Jangan Biar Perbuatan Hina Institusi Diraja Berterusan


Perbuatan menghina dan mempersenda institusi diraja menerusi media sosial dikhuatiri akan meranapkan prinsip kesetiaan terhadap raja dan negara dalam kalangan rakyat di samping meruntuhkan institusi raja berperlembagaan di negara ini.

Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata maka mereka yang membuat kenyataan berunsurkan kebencian dan mendatangkan kecenderungan menghasut wajar dikenakan tindakan perundangan.

Beliau berkata isu memperlekehkan institusi diraja kelihatan semakin menjadi-jadi pada masa ini terutamanya di media sosial dengan menjadikan kebebasan bersuara sebagai alasan.

“Hak kebebasan bersuara dijamin dalam Perlembagaan yang mana membenarkan kita mempersoalkan pelaksanaan kuasa atau bertanya mengenai kebaikan atau kepincangan suatu tindakan yang dibuat oleh sesiapa sahaja termasuklah institusi diraja, namun ada hadnya.

“Sekiranya kebebasan bersuara itu dibuat dengan kecenderungan menghasut dan seterusnya menggalakkan kebencian kepada institusi diraja, maka itu tidak tergolong dalam kebebasan bersuara malah ia merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang,” katanya dalam program Koresponden dengan tajuk ‘Kedaulatan Institusi Diraja Tidak Wajar Dipermainkan’, yang disiarkan menerusi Bernama TV di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat hanya satu undang-undang di Malaysia setakat ini yang berkesan untuk kesalahan itu iaitu Akta Hasutan, bagaimanapun undang-undang itu sendiri sering dipersoalkan dan dicanang sebagai satu akta yang mengongkong kebebasan.

“Bila dikuatkuasakan, ramailah yang bersuara bahawa undang-undang itu menyekat kebebasan dan sebagainya, walhal ia sebenarnya bukan suatu yang di luar kerangka Perlembagaan… ia dibenarkan Perlembagaan mengikut peruntukan dalam Perkara 10 Fasal (4) contohnya.

“Perkara yang lebih baik ialah pihak pelaksana meneruskan pelaksanaan undang-undang itu cara berkesan dan efektif tanpa mengira suara-suara bising di luar asalkan ia menepati peruntukan undang-undang, sebelum membuktikan di mahkamah tentang kecenderungan menghasut tersebut,” katanya.

Shamrahayu berkata beliau percaya sikap negatif itu berpunca dari perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat akibat pengaruh globalisasi dan keterujaan mereka terhadap nilai rasionalisme dari luar negara, hingga sanggup melemparkan kata hinaan terhadap institusi diraja.

Beliau berkata ini menyebabkan sesetengah masyarakat bersikap sinikal bukan sahaja terhadap pasukan keselamatan atau pun Parlimen misalnya, tetapi sikap sinikal itu kini telah berjangit kepada monarki itu sendiri.

“Kita tidaklah menyatakan bahawa institusi diraja itu suatu yang maksum atau tidak boleh ditegur tetapi janganlah teruja dengan konsep demokrasi liberal yang tidak bertauladan kepada institusi warisan dan mengetepikan perundangan sendiri.

“Sebagai rakyat yang mendukung Rukun Negara, yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan mengamalkan kedaulatan undang-undang, maka sekiranya sesuatu titah itu tidak menyalahi Perlembagaan dan tidak melanggari apa-apa undang-undang hatta dalam apa perkara sekalipun sama ada ia berkaitan dengan politik, maka kita perlulah mentaatinya,” katanya. – Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/jangan-biar-perbuatan-hina-institusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Lantang Kritik Institusi Diraja Siti Sarah Anggap Masyarakat Kini Makin Tiada Adab

Hiburan Lantang Kritik Institusi Diraja Siti Sarah Anggap Masyarakat Kini Makin Tiada Adab

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 273 hits
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada meluahkan rasa kecewa apabila dia melihat ramai masyarakat kini seolah olah tiada adab sehingga sanggup berkata perkara yang kurang enak terhadap institusi Diraja B...
Kes Penghinaan Institusi Diraja Meningkat Kata Hamzah

Kes Penghinaan Institusi Diraja Meningkat Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 187 hits
Kes penghinaan terhadap institusi diraja dilaporkan meningkat kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin Susulan itu katanya Kementerian Dalam Negeri memantau perkara tersebut untuk tindakan tegas Sementara itu Bernama memetiknya berkata pol...
Biar Angka Kes Sahaja Yang Menurun Jangan Semangat Kita Yang Menurun

Biar Angka Kes Sahaja Yang Menurun Jangan Semangat Kita Yang Menurun

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 250 hits
BIAR ANGKA KES SAHAJA YANG MENURUN JANGAN SEMANGAT KITA YANG MENURUN Assalammualaikum wbt Haaa kan bukan main tajuk berjela sampai terlajak masuk rumah jiran sebelah Hehehe Apa khabar semua sahabat sahabat blogger Alhamdulillah diperhatikan...
Jangan Biar Masalah Rambut Berminyak

Jangan Biar Masalah Rambut Berminyak

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 269 hits
JANGAN BIARKAN MASALAH RAMBUT BERMINYAK Korang tak tau yang folikel rambut kita ni ada sejenis kelenjar sebaceous yang menghasilkam sebum Sebum ni pulak adalah minyak yang bantu jaga kulit dan rambut jadi lembap dan berkilat Masalahnya di s...
Biar Susah Tapi Jangan Jadi Pemalas

Biar Susah Tapi Jangan Jadi Pemalas

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 383 hits
Duit nak tapi kerja tak nak kau fikir kau siapa Engkau ingat duit turun dari langit bak hujan yang turun
Selalu Sangat Kena Marah Sebelum Tidur Anak Sedih Jangan Biar Dia Terlelap Dalam Air Mata

Selalu Sangat Kena Marah Sebelum Tidur Anak Sedih Jangan Biar Dia Terlelap Dalam Air Mata

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 466 hits
Perasankah anda ada masanya kita akan memarahi anak anak sebelum waktu tidurnya Sebenarnya kita mahu melatih mereka menjadi lebih berdisiplin dan tidur mengikut jadual tetapi sebenarnya ia mempengaruhi emosi mereka Tidur selepas kena marah ...
Tolong Jangan Hina Anak Saya Yang Masih Belum Lahir Ryzal Ibrahim Mohon Henti Doa Yang Tak Baik Pada Kandungan Isteri

Tolong Jangan Hina Anak Saya Yang Masih Belum Lahir Ryzal Ibrahim Mohon Henti Doa Yang Tak Baik Pada Kandungan Isteri

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 307 hits
Personaliti media sosial yang teruk dikecam baru baru ini susulan penghinaan kepada pakaian tradisional suku kaum Iban Ryzal Ibrahim memohon agar netizen berhenti mendoakan perkara yang tidak baik dan menghina anaknya yang masih dikandung i...
Ada Parut Hipertrofik Di Muka Dan Badan Jangan Biar Ini Kata Pakar

Ada Parut Hipertrofik Di Muka Dan Badan Jangan Biar Ini Kata Pakar

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 398 hits
Parut hipertrofik parut apa pula ini tak pernah dengar pun Sebenarnya parut hipertrofik merupakan tindak balas yang tidak normal yang berlaku semasa proses penyembuhan akibat trauma atau kecederaan yang teruk pada kulit parut hipertrofik da...
Najib Jangan Bitter Sangat Dengan Muhyiddin

Najib Jangan Bitter Sangat Dengan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 306 hits
suaramerdeka com Gambar NIKKEI ASIAN REVIEWApa saja usaha diambil oleh kerajaan untuk tangani pandemik Covid 19 dan kesan kepada ekonomi negara pasti akan diberi komen negatif oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Komen negatif melampau menjadika...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down