Jangan Dipaksa Menyediakan Makanan Di Rumah Jenazah



Minta tolong sangat... janganlah raikan kematian.. bayangkan sedara mara datang menziarah si mati dan keluarga si mati, tujuannya supaya sama2 berkumpul sedekahkan doa dan ayat2 suci Al-Quran, tapi malangnya masa semua ahli keluarga banyak diluangkan di dapur, di pasar.. bertungkus lumus menyediakan macam2 menu. Tak sedihkah kalau yg mati itu kita.. 😞

BUAT MEREKA YANG MASIH SUKAR MENOLAK KENDURI ARWAH.


Catatan daripada FB Fatimah Baihaqi.

Kenduri arwah itu WAJIB?
Persoalan sy selama ini terjawab juga dlm Al-Kuliyah ptg ini.
Sy sering ade rase tidak puas hati apabila ada saje kematian dlm sebuah keluarga, maka keseluruh ahli keluarga akan bersibuk2 menyediakan makanan buat tetamu yg hadir sedangkan pd masa itu suasana teramat2 sedih.

Teramat2 sayu.

Sy teringat waktu kematian arwah ayah saya. Waktu itu kami sekeluarga berada dlm keadaan ekonomi yg agak meruncing. Kami hilang satu kudrat, tulang belakang kami yg menyara hidup kami. Saye pula baru saja 3 bulan lebih bekerja. Masa tu gaji kecil sgt. Tolak itu, tolak ini, hanya tinggal beberapa ratus utk teruskan hidup sementara tggu gaji bulan seterusnya.

Bila terima kematian ayah tercinta. Hati bagai dilanggar garuda. Sedihnya x terkata. Ayah meninggal waktu sy ada bersama2nya.

Selesai urusan pengebumian, sy lihat saudara mara sudah sibuk bertanyakan tntg kenduri arwah yg akan dijalankan.
Pada masa itu, sy rasa terhimpit sgt. Dengan keadaan gaji cukup2 makan, sy terpaksa korek sana sini, kongsi adik beradik duit sekadar ada utk menjayakan permintaan orang-orang yg lebih dewasa yg mahu kenduri arwah. Saya biarkan emak berehat, sebab dia terlalu lemah, terlalu sedih dgn pemergian abah, jd sy n adik beradik yg uruskan semua dan saudara mara bantu masak2.

Pada waktu itu, keadaan nya saling x tumpah seperti sedang MERAIKAN sebuah kematian, sedangkan keluarga kami baru sahaja kehilangan abah. Senario ini biasa sy lihat dilakukan oleh org dewasa, seolah-olah sudah menjadi adat yang hukumnya WAJIB. Sy keliru pd waktu itu.

Mengapa perlu ada hukum sebegini sedangkan sebenarnya mengadakan kenduri sgt menyusahkan kami sekeluarga kerana menelan belanja yg besar?
Dek kerana kenduri yg menelan belanja yg besar, maka kami terpaksa tangguhkan dulu nak beli batu nisan utk kubur arwah abah. Bayangkan, waktu itu batu nisan yg x sampai rm 500 pon kami x mampu nak beli sbb dah byk habis duit pd kenduri.

Kami mmg susah waktu itu sbb lps abah jatuh sakit, pendapatan kami sekeluarga sgt teruk. Kami makan sekadar ada. Tiada yang mewah2. Berlaukkan telur goreng dgn kicap juga sudah cukup syukur. Lebih dari itu, kami adik beradik sudah sebati hidup susah. Tubuh kami juga sudah pernah menjamah tidur di atas simen beralaskan kotak tanpa tilam empuk tanpa bantal.

Sudahnya, hanya selepas beberapa bulan, baru kami mampu beli batu nisan sebagai tanda kubur abah, menggantikan 2 batang kayu dgn sedikit rimbunan bunga yg abg sy cacakkan sementara menunggu batu nisan dibeli.

Namun apa yg sy dengar dr ceramah Al-Kuliyyah hr ni menjawab terus segala kemusykilan sejak sekian lama.

Ustaz beritahu, org Melayu kita sudah terlalu byk terpesong dgn adat. Kita beramal tanpa ilmu dan menjadikan adat sebagai rujukan utama berbanding Al-Quran dan sunnah. Hasilnya, masyarakat kita terjerut sendiri dgn adat ciptaan manusia.

Pada zaman Rasullullah, apabila mana berlakunya kematian, Rasullullah akan mengumpulkan sahabat dan menyuruh mereka menyediakan makanan utk keluarga simati demi meringankan beban keluarga. Sunnahnya begitu. Tapi apa org Melayu kita buat? Bercanggah bukan? Cukup sy katakan, keadaan yg kami sekeluarga alami suatu ketika itu suatu adat yg membunuh kami.

Bukanlah tidak boleh keluarga simati mengadakan kenduri tahlil utk arwah. Tapi biarlah kena pada waktunya, iaitu apabila keadaan kesedihan keluarga kembali reda. Keluarga pula telah menyelesaikan semua perkara yg bersangkut paut dgn arwah, dan keluarga mempunyai wang yg mencukupi utk menjamu tetamu yg dtg. Bukanlah seperti skrg, asal sahaja ada kematian, pasti akan menyusul kenduri tahlil 3 malam berturut2 yg menelan belanja yg besar. Seolah2 jika tidak kenduri, maka keseluruh ahli keluarga itu berdosa.
Walaupun sekarang alhamdulillah sy mampu dgn rezki yg Allah bg, tp sy tidak sesekali menyokong adat yg terpesong dr sunnah itu. Sbb sy dah rasa susahnya ketika itu. Sy x mahu org lain rasa apa yg kami rasa. Sebab itu sy tidak kisah jika tidak dihidangkan minuman sekalipun jika melawat org meninggal. Keadaan itu sy dah alami.

Beramallah dgn ilmu. Bila mana terlihat sesuatu yg pelik, maka berusahalah utk cari kebenaran. Ilmu itu perlu dicari. Bukan dtg bergolek sendiri. Adat tidak semestinya benar dan wajar dituruti. Mana yg bercanggah, perlu dibuang terus. Mana yang baik, teruskan.

Sy berharap sgt agar satu hari nanti ada kesedaran dr golongan yg terlebih dewasa utk memahami perkara ini. Memang skrg masih lg adatnya begitu. Tapi jika lebih ramai yg bersuara tegakkan perkara yg benar, insya Allah adat yg pelik lg menyusahkan itu boleh dihapuskan.

 #hidup biar bersandar Al-Quran dan sunnah
 #boikot adat merepek
 #copyandpaste
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/07/jangan-dipaksa-menyediakan-makanan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilik Rumah Di Kuantan Menyediakan Tempat Letak Kereta Percuma Kepada Orang Ramai

Pemilik Rumah Di Kuantan Menyediakan Tempat Letak Kereta Percuma Kepada Orang Ramai

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 271 hits
Mencari tempat letak kereta pada hari ini bukan perkara yang mudah terutamanya semasa majlis besar Baru baru ini seorang pemilik rumah di Kuantan menawarkan halaman depan rumahnya untuk orang ramai meletak kenderaan sempena Karnival MADANI ...
Rumah Kampung Konsep Kopi Di Tenom Sabah Untuk Penggemar Kopi Jangan Lupa Un

Rumah Kampung Konsep Kopi Di Tenom Sabah Untuk Penggemar Kopi Jangan Lupa Un

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 195 hits
Cottage berkonsepkan kopi di Tenom Sabah Bagi peminat kopi jangan lupa untuk rasai pengalaman menginap di Yit Foh Coffee Cottage Setiap unit mempunyai nama kopi tersendiri seperti White Coffee Kopi Susu Americano banyak lagi Paling best dal...
3 Tips Memilih Wallpaper Dinding Untuk Hiasan Desain Rumah Mewah

3 Tips Memilih Wallpaper Dinding Untuk Hiasan Desain Rumah Mewah

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 199 hits
Dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih desain rumah pun ikut berinovasi Dulu dinding rumah biasanya hanya dicat Sekarang banyak orang beralih menggunakan wallpaper Ada banyak jenis wallpaper yang tersedia tetapi bagaimana cara m...
Hiburan Saya Buat Hal Buat Benda Bod H Sepakat Untuk Cerai Harith Iskander Akui Dirinya Punca Keretakan Rumah Tangga

Hiburan Saya Buat Hal Buat Benda Bod H Sepakat Untuk Cerai Harith Iskander Akui Dirinya Punca Keretakan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 128 hits
Berita tentang Dr Jezamine Lim isteri kepada pelawak Harith Iskander hadir ke mahkamah untuk memfailkan perceraian mengejutkan industri hiburan dan menjadi bualan hangat di media sosial Menerusi temu bual eksklusif Harith dan Dr Jezamine ak...
Hiburan Dah Lelong Tapi Tiada Pembida Rumah Nur Sajat Tak Laku Bank Kurangkan Harga Jadi Rm4 21 Juta

Hiburan Dah Lelong Tapi Tiada Pembida Rumah Nur Sajat Tak Laku Bank Kurangkan Harga Jadi Rm4 21 Juta

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 157 hits
Difahamkan dari satu hantaran di laman Facebook rumah banglo usahawan sensasi Nur Sajat di Malaysia kini boleh dibeli dengan harga RM4 21 juta selepas pihak bank memutuskan untuk turunkan harga lelongan Masih tiada pembida Pihak bank terpak...
Polisi Dalami Dugaan Malapraktik Salah Satu Rumah Sakit Di Kota Bogor

Polisi Dalami Dugaan Malapraktik Salah Satu Rumah Sakit Di Kota Bogor

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 107 hits
Kendala dalam penanganan laporan ini karena melibatkan dua wilayah kedokteran
Tak Mampu Bayar Utang Bangun Rumah Rp200 Juta Seorang Pria Ajak Teman Bunuh Bos Toko Bangunan

Tak Mampu Bayar Utang Bangun Rumah Rp200 Juta Seorang Pria Ajak Teman Bunuh Bos Toko Bangunan

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 167 hits
Peristiwa itu bermula saat tersangka AA meminta PN datang ke rumahnya untuk meminta bantuan menyelesaikan masalahnya
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri