jangka masa panjang.
“[…] Kita tidak boleh buat apa-apa kalau itu pilihan dia (PAS). Kalau PAS pilih MN dan tinggalkan PN, ia sedikit sebanyak ada kesan (kepada Bersatu) saya tidak nafikan,” jelasnya lagi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/jangan-dok-main-dua-kolamtangisan-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Umno Dakwa Pas Main Dua Kolam

Panas Umno Dakwa Pas Main Dua Kolam

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 275 hits
December 26 2020 Pas perlu membuat keputusan segera sama ada mahu bersama sama dengan Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Ini kerana setakat ini parti itu masih belum pendirian yang jelas mengenai ker...
Main Air Di Desaru Coast Adventure Waterpark Bandar Penawar Johor

Main Air Di Desaru Coast Adventure Waterpark Bandar Penawar Johor

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 581 hits
Desaru Coast Adventure Waterpark yang terletak di Desaru Coast Bandar Penawar Johor merupakan salah satu taman tema air yang ada di Malaysia yang perlu korang datang Setakat ni Desaru Coast Waterpark ni takde la terkenal macam Sunway Logoon...
Jangan Guna Kelengkapan Elektrik Terendam Air Suruhanjaya Tenaga

Jangan Guna Kelengkapan Elektrik Terendam Air Suruhanjaya Tenaga

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 292 hits
BernamaST menyarankan penghuni menyimpan kelengkapan elektrik di tempat tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir Suruhanjaya Tenaga PUTRAJAYA Suruhanjaya Tenaga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan kelengkap...
Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh Comfirm Berjurai Air Mata

Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh Comfirm Berjurai Air Mata

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 397 hits
Bagi yang gemar makan lauk yang pedas seperti Sambal Ayam Cili padi silalah cuba resipi perkongsian saudara Zaid Azizy Yaacob ni Tengok gambar je pun min dah boleh bayang tahap pedas dia macam mana Fuhhh Memang merecik peluh Tapi tentunya s...
Ngeri Ini Video Detik Detik Ribka Ceramahi Menkes Soal Vaksin Saya Cuma Ingetin Jangan Main Main

Ngeri Ini Video Detik Detik Ribka Ceramahi Menkes Soal Vaksin Saya Cuma Ingetin Jangan Main Main

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 277 hits
Vaksinasi sebagai upaya menangani pandemi Covid 19 akan dimulai di Indonesia mulai hari ini Rabu pagi Presiden Joko Widodo menjadi orang pertama yang disuntikkan vaksin Covid 19 Vaksinasi terhadap Presiden Jokowi dilakukan di Istana Kepresi...
Dua Buaya Ditahan Polis

Dua Buaya Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 322 hits
Temerloh Polis menahan dua remaja yang mengubah nombor pendaftaran motosikal mereka dengan perkataan BUAYA semalam Mereka ditahan dalam satu Ops Motosikal yang dijalankan di Temerloh POLIS menahan penunggang motosikal kerana mengubah nombor...
Sampai Bila Pas Nak Makan Dua Kolam

Sampai Bila Pas Nak Makan Dua Kolam

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 297 hits
Syam Ghaz Pas ni makan dua kolamKolam Muafakat Nasional dengan UMNO kolam Perikatan Nasional dengan BERSATUKenyataan media ini juga secara tersirat boleh kita faham kedudukan Kerajaan PN dalam keadaan sangat goyang menanti runtuh Pas jika K...
Anak Lemah Berat Susut Susah Buang Air Besar Gara Gara Asyik Main Gajet Tak Kesian Ke Pada Anak

Anak Lemah Berat Susut Susah Buang Air Besar Gara Gara Asyik Main Gajet Tak Kesian Ke Pada Anak

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 251 hits
Larangan bermain gajet yang terlampau bukan saja saja disyorkan oleh pihak tertentu Akan tetapi ia dikeluarkan oleh pelbagai kajian yang menunjukkan kesan yang tidak baik untuk anak kita Perkongsian oleh di facebooknya ini antara kesan fizi...
Jangan Minta Ibu Menyusu Bagi Air Kosong Pada Bayi Bawah 6 Bulan Walaupun Seteguk Bahaya

Jangan Minta Ibu Menyusu Bagi Air Kosong Pada Bayi Bawah 6 Bulan Walaupun Seteguk Bahaya

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 322 hits
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi b...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah