Jangan Berlagak Penyokong Bn Sabah Mengamuk Kecam Ketua Armada


 
Oleh FAZLI RADZISeptember 29, 2020 Rata-rata penyokong Barisan Nasional (BN) menyerang Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang dianggap berlagak ekoran Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Hantaran Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu di Facebook miliknya yang mengangkat Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung penerimaan Parti Bersatu Sabah (PBS) terhadap pemilihan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 dihujani kecaman.
Ahmad Fayhsal menganggap penerimaan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili itu sebagai muafakat antara ADUN dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Bila difikir setiakawan PBS ini adalah antara “masterstroke” DS Hamzah Zainuddin yang mengurus kesefahaman PBS-Perikatan Nasional melalui perjanjian kesepakatan politik yang ditandatangani secara rasmi masa berkempen tempoh hari.
“DS Hamzah juga banyak menjadi orang tengah antara kerusi bertindan PBS dan STAR (Perikatan Nasional).
“Kerana rundingan tersebut GRS berjaya menang kerusi kritikal khusus di kawasan KDM. Perikatan Nasional tak langgar dan tak bertembung dengan PBS sama sekali,” katanya.
Kenyataan Ahmad Fayhsal itu dilihat sejam selepas dia menulis antara lain menekankan Perikatan Nasional (PN) terbukti mempunyai kekuatan tersendiri walaupun tidak sampai setahun gabungan itu.
Pendapatnya yang turut menegaskan PN dan Muhyiddin sebagai “tidak dibayangi dengan skandal dan masalah yang kronik” itu kemudiannya mengundang reaksi tidak puas hati Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Sehubungan itu, warganet termasuk dilihat pengundi Sabah yang menyokong BN mengkritik Ahmad Fayhsal dan menyifatkannya sebagai mengampu pimpinan tertinggi.
Antaranya Afiq Salleh yang berpendapat bekas pegawai kepada Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai berlagak.
“Kau punya lagak ni macam sampai syurga suda tau kau ni. Agak agak bah. Batimbang timbang juga kalau becakap.
“Ya, kaulah yang manang semua. Lobangon punya orang. Syukur-syukurlah kau BN nda pergi radu tu kerusi BN yang dilompat pergi parti bunga (Bersatu) tempoh hari.
“Kami banyak bersabar dan bertoleransi, tidak apa. Pemuda BN Sabah membawa falsafah baharu dan sangat berjiwa besar. Kami redha, pasti ada hikmahnya. Teruskanla ampu dan kipas mu tu. Puiii!” kata Afiq yang turut menggelar Ahmad Fayhsal sebagai “jargon”.
Tidak kurang juga yang mendesak Fayhsal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti selain menempelak Senator itu tentang jawatan disandangnya.
“Kau dapat jawatan pun sebab menjilat (mengampu) Abah Muhyiddin bukan sebab rakyat pilih kau. Rakyat akan benci PPBM terutama orang muda disebabkan perangai bodoh kau yang pekat,” kutuk Afifee Raman.
Sementara itu, Azlif Ahamat Azlif berkata, penyokong BN terpaksa memangkah calon PN kerana calon BN tidak bertanding.
“Kalau ada bendera BN nak dipangkah di kawasan PPBM mengundi hari itu, memang boleh kira pakai jari agaknya yang memangkah PPBM ni,” katanya.
Untuk rekod, BN dan PN menggunakan lambang berbeza bagi menghadapi PRN pada 26 September lalu.
BN terdiri daripada gabungan parti Umno, MCA, MIC serta sekutunya, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
PN pula merupakan gabungan Bersatu, Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) yang menggunakan lambang ‘Perikatan Nasional’.
Keputusan PRN Sabah ke-16 menyaksikan Bersatu hanya mendapat 11 kerusi manakala Umno-BN meraih 14 kerusi.
Walau bagaimanapun, Asyraf Wajdi berkata dalam luahan hatinya semalam, Umno-BN sekali lagi mengalah kepada Bersatu untuk menerima Hajiji yang juga Pengerusi PN Sabah sebagai Ketua Menteri yang baharu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/jangan-berlagak-penyokong-bn-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengundi Jangan Masuk Perangkap Sengketa Sabah Filipina

Pengundi Jangan Masuk Perangkap Sengketa Sabah Filipina

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 262 hits
Ipohmali Masa PRU 13 Dulu Lahad Datu dan Pejuang Sulu Sekarang Filipina Bila Shafie Afdhal umumkan pembubaran Dun Sabah kita boleh nampak UMNO sudah mula mainkan sentimen Sabah dan filipina Masa tu aku ada sebut Ni kerja nak main sentimen s...
Ketua Menteri Baru Sabah Angkat Sumpah Pagi Esok Siapa Belum Tentu Lagi

Ketua Menteri Baru Sabah Angkat Sumpah Pagi Esok Siapa Belum Tentu Lagi

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 526 hits
Majlis mengangkat sumpah bagi jawatan ketua Menteri Sabah yang baru akan diadakan pagi esok di Istana Negeri Sabah Bagaimanapun identiti pemimpin yang akan mengangkat sumpah jawatan itu masih belum didedahkan kepada umum Untuk makluman majl...
Jangan Takutkan Rakyat Sabah Yang Mahu Keluar Mengundi

Jangan Takutkan Rakyat Sabah Yang Mahu Keluar Mengundi

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 264 hits
Tujuh calon KEADILAN memberi jaminan kepada rakyat Sabah supaya tidak perlu takut untuk keluar mengundi pada 26 September ini Ini berikutan kenyataan daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali yang mendedahkan ada cubaan kemasuka...
Zahid Sukar Bagi Bn Beri Jawatan Ketua Menteri Sabah Pada Bersatu

Zahid Sukar Bagi Bn Beri Jawatan Ketua Menteri Sabah Pada Bersatu

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 319 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendiriannya untuk memilih Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri Sabah yang baru Jelas Zahid tidak wajar bagi BN menyerahkan jawatan ketua menteri itu kepada Bersatu kerana gabungan itu telah me...
Hajiji Noor Diisytihar Ketua Menteri Sabah Ke 16

Hajiji Noor Diisytihar Ketua Menteri Sabah Ke 16

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 445 hits
KOTA KINABALU Hajiji Noor dari PPBM diisytiharkan sebagai ketua menteri Sabah ke 16 hari ini oleh Gabungan Rakyat Sabah selepas perbincangan antara Perikatan Nasional Barisan Nasional dan PBS akhirnya mencapai kata sepakat menyusuli kemenan...
Christina Liew Banyak Berjasa Di Sabah Jangan Lupa Undi Keadilan Shafie Apdal

Christina Liew Banyak Berjasa Di Sabah Jangan Lupa Undi Keadilan Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 284 hits
Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal menyeru rakyat supaya mengundi calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Api Api Christina Liew pada Pilihan Raya Negeri Sabah Beliau berkata Christina berjaya membawa hasil pendapatan yang ba...
Siapa Ketua Menteri Sabah Baru Esok Akan Ada Majlis Angkat Sumpah Di Istana Negeri Sabah

Siapa Ketua Menteri Sabah Baru Esok Akan Ada Majlis Angkat Sumpah Di Istana Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 304 hits
Walaupun sehingga sekarang masih belum jelas siapakah Ketua Menteri Sabah yang baru pihak media telahpun dimaklumkan yang Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri itu akan diadakan pada hari esok jam 10 30 pagi bertempat di Istana Negeri Sabah Pe...
Hajiji Ketua Menteri Baru Sabah

Hajiji Ketua Menteri Baru Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 569 hits
Hajiji Noor diisytihar ketua menteri Sabah ke 16 September 28 2020 12 34 PMGabungan Rakyat Sabah sebulat suara memilih Ketua PPBM Sabah Hajiji Noor sebagai ketua menteri ke 16 KOTA KINABALU Hajiji Noor dari PPBM diisytiharkan sebagai ketua ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bantuan Awal Persekolahan Peluasan Bap Kepada Pelajar Tingkatan Enam Pertama Kali Dilaksanakan

Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat