Jangan Buat 3 Perkara Berikut Di Akaun Media Sosial Anda




Setakat tahun 2023, sebanyak 59.4% penduduk bumi menggunakan media sosial. Itu bersamaan dengan seramai 4.76 Billion warga dunia!.
Masa yang setiap orang habiskan melayan media sosial pula secara puratanya adalah selama 2 setengah jam setiap hari.
Anda pulak macam mana?
Berapa jam masa yang dihabiskan melayan media sosial setiap hari?
Dari statistik yang saya dapat dari google, masa yang diluangkan untuk media sosial berbeza ikut umur pengguna. Lagi muda, lagi masa banyak habis melayan medsos. 

Umur antara 13 ke 17 tahun: 8 jam 39 minit18 ke 29 tahun: 5 jam atau lebih30 ke 49 tahun: antara 4 ke 5 jamUmur 50 ke atas: Kurang dari 4 jam
Saya sendiri ada masanya terkejut bila dapat info dari phone berkenaan masa yang saya habiskan menggunakan telefon bimbit. Ada kalanya sampai mencecah 7 jam sehari secara purata dalam satu minggu.
Terkejut dengan aktiviti tak sedar itu, maka saya ambil kesempatan bulan ramadan ini delete kesemua media sosial yang rasanya tak mahu dilayan sangat. Saya delete twitter, FB, dan Instagram dari skrin phone tu.
You tube masih ada juga sebab ada banyak video pembelajaran yang saya sering buka untuk menambahkan maklumat dan pengetahuan.
Selepas delete kesemua medsos yang saya sebutkan di atas tadi, ketara sekali penurunan purata penggunaan handphone saya telah berkurangan. Alhamdulillah!
Buruk baik medsosMedia sosial memang ada baik dan ada juga buruknya. Tapi yang saya sangat pasti, media sosial ini adalah salah satu alat propaganda yang sangat berkesan dan meluas di guna pakai di seluruh dunia sekarang. Manusia diserang dari segenap sudut.
Bila sebut perkara propaganda ini, saya terfikir ia bukan saja di guna pakai oleh syarikat, perniagaan politik dan seumpamanya, malah saya yakin syaitan juga menggunakannya. Teringat ayat berikut di bawah dalam Surah Al-A'raaf ayat 16 dan 17.

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

Bagi penggunaan individu antara manfaat medsos ni adalah dapat berhubungan semula dengan kawan yang telah lama terpisah. Dapathubungkan semula tali persaudaraan dan perkenalan yang dah terputus setelah berjauhan masing-masing bawa haluan.
Yang buruknya bila berhubung ni adalah apabila anda berhubungan semula dengan bekas teman wanita yang telah lama terpisah sedang anda dan dia sudah berkahwin. Takat sekali berhubung saja ok lagi. Tapi kalau melarat memang sengaja cari nahas.
Satu lagi keburukan yang saya sering lihat adalah aktiviti merakamkan gambar makanan, suasana, dan apa-apa sahaja yang lalu di depan untuk dipamerkan ke laman media sosial buat tontonan kawan-kawan. Saya pun terjebak juga (Astagaaa .. ). Banyak masa terbuang untuk aktiviti seperti itu.
Satu lagi yang amat ketara adalah dalam bab berkumpul ramai-ramai sekeluarga tapi tidak bermesra. Banyak kali saya lihat majlis makan beramai-ramai sekeluarga dicemari dengan aktiviti media sosial.
Kebiasannya hanya kelihatan seorang atau dua sahaja yang berbual mesra, selainnya terutamanya yang muda terbenam dengan aktiviti berFB atau bertwitter mereka, seolah-olah mereka hanya sendirian di situ. Mereka lansung tidak pedulikan kehadiran saudara mara.
Mari tanam azam agar aktiviti buang masa daripada FB dan juga Twitter akan ditinggalkan segera. Lebih baik masa tersebut digunakan untuk perkara lain seumpama membaca, berbual dengan rakan-rakan, baring tengahari lepaskan lelah, berjalan di taman atau lain-lain lagi yang mendatangkan manafaat.
Bagi anda yang fokus kepada perniagaan pula, media sosial tak boleh diabaikan untuk dijadikan salah satu dari alat pemasaran. 
Jadi tak dapat nak elakkan penggunaan medsos ni. 
Bila dah guna, selalunya akan terlajak. Dari maklumat pembacaan yang saya jumpa, media sosial ni memang direka supaya setiap yang menggunakannya akan jatuh ketagih. 
Itulah bahayanya!
3 perkara perlu dielak di media sosialKhas untuk yang tak dapat elakkan diri dari menggunakan medsos, saya kongsikan 3 benda yang anda perlu elakkan ketika menggunakan media sosial.
1. Kongsi lokasi dan aktivitiElakkan membuat laporan di mana anda berada atau apa yang anda sedang lakukan sekarang.
Segala maklumat yang menjawab di mana anda berada dan apa yang anda sedang buat tak payahlah nak susah-susah untuk laporkan habis pada kawan atau pengikut.
Melainkan anda seorang artis glamour, apa yang anda buat dan di mana anda berada tak ada orang nak ambil peduli. Ramai yang perasan macam glamour sangat dengan update apa dia sedang buat dan segalanya didedahkan pada semua orang.
Update pasal perniagaan di mana dan apa yang syarikat anda sedang tawarkan memang ok. Tapi tak perlulah kerap sangat sampai orang jadi meluar asyik nak menjual saja kerjanya. Share pada kawan-kawan yang sama seban hari perkara yang sama akan membuatkan orang meluat.
2. Sumpah seranah Jangan buat kemaskini dengan rungutan dan celaan atau menyumpah dan seumpamanya
Laman sosial sama juga dengan aktiviti bercakap, orang tak gemar mendengar anda berleter, merunggut dan sebagainya. Anda boleh buat begitu jika mahu selitkan tips atau nasihat yang berguna dari pengalaman anda. 
Kalau setakat nak updat FB atau Twitter dengan perkataan seperti “aku bosan lah…”, tak payahlah anda membuang masa anda dan masa orang lain, dan sebenarnya tak ada yang pedulipun apa yang anda rasa jika anda bukan artis kegilaan orang ramai.
3. Posting orang tak bacaBuat hanya posting yang bermanfaat. Tak payahlah update pada laman sosial semata-mata untuk beritahu orang ramai kehadiran anda seperti .. 
“Assalamualaikom, pagi yang ceria!”.
Aaait! itu saja nak tulis?
Simpanlah dulu sehingga ada sesuatu yang bagus dan bermakna serta amat bermanfaat untuk anda kongsikan dengan orang lain barulah mulakan dengan ayat tersebut.
Rumusan di atas saya petik dari bancian terhadap aktiviti twittter yang dijalankan bagi mengenal pasti tahap mesej yang berlegar diruang cyber samada berguna atau tidak Dan apakah orang peduli apa yang anda tuliskan dalam akaun twittter anda.
Maklumat ni agak lama, tahun 2012 dulu. Tapi saya yakin masih tetap relevan.  Baca di sini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/04/jangan-buat-3-perkara-berikut-di-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Tan Sri Musa Hassan Fail Permohonan Cerai Nafi Sebar Video Pergaduhan Di Media Sosial

Isteri Tan Sri Musa Hassan Fail Permohonan Cerai Nafi Sebar Video Pergaduhan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 395 hits
Isteri Tan Sri Musa Hassan fail permohonan cerai nafi sebar video pergaduhan di media sosialPuan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil isteri kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Ren...
Penyedia Platform Media Sosial Perlu Hentikan Iklan Judi Harian Metro 30 03 2023

Penyedia Platform Media Sosial Perlu Hentikan Iklan Judi Harian Metro 30 03 2023

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 372 hits
Artikel oleh Harian MetroPENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PERLU HENTIKAN IKLAN JUDI
60 Km Berjalan Sehari Tak Nampak Pulak Viral Kat Media Sosial Pandai Ilmu Ghaib Kot

60 Km Berjalan Sehari Tak Nampak Pulak Viral Kat Media Sosial Pandai Ilmu Ghaib Kot

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 416 hits
AHMAD SHAHRIL5 hari berjalan kaki dari johor ke Johor 312 km satu hari berjalan 60 km lebih tu tapi tak nampak pun dia jalan takde viral pun masa dia berjalan Rakyat bodoh kah 312KM 5 hari setiap hari nak jalan 60KM 1KM dia guna 10min la ok...
Kecoh Dakwaan Siasatan Sprm Berkaitan Hakim Nazlan Bocor Di Media Sosial

Kecoh Dakwaan Siasatan Sprm Berkaitan Hakim Nazlan Bocor Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 465 hits
SHAFIQAH MUKHSINTular di media sosial mengenai salinan dokumen yang dikatakan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Menerusi akaun Twitter mahazalimre...
Sekat Segera Iklan Judi Di Media Sosial Ppim Harian Metro 29 03 2023

Sekat Segera Iklan Judi Di Media Sosial Ppim Harian Metro 29 03 2023

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 161 hits
Kuala Lumpur Kegiatan mempromosikan judi dalam talian secara terbuka di platform media sosial yang semakin agresif perlu dibendung bagi mengelak wujud lebih ramai kaki judi hingga mengundang kerosakan kepada masyarakat Ketua Aktivis Persatu...
Ejen Insurans Rakam Perbuatannya Meliwat Remaja Lelaki Viralkan Di Media Sosial Dipenjara 33 Tahun 24 Sebatan

Ejen Insurans Rakam Perbuatannya Meliwat Remaja Lelaki Viralkan Di Media Sosial Dipenjara 33 Tahun 24 Sebatan

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 147 hits
Ejen insurans rakam perbuatannya meliwat remaja lelaki viralkan di media sosial dipenjara 33 tahun 24 sebatanMahkamah Sesyen Georgetown menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan terhadap ejen insurans yang didapati bersalah atas t...
Hp Android Vs Iphone Mana Yang Lebih Baik Berikut Fakta Faktanya

Hp Android Vs Iphone Mana Yang Lebih Baik Berikut Fakta Faktanya

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 331 hits
Perdebatan antara android dan iPhone sudah cukup sering kita dengar Jadi mana yang lebih baik
Cara Pakai Whatsapp Web Dengan Mudah Tanpa Ribet Berikut Langkah Langkahnya

Cara Pakai Whatsapp Web Dengan Mudah Tanpa Ribet Berikut Langkah Langkahnya

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 162 hits
Berikut cara pakai WhatsApp Web dengan mudah tanpa ribet Perhatikan dengan baik langkah langkahnya
Cara Mengirim Foto Di Wa Lewat Dokumen Agar Gambar Tak Pecah Berikut Langkahnya

Cara Mengirim Foto Di Wa Lewat Dokumen Agar Gambar Tak Pecah Berikut Langkahnya

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 152 hits
Berikut adalah cara mudah mengirim foto di WA lewat dokumen agar gambar tak pecah Simak langkah langkah mudahnya
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin