Jangan Cabar Kehakiman Syariah


‘PEMOHON-PEMOHON yang telah mengaku sebagai Islam dan masih mengamalkan nilai Islam tidak berhak untuk mempertikaikan undang-undang dan peraturan yang dibuat untuk penganut agama Islam yang mana undang-undang tersebut digubal berdasarkan Perlembagaan dan berlandaskan hukum Islam yang bersandarkan al-Quran dan hadis.’ – Yang Arif Siti Mariah Ahmad.

Pernyataan di atas merupakan kesimpulan diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Seremban dalam kes Muhamad Juzaili Mohd. Khamis & Yang Lain lwn. Kerajaan Negeri Sembilan & Yang Lain.

Permohonan semakan kehakiman ini dibuat untuk mendapatkan deklarasi Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah tidak konsisten dengan peruntukan Perkara 8(2), Perkara 10(1) (a), Perkara 9(2) dan Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan Wilayah Persekutuan, Dewan Undangan Negeri mempunyai bidang kuasa terhadap perihal agama. Antara lainnya melingkupi hal kesalahan terhadap perintah agama Islam, kecuali kesalahan termasuk dalam senarai Persekutuan.

Selanjutnya, merujuk kepada Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah, secara jelas memperuntukkan mana-mana lelaki yang berpakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan satu kesalahan, sekiranya disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000.00 atau penjara tidak lebihi enam bulan atau kedua-duanya.

IJMAK
Maka, persoalan perlu ditentukan oleh Mahkamah Tinggi Seremban ketika itu berkisar dua isu utama yang harus dipertimbangkan. Pertama, sama ada Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah digubal menurut Perlembagaan Persekutuan. Kedua, sama ada peruntukan undang-undang berkenaan bercanggah dengan al-Quran, hadis, ijmak dan ijtihad. Justeru, mahkamah berpendapat, Seksyen 66 yang dipertikaikan telah digubal mengikut Perlembagaan dan tidak bercanggah dengan al-Quran, hadis, ijmak dan ijtihad.

Mahkamah juga mengambil kira pandangan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Yusof Ahmad dalam afidavit beliau bahawa Seksyen 66 adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Beliau merujuk hadis Rasulullah SAW berkenaan lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.

Dalam kes ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman. Namun, pemohon-pemohon merayu ke Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah tidak konsisten dengan Perkara 5(1), Perkara 8(1), (2), Perkara 9(2) dan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan atas alasan Seksyen 66 mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidap masalah identiti gender dari segi perubatan.

Kerajaan Negeri Sembilan seterusnya merayu keputusan Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan atas alasan prosedur atau tatacara semakan kehakiman yang dimulakan adalah tidak tertib. Mahkamah Persekutuan memutuskan cabaran terhadap Seksyen 66 mestilah dibuat mengikut Perkara 4(3) dan (4). Memandangkan responden gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam klausa (3) dan (4) Perkara 4, prosiding yang didengar di Mahkamah-Mahkamah Tinggi dan Rayuan adalah tidak sah dan terbatal.

Bagaimanapun, cabaran-cabaran terhadap peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah bukanlah baharu. Telah banyak cabaran yang dilakukan di Mahkamah Sivil berkenaan keabsahan undang-undang syariah yang dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan.

Saya tidak menafikan hak mana-mana orang untuk mencabar keabsahan undang-undang, namun hakikat yang perlu kita akui, Perlembagaan Persekutuan secara jelas memisahkan bidang kuasa Parlimen di peringkat Persekutuan dan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri dalam kuasa menggubal sesuatu undang-undang. Perkara ini perlu dipertahankan dan dihormati lebih-lebih lagi melibatkan prinsip dan pegangan Islam.

Oleh: Ku Amirul Faiz Ku Seman

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/jangan-cabar-kehakiman-syariah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahu Hukuman Berat Ada Udang Di Sebalik Batu Cabar Sistem Syariah

Mahu Hukuman Berat Ada Udang Di Sebalik Batu Cabar Sistem Syariah

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 332 hits
Mengapa puak songsang rai keputusan Mahkamah Persekutuan BANGI Tindakan seorang lelaki mencabar peruntukan undang undang Syariah Selangor yang mendakwanya atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii diibaratkan sebagai ada udang di sebalik ...
Nak Discuss Tanpa Bergaduh Rasa Tenang Dalam Bilik Paling Privasi Jangan Ada Anak

Nak Discuss Tanpa Bergaduh Rasa Tenang Dalam Bilik Paling Privasi Jangan Ada Anak

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 462 hits
Kebanyakan suami isteri akan membenarkan anak anak untuk tidur bersama mereka Yalah anak manja katakan Kadang kadang tu sampai dah besar pun masih tidur bawah ketiak ibu ayah Tak salah tidur dengan anak tetapi biarlah ada had masanya Dengan...
Pemuda Ph Diseru Bergerak Jangan Dok Lena

Pemuda Ph Diseru Bergerak Jangan Dok Lena

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 256 hits
Pemuda PH diseru susun struktur jawatankuasa gerak kerja PRU 15 Pilihan Raya Umum ke 15 bakal berlangsung pada bila bila masa tahun ini namun Pemuda Pakatan Harapan masih tiada kepimpinan di peringkat pusat apatah lagi kesepakatan dalam ger...
Jangan Selalu Guna Kuasa Veto Bini Tak Suko Sangat Ustaz Syamsul Debat

Jangan Selalu Guna Kuasa Veto Bini Tak Suko Sangat Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 390 hits
Jangan Selalu Guna KUASA VETO Bini Tak Suko Sangat Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Jangan Curi Hati Saya

Jangan Curi Hati Saya

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 402 hits
Fendi and Dr Sharmilla on set JanganCuriHatiSaya
Video Rasuah Kau Degil Nak Kena Mak Cakap Jangan Ambil

Video Rasuah Kau Degil Nak Kena Mak Cakap Jangan Ambil

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 325 hits
Jangan lukakan hati ibu anda dengan terlibat kegiatan rasuah begitu pesanan mesej kempen antirasuah yang dilancarkan Sinar Harian Kempen dalam talian berjudul Mak kata jangan digerakkan Pasukan RasuahBusters memaparkan tiga video dalam baha...
Bini Aku Jangan Usik Aku Cari Sampai Dapat Shuib Beng4ng Siti Sarah Ditudvh

Bini Aku Jangan Usik Aku Cari Sampai Dapat Shuib Beng4ng Siti Sarah Ditudvh

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 354 hits
PENYANYI Siti Sarah Raisuddin kecewa apabila niat baiknya menghulurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan disalah anggap oleh segelintir pihak Menurut Sarah tujuannya menghulurkan sumbangan itu adalah untuk mengembalikan semula se
Jangan Jadikan Skrip Jawi Tabu

Jangan Jadikan Skrip Jawi Tabu

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 632 hits
PENGEDARAN borang pilihan persetujuan ibu bapa untuk pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam kurikulum mata pelajaran bahasa Melayu bagi murid tahun empat di sekolah jenis kebangsaan pada setiap kali bermula sesi persekolahan baharu yang ...
Nur Sajat Jangan Ingat Boleh Terlepas

Nur Sajat Jangan Ingat Boleh Terlepas

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 333 hits
Oleh ZAAIN ZIN Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman semasa hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 13 Oktober 2019 UTUSAN ZULFADHLI ZAKIKOTA BHARU Usahawan kosmetik sensasi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau popular disapa Nur Sajat diingatkan baha...
Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

The Twenty Rules Of Chandeliers

Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar

Chelum Burak Alon Lupeng Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Klien Lama Datang Semula Menyiapkan Templat Baru Untuk Blog Hiburan

Nak Cari Bisnes Modal Bawah Rm200 Cuba Buat Sabun Handmade Sendiri

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Pemulihan Dalam Kolam Menyegarkan Kembali Selepas Perlawanan

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut