Jangan Berdiam Tatkala Islam Dihina Seperti Tiada Maruah


Aminuddin Yahaya Jika umat bersatu musuh akan terkesan dengan sangat dahsyat BARU-baru ini, dunia dikejutkan dengan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad ﷺ di mana sebuah karikartur baginda telah dilukis dan dipamerkan di tempat umum di Perancis. Perkara ini disokong dan dipertahankan oleh Presiden Perancis tatkala pelbagai pihak mengecamnya.
Beliau sendiri telah ‘menambah rencah’ dengan kenyataan-kenyataan Islamofobik yang mengundang kemarahan seluruh umat Islam di dunia. Akhirnya, wujudlah satu gerakan boikot global terhadap produk-produk buatan Perancis yang membuatkan negara itu rugi sangat besar dengan jangkaan berbillion dollar setiap hari. Berikutan dengan itu, Presiden Perancis dalam satu kenyataan merayu agar gerakan boikot ini dihentikan.
Bagi saya, ada dua pengajaran terbesar yang kita boleh ambil iktibar:
1. Para negara-negara Islam mampu bersatu padu dengan kuat atas dasar Islam, dan seluruh umat Islam akan turut bersama dan bersemangat dengan penuh bangga terhadap Islam. Lihatlah bagaimana pantasnya gerakan boikot ini berlaku dan tersebar.
2. Apabila umat Islam bersatu padu dan mengatur langkah, mereka yang memusuhi Islam akan terkesan dengan sangat dahsyat. Lihatlah bagaimana Perancis rugi berbillion dollar sehingga pemimpin negara itu terpaksa merayu-rayu, walaupun mereka antara kuasa ‘superpower’ dunia.
Dua pengajaran ini sudahpun juga terbukti di negara kita dalam pelbagai imbasan sejarah. Saya tidak mahu pergi jauh, lihat sahaja gerakan membantah ICERD dan cetusan gelombang BMF sahaja. Lihatlah bagaimana perpaduan antara kita mampu mengubah dan menguasai keadaan, sehingga berita-berita ini menggegar berita dunia dan menjadi inspirasi umat Islam di luar negara yang lain.
Kita juga tidak lupa apabila ada pihak cuba membuat normalisasi persendaan terhadap Rasulullah ﷺ secara sangat tersusun melalui gerakan maya (di Malaysia), seluruh umat Islam bangkit dengan sangat dahsyat. Inilah kekuatan kita; iaitu kesatuan, yang sebenarnya membuatkan kedaulatan Islam terus terpelihara dan dijunjung tinggi di negara kita.
Bayangkan jika umat Islam di negara kita menjadi apologetik, berpeluk tubuh dan lemah longlai apabila dicabar, dihina dan dipersenda. Kita pasti akan dipijak-pijak. Dan pastinya akan sampai satu tahap, jangankan bangsa Melayu, tetapi Rasulullah ﷺ akan dihina dan dipersenda dengan begitu dahsyat sehingga menjadi bahan jenaka yang normal dalam masyarakat. Cuba bayangkan betapa hinanya jika kita berpeluk tubuh.
Oleh itu, perasaan marah tatkala Rasulullah ﷺ dan agama Islam dipersenda itu adalah refleksi kepada sensitiviti kita terhadap agama kita. Sudah pasti, perasaan ini perlu dibatasi dengan syarak dan lunas undang-undang; di mana sesuai boikot maka kita boikot, di mana sesuai kita lapor polis maka kita lapor polis, di mana sesuai kita berhimpun maka kita berhimpun dan sebagainya.
Oleh itu, jangan duduk diam tatkala agama kita dihina seperti tiada maruah. Atau lebih teruk, sampai jadi talibarut atau benteng mereka yang menghina itu.
Sesungguhnya mempertahankan agama Allah daripada dihina dan dipersenda adalah apa yang telah dilakukan olah para sahabat, malah Rasulullah ﷺ sendiri dipertahankan bermati-matian oleh para sahabat tatkala dicerca, dihina dan dipersenda, apatah lagi diserang. Itulah manifestasi betapa cintanya sahabat kepada Rasulullah ﷺ. Tidakkah kita ingin mencontohi para sahabat?
Oleh itu, saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam, terutamanya di Malaysia. Saya doakan agar Rasulullah ﷺ sentiasa di ingatan kita dan kita sentiasa mengucapkan selawat terhadap baginda. Insya-Allah.
(*) Aminuddin Yahaya - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/jangan-berdiam-tatkala-islam-dihina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siti Kassim Replies The Brader Tuan Tuan Jangan Hijrah Lagi Ke Perancis Dan Negara Bukan Islam

Siti Kassim Replies The Brader Tuan Tuan Jangan Hijrah Lagi Ke Perancis Dan Negara Bukan Islam

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 388 hits
The following brief comment is by Siti Zabedah Kassim This is the Reformasi icon The guy who was part of the corrupt system until he went for the top job lost the power struggle and was punished by the same system he had used and then start...
Pertikai Muhyiddin Jangan Sampai Kuasa Jatuh Ke Tangan Bukan Islam

Pertikai Muhyiddin Jangan Sampai Kuasa Jatuh Ke Tangan Bukan Islam

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 214 hits
Agong tuntut tanggungjawab dimasuk dalam perkiraan ahli politik BANGI Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kini pastinya dipertikai susulan daripada pelbagai masalah politik yang melanda negara pada ketika ini Presiden...
Rusia Takkan Benarkan Sebarang Penerbitan Anti Islam Seperti Perancis Jurucakap Presiden Vladimir Putin

Rusia Takkan Benarkan Sebarang Penerbitan Anti Islam Seperti Perancis Jurucakap Presiden Vladimir Putin

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 248 hits
Rusia takkan benarkan sebarang penerbitan anti Islam seperti Perancis Jurucakap Presiden Vladimir PutinJurucakap Kremlin Dmitry Peskov yang juga Setiausaha Akhbar kepada Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pihaknya tidak akan mengizinkan ...
Macron Saya Sadar Kartun Nabi Picu Marah Umat Islam Tapi Harus Kita Bicarakan

Macron Saya Sadar Kartun Nabi Picu Marah Umat Islam Tapi Harus Kita Bicarakan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 274 hits
Presiden Prancis Emmanuel Macron memberikan penjelasan lengkap terkait pernyataannya yang mengaitkan Islam dengan terorisme Pernyataannya itu telah memicu kecaman negara Islam di dunia termasuk Indonesia Penjelasan itu disampaikan Macron da...
4 200 Guru Kafa Carum Perkeso Antara Rm378 Juta Dana Majukan Islam

4 200 Guru Kafa Carum Perkeso Antara Rm378 Juta Dana Majukan Islam

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 252 hits
SHAH ALAM 31 OKT Seramai 4 200 guru kelas al Quran dan fardu ain di Selangor bakal menerima caruman majikan Pertubuhan Keselamatan Sosial mulai tahun hadapan Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor ...
Protes Macron 3 Ormas Islam Akan Demo Kedubes Prancis Senin Mendatang

Protes Macron 3 Ormas Islam Akan Demo Kedubes Prancis Senin Mendatang

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 342 hits
Adapun aksi unjuk rasa akan dilakukan di depan Kedubes Prancis Jl M H Thamrin Nomor 20 Gondangdia Menteng Jakarta Pusat Yang didahului dengan Salat Dzuhur berjamaah
Dj Katty Butterfly Masuk Islam Begini Tanggapan Orang Tuanya Di Thailand

Dj Katty Butterfly Masuk Islam Begini Tanggapan Orang Tuanya Di Thailand

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 260 hits
DJ Katty Butterfly baru saja masuk Islam Berpindah keyakinan tepat di hari ulang tahunnya ke 32 perempuan yang berprofesi sebagai DJ ini memutuskan untuk langsung memberitahukan kepada orangtua Meski belum bisa bertemu secara langsung di Th...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi