Jangan Curi Aksesori Keselamatan Di Lebuhraya Pan Borneo


 
Douglas Uggah Embas berkata, meminta kerjasama pengguna lebuh raya itu menjaga aksesori keselamatan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Timbalan Premier Sarawak Douglas Uggah Embas menasihatkan pemandu supaya mematuhi peraturan semasa menggunakan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) berikutan beberapa siri aduan dan isu kecurian aksesori amaran keselamatan di tapak pembinaan di sepanjang lebuh raya itu.
Beliau juga meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor projek pembinaan LPB di negeri in supaya menggantikan penghadang plastik, lampu berkelip, dan papan tanda keselamatan yang dicuri atau rosak serta meningkatkan pemantauan peralatan keselamatan sebaik sahaja ia diganti atau diperbaiki.
“Saya minta pasukan (pembinaan lebuh raya) mengkaji semua (isu) ini dan terus memantau keadaan…bukan hanya membaiki dan melupakannya…minta kerjasama pengguna lebuh raya supaya biarkan peralatan keselamatan ini,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Kontrak Pakej kerja 06 (WPC06) LPB dekat Jakar, Sarikei.
Beliau mengulas aduan bahawa kehilangan peralatan keselamatan – kemungkinan besar disebabkan oleh pemandu kenderaan yang mengalihkan penghadang untuk membuat pusingan U bagi mengelak daripada perlu menempuh jarak jauh untuk membuat pusingan P.
Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan beberapa kemalangan jalan raya di bahagian lebuh raya yang belum siap itu.
Aduan mengenai tahap keselamatan LPB dipersoalkan berikutan kemalangan di KM52, Jalan Sibu-Bintulu dekat Selangau pada 5 Jun yang mengorbankan lima orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun selepas laluan bahagian Jakar dinaiki air selepas hujan lebat.
“Pemandu kenderaan perlu mematuhi papan tanda jalan dan had laju untuk memastikan keselamatan diri. JKR dan kontraktornya perlu mengambil serius aduan dan kebimbangan orang ramai, mencari penyelesaian dan membetulkan keadaan segera,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/jangan-curi-aksesori-keselamatan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Alasan Kenapa Hubungan Dan Cinta Itu Harus Bersyarat Jangan Sampai Cuma Jalani Dulu Aja

3 Alasan Kenapa Hubungan Dan Cinta Itu Harus Bersyarat Jangan Sampai Cuma Jalani Dulu Aja

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 197 hits
Jangan sampai cuma lurus lurus aja mulai sekarang harus bisa memberikan tuntutan positif kepada pasangan
Hiburan Jangan Kurang Ajar Linda Rafar Bengang Dituduh Tak Bayar Hutang Goodies Kahwin

Hiburan Jangan Kurang Ajar Linda Rafar Bengang Dituduh Tak Bayar Hutang Goodies Kahwin

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 289 hits
Sebelum ini seorang wanita telah meninggalkan komen di laman Facebook sebuah portal hiburan mengenai pelakon dan penyanyi Linda Rafar yang didakwa tidak membayar hutang Menerusi hantaran tersebut Linda mendedahkan bahawa dirinya mempunyai k...
Jangan Take Too Personal Dalam Semua Perkara Yang Berlaku Di Sekeliling Kau Copypaste

Jangan Take Too Personal Dalam Semua Perkara Yang Berlaku Di Sekeliling Kau Copypaste

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 186 hits
JANGAN TAKE TOO PERSONAL DALAM SEMUA PERKARA YANG BERLAKU DI SEKELILING KAU COPYPASTEJangan take too personal dalam semua perkara yang berlaku sekeliling kau Seolah olah dunia ini berkisar tentang kau seorang je Bila manager bagi nasihat Ka...
Jangan Pernah Lupa 3 Perkara Ni Walaupun Saat Tengah Diuji

Jangan Pernah Lupa 3 Perkara Ni Walaupun Saat Tengah Diuji

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 249 hits
Jangan pernah lupa 3 perkara ni walaupun saat tengah diujiBersangka baik pada Allah walau dalam kesulitanSenyum walaupun sedang sedihSedekah walaupun sedang sempit
Jangan Sampai Lhdn Mesej Tanya Khabar Ini Jumlah Pendapatan Yang Dah Kena Bayar Cukai Ramai Tak Tahu

Jangan Sampai Lhdn Mesej Tanya Khabar Ini Jumlah Pendapatan Yang Dah Kena Bayar Cukai Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 226 hits
Jangan sampai LHDN mesej tanya khabar ini jumlah pendapatan yang dah kena bayar cukai ramai tak tahu Cukai pendapatan Terdengar saja istilah ini tidak semena mena bulu roma kita meremang bukan Ia bukanlah kisah seram pun jauh sekali kena bu...
Virgoun Orang Yang Sama Chord

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News

Rezeki Yang Tidak Disangkakan

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Siapa Calon Pm Pembangkang

Quick Eating Well Healthy Banana Bread Recipe

Hiso8888 17 August Hiso8888 Top 58 By Evie

5 Theme Parks In Malaysia For Adventure Lovers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perikanan Ternakan Ikan Sangkar Sumber Pendapatan Sampingan

Jana Pendapatan Sampingan Hanya Dengan Klik

Pantun Selamat Pagi Indahnya Senyuman Hari Baru

Ppim Lancar Anti Bully Centre Buka Saluran Aduan Tanpa Takut Refleks 14 08 2025

Buli Di Sekolah Masalah Lama Yang Perlu Kita Hentikan

Drama Putri Phrince